26 February 2012

DOA-DOA YANG LENGKAP UNTUK DIBACA SEBELUM DAN SELEPAS TIDUR

DOA-DOA YANG LENGKAP UNTUK DIBACA SEBELUM DAN SELEPAS TIDUR









Salam Pembaca Yang Budiman,

Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Kesan kekurangan rehat dan tidur sebegini boleh mengakibatkan keletihan mental dan fizikal. Orang zaman sekarang makin kurang tidur berbanding zaman dahulu kerana adanya TV 24 jam, internet dan siaran langsung terutama semasa pesta bola World cup. Purata tidur bagi orang dewasa adalah 9 - 10 jam manakala dewasa dan golongan tua adalah 7 - 8 jam sehari. Bagi wanita yang mengandung sekurangnya tidur selama 7 - 8 jam sehari untuk kebaikan kandungan.

Bagi orang Islam, tidur adalah dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW. Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi saw adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud:
"Jika kamu akan tidur maka berwudhu'lah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah do'a ini (seperti do'a yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan do'a itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu)".
Bagi pembaca yang melakukan solat Istikharah supaya mendapat pertunjuk yang jelas dari Allah SWT, elok membaca beberapa doa-doa diberikan(DISINI) dan di N3 ini.

1. DOA KETIKA HENDAK TIDUR.

Doa 1.


Maksudnya:

"Dengan nama Engkau, Ya Allah, aku hidup dan aku mati."

Doa 2.


Maksudnya:

"Ya Allah, peliharalah aku daripada azab Engkau pada Engkau bangkitkan semua hamba Engkau"

Daripada Aisyah R.A, beliau berkata:
"Sesungguhnya Nabi SAW bila baginda hendak tidur setiap malam, beliau mempertemukan kedua tapak tangannya dan meniup keduanya sambil membaca: Qulhuallahu Ahad Dan Qula'udzubbinnas dan baginda mulai daripada kepala dan muka beserta tubuh baginda lakukan sampai tiga kali." (Diriwayatkan oleh Bukhari).
DOA 3.


Maksudnya:

"Aku memohon ampun kepada Allah, yang tiada Tuhan kecuali Dia Yang Hidup, berdiri dan aku bertaubat kepadaNya."

Daripada Abi Sa'id Alkhudry daripada Nabi SAW bersabda:
"Barangsiapa yang ketika membaring badannya ditempat tidur (untuk tidur) Dibaca ""Astaghfirullahal aazim al ladzii la ilaaha illaa huwalhayyul quyyumm wa atuubu illahi." sebanyak tiga kali, maka Allah SWT akan mengampuni dosanya, walaupun dosa-dosa itu sebanyak buih di lautan, walaupun dosanya itu sebanyak daun-daun pohon di hutan dan walaupun dosannya sebanyak bilangan hari-hari di dunia.(Diriwayatkan oleh Tirmizi).
DOA 4.


Maksudnya:

"Tiada Tuhan kecuali Allah, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya semua kerajaan milik-Nya. Dialah yang berhak menerima segala pujian, dan Dialah yang berkuasa segala sesuatu, tiada daya upaya kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi serta Maha Besar. Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar."

Daripada Abi Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang bertasbih kepada Allah setiap selesai solat fardu, iaitu membaca "Subhanallah", "Alhamdulillah" serta "Allahu Akbar" sebanyak 33 kali setiap satunya, semuanya 99 kali dan untuk mencukupkan seratus dia membaca "La Ilaha illallah". Maka dosanya diampuni Allah, walaupun dosanya sebanyak buih di lautan"
DOA 5.


Maksudnya:

"Ya Allah, aku serahkan diriku kepada-Mu dan aku serahkan segala persoalanku kepada-Mu dan aku hadapkan mukaku kepada-Mu, tiada tempat berselindung dan kelepasan diri selain kepada-Mu, aku percaya kepada kitab yang Engkau turunkan dan aku beriman kepada Nabi yang Engkau utus menjadi rasul."



(MP3 ini ada doax yg tak termasuk dlm N3 ini kesemuanya)

2. DOA BANGUN DARI TIDUR.

DOA 1.


Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali sesudah Dia mematikan kami dan kepada-Nya tempat kami kembali."

DOA 2.


Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan roh ke tubuhku dan telah menyihatkan aku dan telah mengizinkan aku untuk mengingatinya."

DOA 3.


Maksudnya:

"Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal yang tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kekuasaan (kerajaan) dan pujian dan Dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

DOA 4.


Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah Allah yang telah menciptakan tidur dan bangun, segala puji bagi Allah yang telah membangunkanku, selamat sejahtera, aku bersaksi bahawa Allah menghidupkan orang yang mati dan Dialah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu."



(MP3 ini ada doax yg tak termasuk dlm N3 ini kesemuanya)

3. DOA TERJAGA TENGAH MALAM.


Maksudnya:

"Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu dan rahmat-Mu. Ya Allah tambahkan ilmuku dan janganlah dicabut kembali petunjuk yang telah Engkau tanamkan dalam hatiku, berikanlah kepadaku rahmat dari sisi Engkau, sesungguhnya Engkaulah yang banyak melimpahkan pemberian."

Wasallam.

Sumber: Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Sulaiman Endut (1946-2001)
(Al-fatihah untuk rohnya)

No comments: