DOA-DOA YANG DIBACA PADA ORANG YANG SAKIT DAN TIADA HARAPAN UNTUK HIDUP.
Salam Pembaca Yang Budiman,
Pada pagi jumaat yang mulia ini, mari kita muhasabahkan diri kita. Jika suatu hari nanti kita terlantar di katil wad ICU dan berada dalam keadaan nazak sedar atau pun koma pada masa itu. Dikeliling anak-anak dan isteri tersayang. Ataupun kita berada disamping orang yang kita kasehi, ibu atau bapa yang sakit berbulan lamanya. Sedang tenat menunggu saat-saat sakaratul maut datang menjemput. Adakah kita sudah bersedia atau masih leka lagi dengan nikmat dunia yang hanya sementara ini. Kita mungkin tak kisah semua itu kerana masih muda, segar dan kuat. Kalau ikut hukum alam, yang tua akan mati dahulu. Yang muda lambat lagi mati.
Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a. bahawa Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud,
"Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari."
ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.
Maka berkata Malaikat Izrail:
"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa"
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh Malaikat Maut, kecuali orang-orang yang solehin yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran Malaikat Maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi SAW yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
1 hari = 24 jam = 1440 minit, 1440/ 70 kali malaikat menjenguk kita= 20.571 minit
Ini bermakna Malaikat Maut menziarahi kita setiap 21 minit. Bayangkan semasa kita sedang gelak ketawa menonton "Maharaja Lawak Mega" yang selama 1 jam itu. Malaikat Maut telah datang melawat kita sebanyak tiga kali.
Moga-moga kita tidak lalai selepas ini dalam melaksanakan perintah Allah SWT dan senantiasa beringat akan tarikh kematian kita yang kita sendiri tidak tahu bila agaknya.
Berbalik pada tajuk N3 pagi ini. Doa-doa ini elok dibaca pada pesakit yang sedang nazak seperti pesakit pesakit kanser yang kritikal, cedera parah selepas terlibat kemalangan dan dsbg. Sebagai anak-anak kepada ibu atau bapa yang sedang sakit dan tiada harapan lagi untuk hidup. Menangis dan meratap itu tidak akan memberi sebarang manfaat kepada mereka.
Yang baik bacalah surah yasiin. Berilah minum air yasiin atau air zam zam dan basahkan pada bibir mereka. Pada saat ketika menunggu sakaratul, mereka terasa amat haus dan panas. Bergantunglah kepada amalan yang mereka telah lakukan sebelum sakit.
Diantara doa-doa yang baik dibaca:
Maksudnya:
"Ya Allah, ampunilah dosaku, berilah rahmat kepadaku dan pertemukan aku dengan kekasih yang Maha Tinggi. (HR Al- Bukhari 7/10, Muslim 4/1893).
Nabi SAW memasukkan kedua tangannya ke dalam air, lalu diusapkan ke wajahnya dan beliau bersabda:
Maksudnya:
"Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, sesungguhnya mati itu mempunyai sakarat. (HR Al-Bukhari 8/144 dengan Fathul Bari dalam hadis terdapat keterangan siwak."
Maksudnya:
"Tiada Tuhan disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, Tiada ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha Esa, Tiada ada Tuhan yang berhak disembah selaiin Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya. Tiada ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, bagi-Nya kerajaan dan bag-Nya pujian. Tiada ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah. Tiada ada daya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah. (HR At-Termidzi dan Ibnu Majah. Menurut pendapat Albani hadits tersebut adalah shahih. Lihat pula shahih At-Termizi 3/152 dan shahih Ibnu Majah 2/317)
Maksudnya:
Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah "Lailaha" akan masuk syurga. (HR Abu Dawwod 3/190 dan lihat shahihul jamin 5/432).
Wasallam.
No comments:
Post a Comment