26 February 2012

Pelbagai Petua Berguna

Pelbagai Petua Berguna


Mengubat penyakit dan memudahkan cara kelancaran kerja rumah dalam kehidupan seharian petua petua tradisi memainkan peranan penting dan membantu memudah cara serta memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah selain untuk mengubat pelbagai penyakit secara tradisional.

Ibu bapa pada masa sekarang, jika anak-anak mereka sakit sedikit terus dibawa ke klinik dan yang tinggal berjauhan di pendalaman seperti di negeri Sarawak dan Sabah. Untuk ke klinik kerajaan terpaksa menaiki bot express kadang-kadang perjalanan mengambil berjam-jam untuk mendapat rawatan. Yang tinggal di bandar, klinik banyak tetapi adakah budget anda cukup?

Contoh deman panas, sebelum mendapat rawatan mana-mana klinik. Cuba dahulu petua berguna ini. Sekiranya masih juga tidak sembuh barulah dibawa ke klinik untuk mendapat rawatan selanjutnya.

Semasa anak-anak penulis kecil-kecil dahulu, jika tengah malam kepala anak-anak rasa bahang sedikit, keluar rumah ambil daun bunga raya, diramas sehingga keluar lendir dan tambah sedikit air terus jelum (Sapu atas dahi) kepala dan tinggalkan tuala sehingga kering. InsyAllah setakat ini dibuat, beransur sembuh.

Petua-petua ini dilakukan turun temurun dan boleh dipraktikkan bila perlu. Penulis masih menggunakan bunga cengkih untuk menghilangkan sakit gigi. Mujarab pulak. Jadi jika ada masa carilah bekas kosong atau sedikit ruangan untuk menanam beberapa pokok yang boleh digunakan untuk rawatan seperti pokok bunga raya, sireh dan dll.

Berikut antara beberapa petua orang-orang Melayu yang diamalkan oleh datuk dan nenek kita di zaman silam.

Atasi Senggugut - Setiap kali datang bulan, ada wanita yang mengalami masalah senggugut. Untuk mengatasinya, ambil tiga ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tadi dan gaulkan dengan air panas. Kemudian minum setiap hari (waktu malam). InsyaAllah senggugut akan hilang.

Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

Cegah Ulat - Kini ramai orang menggunakan bahan baja atau ubatan ramu pada pokok yang bermasalah ulat. Tumbuk bawang putih tiga atau empat ulas dan campurkan air sabun secamca besar. Kemudian campur minyak masak secamca. Semburkan campuran ini pada pokok. Selamat mencuba.

Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.

Gatal pada kulit - Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.

Hilangkan Daki dan Bau Badan - Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.

Hilangkan Parut - Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.

Hilangkan Lenguh-Lenguh Badan - Jika anda terasa lenguh-lenguh badan, mandilah dengan air sebiji kelapa yang dicampur dengan air sejuk. Lakukan ketika tengah hari. Buat cara ini sehingga seminggu, anda akan dapati badan anda beransur segar.

Hilangkan Nafas Berbau - Nafas berbau amat memalukan, bagi mengatasi masalah ini anda boleh mencuba petua ini yang dapat mengatasi masalah dengan cara mengamalkan minum air rebusan halia. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya.

Menghilangkan Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Menghilangkan Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Membuang Lemak Badan - Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Melangsingkan Tubuh - Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.

Kulit Muka Kembali Bermaya - Tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. Campurkan sedikit air dan secamca besar madu. Kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. Pakai seperti pupur. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam. Hasilnya, kulit tegang, lembap,lembut segar serta licin. Amal 3-4 kali sebulan, anda akan memiliki kulit wajah cantik bermaya.

Mewangikan Rambut - Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Sapukan ke kepala pada sebelah petang sebelum dicuci sebelum tidur boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.

Mengurang Bau Petai - Best kalau makan petai untuk dibuat ulam...tapi baunya sapa yg tak tahan...jadi sini ada petua hendak hilangkan bau petai....Rendam buah petai terlebih dahulu dlm air basuhan beras..biarkan selama setengah jam sebelum dihidangkan atau dimasak.Senangkan?? Selamat mencuba.

Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria - Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

Sakit Gigi - Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit beransur kurang.

Sembuhkan Kencing Manis - Ambil akar pokok manggis sebesar ibu jari tangan, kemudian hendaklah dibasuh sehingga bersih. Selepas itu dicampurkan dengan sebotol air mineral direbus sehingga mendidih. Amalkan minum tiga kali sehari. InsyaAllah ia dapat menyembuhkan penyakit kencing manis yang anda alami selama ini.

Sembuhkan Bengkak Hati - Bagi mereka yang mengalami masalah bengkak hati dan paru-paru berair ambil secekak akar tebu hitam. Rebus menggunakan sukatan sebotol air mineral yang besar. Minum dua kali sehari
.

Wasallam.

No comments: