PENAWAR UNTUK KEMALUAN WANITA YANG BERBAU DAN GATAL.
Salam Pembaca khasnya wanita,
N3 kali ini bab kesihatan untuk wanita berkaitan masalah kemaluan yang berbau dan gatal-gatal. Masalah ini terlalu sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.
Dari pengalaman dahulu semasa bekerja sebagai pengurus syarikat pembersihan selepas menamatkan perkhidmatan tentera. Pernah suatu hari semasa captain membawa empat pekerja wanita berketurunan India ke Taman Kosas, Ampang untuk kerja-kerja pembersihan. Bau tengik kemaluan dari sorang wanita india itu cukup menyucuk hidung semua yang berada dalam kereta. Jadi semenjak itu captain tidak lagi membawa pekerja-pekerja wanita dan menyuruh mereka menaiki teksi ke Taman Kosas, Ampang dari Pandan Jaya.
Bau yang kurang enak ini boleh menjejaskan hubungan intim kepada pasangan suami isteri dan pernah ada kes penceraian yang berlaku. Kemaluan wanita memiliki bau yang tersendiri. Memang baunya agak tajam, tetapi tidak perlulah menyemburnya dengan wangi-wangian atau deodorant agar ia seharum kasturi.
Apa yang perlu dilakukan ialah menjaga kebersihannya. Mandi sekurangnya dua kali sehari. Sekiranya perlu mandi lebih daripada itu.
Faraj akan mengeluarkan bau yang kurang sedap. Jika kurang pula faraj akan menjadi kering. Faraj yang lembap menjadi kegemaran kulat dan bakteria. Penggunaan sabun yang berlebihan juga boleh menyebabkan faraj menjadi gatal-gatal, keputihan, bengkak disekitar faraj dan rasa sakit.
Diluar sana banyak ubat dan penawar boleh didapati. Yang mahal atau murah terpulanglah kepada induvidu itu membuat pilihan.
PETUA DAN PENAWAR
Petua dan penawar yang sangat berkesan untuk menghindarkan kemaluan berbau dan gatal-gatal adalah dengan menggunakan daun sireh. Itu pasal opah-opah kita dahulu suka makan sireh dengan pinang sebab ada khasiat disebaliknya. Sampai sudah menjadi routine harian memakan sireh sampai menumbuk menggunakan "Gobek".
Ramai di kalangan wanita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan berbanding lelaki. Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor. Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.
Carilah seikat daun sireh lebih kurang 10 ke 15 helai atau mengikut ukuran sendiri. Daun sireh itu direbus dalam periuk. Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih. Ambil dua gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang. Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil. Jika diamalkan dalam tempoh dua minggu, insyaAllah gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.
Kepada wanita yang sudah berkahwin mengalami masalah ini. Lakukan segera supaya hubungan rumahtangga anda bertambah bahagia.
Wasallam.
No comments:
Post a Comment