26 February 2012

DOA RAWATAN UNTUK PENYAKIT KULIT GATAL DAN GEGATA ATAU LAPAR GARAM.

DOA RAWATAN UNTUK PENYAKIT KULIT GATAL DAN GEGATA ATAU LAPAR GARAM.



Salam Pembaca Yang Budiman,

N3 kali ini tentang rawatan penyakit gatal kulit, gegata atau lapar garam. Sebelum itu kita kenal dahulu punca gatal itu yang menyebabkan alahan kepada makanan yang menyebabkan alahan seperti selalu suka makan sambal belacan, udang, sotong dan lain-lain makanan yang boleh akibatkan gatal. Jika ditukarkan cara permakanan seharian kita dengan meninggalkan makanan yang disebutkan tadi, insyaAllah penyakit gatal itu akan hilang sendiri.

Tetapi alahan bukan kepada makanan sahaja. Banyak faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan badan rasa gatal. Kali ini captain membuat N3 tentang dua perkara yang menyebabkan penyakit kulit iaitu:

1. Gegata/lapar garam.
2. Penyakit kulit Gatal.

Captain bukanlah seorang doktor, jadi maklumat tentang gatal yang selalu berlaku kepada kita diambil dari beberapa sumber perubatan.

(1) GEGATA/LAPAR GARAM

GEGATA DI BAHAGIAN BAHU

GEGATA DI BAHAGIAN PAHA

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom

1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab.

1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4) Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan

1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.
2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.

Sumber: Dr Hassan

(2) PENYAKIT GATAL KULIT



KUTU KECIL SARCOPTES SCABIEI

Gatalnya! Lebih-lebih lagi waktu malam. Sampai tak dapat nak tidur. Kawan aku kat katil sebelah pun sama. Apa penyakit ni?

Mungkin anda pernah ataupun sedang mengalami masalah ini. Masalah diatas disebabkan oleh penyakit Scabies.

Ia disebabkan oleh sejenis kutu kecil iaitu Sarcoptes scabiei. Ia boleh berjangkit diantara manusia melalui sentuhan, berkongsi pakaian, cadar, tuala, dsb.

Kutu ini boleh dipindahkan diantara manusia dan manusia dan juga manusia dan haiwan seperti anjing, kucing, babi, monyet, musang dsb.

Simptom-simptom

1) Gatal terutamanya pada waktu malam.
2) Mempunyai rakan sebilik, asrama, ahli keluarga dirumah yang mengalami simptom yang sama.
3) Ruam dibahagian badan yang tertentu iaitu celah-celah jari tangan dan kaki, permukaan atas kaki, ketiak, pelipat lengan, siku, pinggang, punggung, dan kemaluan (lelaki di bahagian penis dan skrotum, perempuan di mons pubis)
4) Apabila ruam ini digaru dengan kuat, kemungkinan akan menyebabkan luka seterusnya memudahkan jangkitan bakteria di tempat ruam tersebut.

Rawatan

1) Ubat tahan gatal (antipruritic agent).
2) Ubat pembunuh kutu ( scabicidal agent ).
3) Semua ahli keluarga atau ahli asrama yang mengalami masalah yang sama perlu mendapatkan rawatan.
4) Baju, cadar, kain, sarung bantal, karpet perlulah direndam dengan air panas bagi membunuh kutu tersebut.

Seperti biasa, silalah berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan.

sumber maklumat: Dr Hassan

RAWATAN ALTERNATIF MENGGUNAKAN SURAH-SURAH DARI AL-QURAN SELAIN DARIPADA RAWATAN MODEN.

Apabila rawatan diatas masih tidak berkesan dan gatal kulit berulang juga, insyaAllah Al-quran adalah penawar yang paling baik. Nabi Ayub AS yang diujikan dengan penyakit kulit yang teruk dan dasyat iaitu dari hujung kepala sehinggalah kehujung kaki adalah Nabi yang paling sabar. Nabi Ayub A.S menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)
Yang di maksud al-Aubah ialah kembali kepada Allah s.w.t. Nabi Ayub adalah seseorang yang selalu kembali kepada Allah s.w.t dengan zikir, syukur, dan sabar. Kesabarannya menyebabkan beliau memperoleh keselamatan dan rahsia pujian Allah s.w.t padanya.

Al-Quran tidak menyebutkan bentuk dari penyakitnya, dan banyak cerita-cerita dongeng yang mengemukakan tentang penyakitnya. Dikatakan bahawa beliau terkena penyakit kulit yang dahsyat sehingga manusia-manusia enggan untuk mendekatinya. Baca kisah Nabi Ayub A.S.

Bahan-bahan untuk rawatan:

1. Daun bidara atau daun sireh - 7 helai. (Jika ada daun bidara lagi baik).
2. Garam segenggam oleh pesakit (Genggam garam sehingga rapat jari itu adalah sukatan bagi seseorang.
3. Air suam sebaldi besar (standard).

Surah-Surah yang dibaca:

1. Shalawat Nabi -10 kali.
2. Al-Fatihah -7x.
3. Ayatul Kursi -7x.
4. Surah Shaad: Ayat 42 (Bacaan 7x - utk 7 helai daun bidara atau sireh) semasa diramas di dalam air suam.
5. Surah Al-Anbiyaa: Ayat 83. (Zikir 100x setiap kali selepas solat).

DOA DIBACA SEMASA MERAMASKAN DAUN (SIREH ATAU BIDARA).


Maksudnya:

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).(Surah Shaad: Ayat 42)


DOA INI DIZIKIRKAN SELEPAS SETIAP KALI SOLAT (100x).


Maksudnya:

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (Surah Al- Anbiyaa: Ayat 83)



Minum air dan mandi dan gosok seluruh badan dengan air bacaan yang telah dicampur dengan garam dan ramasan daun bidara atau sireh itu. Lakukan disebelah waktu petang. Selepas 30 minit kemudian barulah mandi dengan air biasa. Sekurang-kurangnya lakukan sehingga rasa badan itu kurang gatal. Terpulanglah kepada individu itu untuk melakukan sehingga benar-benar sembuh. Setiap penyakit ada ubatnya, insyaAllah ikhtiar secara ini telah banyak memulihkan beberapa individu sebelum ini.

Isteri captain dahulu diwaktu pagi selalu naik gegata selepas mandi sehingga bengkak dan gatal seluruh badan. Captain hanya sapu dengan daun sirehdiseluruh badannya dengan membaca shalawat nabi 3x. Selepas tiga hari dilakukan, gegata itu hilang terus sampai sekarang.

Shalawat Nabi yang memang menjadi amalan captain sebelum melakukan sesuatu perkara seperti membasuh daging, ikan, membasuh beras sehingga pintu yang rosak tidak dapat dibuka kerana "knob" rosak. Baca shalawat sekali tendang pintu itu terus terbuka tanpa merosakkan pintu.

Wasallam.

4 comments:

Miss Rabbit said...

assalamualaikum, terime kasih krna sudi mngosikannya.. sye mngalami pnyakit alahan, dlu tgn sye pnuh dgn nanah.. stelah sye jumpe dr. alhamdulillah baik. tpi x tahan, 4 hari dri 2 tgn sye naek gatal smule.. sye jumpe klinik lain pula.. alhamdulillah juge tgn sye jdi baek, tpi 1 mnggu dri 2 die gatal smule dgn biji2.. sye nk tnye, stelah kite ade bhn2 tu, kite wat air untuk minum kn?? jdi air minuman berape kali sehari ye??
TRIMME KASIH ATAS KRJA SME.. :)

Anonymous said...

assalamualaikum, terime kasih krna sudi mngosikannya.. sye mngalami pnyakit alahan, dlu tgn sye pnuh dgn nanah.. stelah sye jumpe dr. alhamdulillah baik. tpi x tahan, 4 hari dri 2 tgn sye naek gatal smule.. sye jumpe klinik lain pula.. alhamdulillah juge tgn sye jdi baek, tpi 1 mnggu dri 2 die gatal smule dgn biji2.. sye nk tnye, stelah kite ade bhn2 tu, kite wat air untuk minum kn?? jdi air minuman berape kali sehari ye??
TRIMME KASIH ATAS KRJA SME.. :)

Miss Rabbit said...

assalamualaikum, terime kasih krna sudi mngosikannya.. sye mngalami pnyakit alahan, dlu tgn sye pnuh dgn nanah.. stelah sye jumpe dr. alhamdulillah baik. tpi x tahan, 4 hari dri 2 tgn sye naek gatal smule.. sye jumpe klinik lain pula.. alhamdulillah juge tgn sye jdi baek, tpi 1 mnggu dri 2 die gatal smule dgn biji2.. sye nk tnye, stelah kite ade bhn2 tu, kite wat air untuk minum kn?? jdi air minuman berape kali sehari ye??
TRIMME KASIH ATAS KRJA SME.. :)

RedzWANG said...

Menurut apa yang disarankan perkara ini hendaklah dibuat sekali sehari sehingga 3 hari berturut-turut, lakukan pada sebelum waktu maghrib yakni selang 5 minit sebelum masuk waktu maghrib...mulakan rawatan dan boleh bilas ataupun terus ambil wuduk dan lalu solat sunat Qabliah serta disusuli dengan solat maghrib...walllahhu atk'lam..