POLIGAMI ATAU MONOGAMI YANG MANA SATU???
Bab poligami kaum lelaki memang suka tajuk ini. Bila bincang tentang keadilan, mula berserabut kepala hotak si suami. Jika wang ringgit banyak tetapi nafkah batin mampu ke bagi sama rata kepada isteri pertama dan kedua. Tetapi kalau asyik hari-harimau, lebih baik kahwin satu aje. Tidur tak cukup bila ke rumah isteri muda. Nafsu kuat tenaga kurang boleh pewai dibuatnya. Petua orang tua-tua tak pakai lansung. Last-last dimana duduk disitulah mata terpejam dengan sendiri.
Nampak "happy" tengok kawan-kawan yang kahwin lebih dari satu. Tapi bila minta nasihat dari mereka. Terbalik pula dan mereka menasihatkan jangan cari pasal. Itu nasihat mereka! Boleh duduk senang dan "relax" fikiran sebelum ini tetapi bila sudah ada dua isteri nak minum teh dengan kawan-kawan pun tak sempat. Sekejap terkejar rumah isteri pertama. Esok berkejar pula kerumah isteri kedua. Itulah rutin mereka yang berkahwin dua. Selepas tiga atau empat tahun, aktiviti mereka begitulah seterusnya sehingga sampai satu masa baru pandai sikit mengatur masa.
Jika ada formula untuk berlaku adil kepada suami yang poligami. Semua lelaki pakat-pakat nak kahwin banyak. Bukan disebabkan wang ringgit yang banyak, tetapi jodoh itu semua sudah ketentuan ilahi. Buat lagu mana pun, kalau tak ada retak kahwin dua sampai tua beristeri satu. Dulu-dulu masa kecik, mak ngah dan mak long selalu suka usik. "Kau gengam tangan tu, mak Ngah nak tengok urat kamu tu! samada ada tak retak belah dua? Kalau sama panjang urat tu, kamu besar nanti kahwin dua."
Lagi satu jangan tiru Abang Salleh Yaakup..dia masyuk banyak. Power Rangers mesti sudah tentu steady punya. Tetapi siapa tahu masalah dia. Nampak happy selalu sebab muka dia memang lawak. Sedih pun nampak happy. Gembira lagi nampak happy.
Sudah banyak contoh disekeliling kita, berapa ramai yang berlaku adil. Ada yang tak balik langsung ke rumah isteri pertama. Cuma raya puasa mungkin teringat untuk beli bajuraya anak-anak. Ada yang bye-bye terus kat isteri pertama tetapi bila sakit dan demam. Isteri pertama juga dicari! Isteri muda semasa sehat sahaja, baik. Bila sakit mula jauhkan diri. Ada juga isteri kedua yang baik dan sanggup bela suami atau madu bila sakit. Susah nak jumpa. Satu dalam satu billion baru jumpa.
Jom terus membaca N3 ini yang diemail oleh seorang kawan berbangsa cina yang penulis selalu panggil dia Pak cik Nana Ling. Dia juga suka hantar artikel Islam pada captain tetapi belum lagi dapat hidayah untuk masuk Islam. Moga-moga Allah SWT memberi hidayah kepadanya. Bila tanya "bila lu mau masuk Islam??" Jawapannya cukup "sickening"..."Gua takut mau potong itu L*$@U ..maa!.
Poligami, sering dianggap satu subjek yang ‘taboo’. Membincangkannya akan menyebabkan berlakunya pergeseran pendapat yang agak ‘sengit’ dikalangan umat Islam sendiri. Malah sering juga musuh Islam mengambil kesempatan mengecam Islam dan Nabi Muhammad SAW kerana poligami.
Namun, realitinya poligami dalam Islam adalah satu praktik yang telah lama berlaku yakni sejak zaman Rasululullah s.a.w sehinggalah kini. Rasulullah s.a.w, Sayidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan lain-lain para sahabat telah mengamalkannya. Ini menunjukan poligami memang boleh diamalkan.
Tindakan Nabi Muhammad saw melarang Sayidina Ali berpoligami tidak bermakna baginda melarang poligami. Memang benar Rasulullah s.a.w melarang Sayidina Ali menduakan puterinya. Baginda amat marah mendengar ura-ura Sayidina Ali hendak berpoligami lalu masuk ke masjid dan menaiki mimbar sambil berseru: “Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al Mughirah (kerabat Abu Jahal) meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka (anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abi Talib. Ketahuilah aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi aku tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan kecuali Ali bin Abi Talib menceraikan puteriku terleboih dahulu. Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang mengganggu dirinya mengganggu diriku, dan apa yang menyakiti hatinya menyakiti hatiku.”
Namun hadis ini difahami dan diperjelaskan secara berbeza oleh para ulama. Berdasarkan Imam Nawawi, fokus utama hadis ini bukanlah berkaitan poligami secara umum tetapi ia berkaitan dengan hasrat Sayidina Ali memadukan isterinya Siti Fatimah binti Muhammad saw dengan puteri Abu Jahal. Ini diperjelaskan lagi oleh sabdanya sebagai kesinambungan daripada hadis yang pertama: ”Dan sesungguhnya aku tidak mengharamkan yang halal dan tidak pula menghalalkan yang haram, akan tetapi, demi Allah jangan sekali-kali bersatu puteri utusan Allah dengan puteri musuh Allah.”
Manakala pihak yang kurang setuju dengan poligami pula mendakwa hadis ini menunjukkan Rasulullah juga mencegah poligami kerana kesedihan Siti Fatimah apabila hendak dimadukan oleh suaminya. Ini membuktikan kesedihan isteri pertama untuk dimadukan tidak boleh dianggap remeh. Ia perlu dititik-beratkan oleh para suami yang hendak berpoligami.
Pihak ini juga berpendapat jika para Ummul Mukminin (isteri-isteri Nabi Muhammad) juga mempunyai rasa cemburu, apatah lagi wanita biasa. Justeru, cemburu tidak dapat dielakkan oleh para wanita yang dimadukan maka wajar berpegang kepada prinsip “bahagiakan dirimu dengan satu isteri’!
Kita boleh memanfaatkan perbezaan dua pandangan ini sekiranya kita mampu mengamalkan sikap berlapang dada, menjauhkan sikap prajudis, emosional dan prasangka. Kedua-dua pandangan itu sepakat tidaklah melarang (mengharamkan) poligami. Cuma satu pihak agak ‘bertolak ansur’ dalam pelaksanaannya jika keadaan memerlukan. Manakala satu pihak pula sangat rigid dalam pelaksanaannya yakni apabila keadaan sangat mendesak dan dengan syarat-syarat yang ketat pula!
Kedua pandangan ini sebenarnya boleh dijadikan ‘check and balance’ agar poligami tidak dieksploitasi oleh golongan yang berkepentingan dan tidak pula menyekat golongan yang benar-benar memerlukan, sanggup berlaku adil dan punya kemampuan dari segi material, fizikal dan rohani untuk melaksanakannya.
Poligami bolehlah diumpamakan pintu kecemasan dalam sebuah pesawat terbang. Hanya apabila berlaku kecemasan, pintu itu benar-benar diperlukan. Iktiraflah keberadaan dan keperluannya. Apa yang lebih penting ialah mencapai tujuan suatu perkahwinan dengan niat kerana Allah dan melalui kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, tidak kira samada perkahwinan itu monogami atau poligami.
Sesungguhnya kehidupan Rasulullah saw bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun telah meletakkannya sebagai role model yang bersifat multi dimensi dan holistik. Majoriti umatnya yang bermonogami boleh belajar bagaimana menghadapi seorang isteri dengan penuh kesetiaan. Manakala minoriti umatnya yang berpoligami juga boleh menteladani Rasulullah dalam meratakan keadilan di kalangan isteri-isterinya.
Itulah indahnya Islam yang dapat dilihat secara tersurat dan tersirat. Dan diantara keindahan itu terserlah melalui amalan poligami terutamanya yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw sendiri.
Wassallam.
No comments:
Post a Comment