أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Qarin jin pendamping manusia Posted on Disember 3, 2010 by jalanakhirat
Lima malaikat bersama manusia:-
Dua malaikat menjaga pada malam hari,
Dua malaikat menjaga pada siang hari,
Satu malaikat yang tidak pernah berpisah dengannya.
Dalam hadits lain dikatakan bahwa “Para
malaikat bergiliran untukmu pada malam dan siang hari. Mereka berkumpul
dalam salat subuh dan salat ashar. Kemudian malaikat malam naik kepada
Allah. Allah bertanya, kepada para malaikat sedang Dia lebih mengetahui
tentang kamu, "Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku saat kamu tinggalkan?"
Para malaikat berkata, "Kami mendatangi mereka sedang mengerjakan salat
dan kami meninggalkan mereka sedang solat pula."”
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Qarin jin pendamping manusia Posted on Disember 3, 2010 by jalanakhirat
Qarin adalah jin yang
dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang
dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai “syaitan” kepada manusia itu.
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarin nya sendiri.
Rasulullah s.a.w. tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah
muslim. Manakala yang lain-lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin kafir ini
mendorong “dampingan”nya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan
ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat
tenaga untuk menghalang manusia dampingannya melakukan ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha
qarin ini Allah utuskan malaikat (Maha Adil Allah). Malaikat ini akan
membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah
kepada setiap manusia membuat pilihan.
Walau bagaimanapun orang2 Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya ialah dengan membaca “Bismillahir Rahmanir Rahim” (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan perintah Allah. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela. Membersihkan dirinya bersesuaian dengan martabat malaikat tersebut.
Pernah satu ketika dulu para ‘ustaz” pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta Bismillah…. syaitan akan kelaparan dan kurus tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk. Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka bumi ini. Bukan semuanya baca basmalah bila hendak makan dan minum. Setelah dibangkitkan soal qarin ini baharulah kita faham kedudukan sebenarnya. Syaitan yang dimaksudkan ialah jin qarin ini (sifatnya berlawanan dengan sifat malaikat – sebab itu disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.
Dalam surah al-An’am: 112 terdapat firman Allah: “Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu”.
Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban)
Jin ini, menurut para alim ulama’, bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan ‘tuan’nya, yang didampingi dari awal kelahiran hingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ianya tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah, dan mereka hanya dimatikan menjelang hari Qiamat.
Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.
Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.
Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

QARIN - PENGHASUT
وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦) وَإِنَّہُمۡ لَيَصُدُّونَہُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّہُم مُّهۡتَدُونَ (٣٧) حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَنَا قَالَ يَـٰلَيۡتَ بَيۡنِى وَبَيۡنَكَ بُعۡدَ ٱلۡمَشۡرِقَيۡنِ فَبِئۡسَ ٱلۡقَرِينُ (٣٨) وَلَن يَنفَعَڪُمُ ٱلۡيَوۡمَ إِذ ظَّلَمۡتُمۡ أَنَّكُمۡ فِى ٱلۡعَذَابِ مُشۡتَرِكُونَ (٣٩)
Surah Az-Zukhruf (43) Ayar 36~39
Dan sesiapa yang
tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah)
Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan
menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak
renggang daripadanya. (36)
Dan
sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan
yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang
mendapat hidayat petunjuk. (37)
Sehingga
apabila dia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami
(pada hari kiamat), berkatalah dia (kepada Syaitannya): Alangkah
baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku
denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah
sejahat-jahat teman. (38)
(Lalu
dikatakan kepada mereka): Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu
telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu)
tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya
kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam
azab. (39)
Sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah Mas'ud r.a yang maksudnya "
Setiap kamu ada qarin daripada bangsa Jin, dan juga Qarin daripada
bangsa malaikat. Mereka bertanya "Engkau Juga ya Rasulullah?" Sabdanya,
Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga qarin itu
dapat ku Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja (Riwayat ahmad dan Muslim).
Aisyah r.a menceritakan pada satu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumannya (Aisyah), Aisyah berkata. "Aku
merasa cemburu. Tiba-tiba baginda berpatah balik dan bertanya, Wahai
Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata, Bagaimana
aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah, Sabda
baginda, Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya
"Apakah aku ada syaitan?" Sabda baginda "Setiap insan ada syaitan,
iaitu qarin, Aku bertanya lagi, Adakah engkau ada syaitan ya
Rasulullah?" Jawab baginda, Ya tetapi Allah membantu ku sehingga qarin
ku telah masuk Islam (Riwayat Muslim)
Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku
dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama
syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para
isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan
isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan:
Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan
yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu
kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya
mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku
masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun
begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula
berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin adalah jin yang dicipta oleh
Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar"
manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya
sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya,
qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin yang kafir ini
kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan
was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya.
Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat
ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah
utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak
membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat
pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun
orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya
lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum
melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan
taat melaksanakan perintah Allah.
Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, bahwa ketika tiba giliran Iblis untuk meminta, iapun berkata, “Ya
Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau
Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.”
Allah berfirman yang artinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak dari
nya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis
berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah s.w.t.
berfirman, “Kamu dapat berjalan berjalan ditubuh mereka seperti
mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai
rumah-rumah untuk kamu.”
Dalam riwayat yang lain dijelaskan, ada lima malaikat yang menyertai manusia, yaitu:
Dua malaikat menjaga pada malam hari,
Dua malaikat menjaga pada siang hari,
Satu malaikat yang tidak pernah berpisah dengannya.
لَهُ ۥ
مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ
مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ
يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬
سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ
(Ar-Ra'd: 11)
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (11)

Yang dimaksud malaikat yang bergantian
yaitu malaikat malam dan siang yang melindunginya dari setan dari
golongan jin dan manusia. Kedua malaikat menulis amal kebaikan dan
kejelekan di antara kedua bahunya, lidahnya sebagai pena, mulutnya
sebagai tempat tinta dan ludahnya sebagai tinta, keduanya menulis amal
manusia sampai datang hari kematiannya.
Allah Swt. berfirman tentang malaikat
Kiraman Katibin: "Aku menanamkan mereka Kiraman Katibin karena ketika
menulis amal kebaikan mereka naik ke langit dan memperlihatkannya
kepada Allah dan mereka bersaksi atas hal tsb. dengan berkata:
"Sesungguhnya hambaMu si fulan berbuat sesuatu kebaikan demikian dan
demikian." Dan ketika menulis atas seorang hamba amal kejelekan, mereka
naik dan memperlihatkannya kepada Allah dengan rasa susah dan gelisah.
Maka Allah Swt. berfirman pada malaikat Kiraman Katibin: "Apa yang
diperbuat oleh hambaKu?" Mereka diam hingga Allah berfirman untuk yang
kedua dan ketiga kalinya, lalu mereka berkata: "Ya Tuhanku, Engkau Dzat
yang menutupi aib dan Engkau memerintahkan hamba-hambaMu agar menutupi
aib-aib mereka. Sesungguhnya setiap hari mereka membaca kitabMu dan
mereka mengharap kami menutupi aibnya." Lalu malaikat Kiraman Katibin
mengatakan yang mereka ketahui tentang apa yang diperbuat seorang
hamba. Allah Swt. berfirman: "Maka sesungguhnya kami menutupi aib-aib
mereka dan Engkaulah Dzat Yang Maha Mengetahui aib-aib."
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
No comments:
Post a Comment