KENAPA DALAM
ISLAM ADA 4 MAZHAB?
Posted by Redz on 11 Mac 2018
Pernahkah anda terfikir kenapa dalam
Islam ada 4 mazhab? Apa yang dimaksudkan dengan mazhab? Kita mazhab apa? Apa
beza setiap mazhab ini?
Mari baca ulasan dibawah ini.
Sejak kecil, kanak-kanak di Malaysia
telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang telah tertulis di dalam
PAFA. Jika masih ingat, semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafi’e
kan?
Seperti yang diketahui, Islam ada 4
mazhab, Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi. Siapa cakap Syiah tu mazhab ke-5,
boleh pakai baju melayu putih, sampin hijau, dan pergi masuk sekolah agama
balik. Kesemua 4 mazhab kita ada 5 rukun Islam, tiada tambah-tambah, ada dua
hari raya, tiada tambah-tambah.
Sudah pasti ramai tertanya-tanya
kenapa Islam kena ada 4 mazhab? Kenapa tidak satu sahaja? Sampaikan ada yang
kata tak payah ikut mazhab, ikut Nabi dah cukup! Ustaz cakap, siapa cakap macam
tu, dia bukan suruh ikut Nabi, sebenarnya dia suruh ikut diri dia sendiri!
Mazhab sebenarnya berbeza dari segi
Feqah sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah bermakna cara kita melakukan
sesuatu Ibadat. Bagaimana hendak sembahyang, nak ambil wudhu’ dan sebagainya.
Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5 waktu sembahyang.
Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.
Mungkin juga ramai sudah tahu,
mazhab ini mengikut tempat. Sebagai contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di
Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan di tempat seperti Iraq. Mengenai
perkara inilah (perbezaan geografi) ternyata bergunanya mazhab.
Contoh yang paling jelas, mengikut
Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang kita tidak boleh bergerak 3 kali secara
berturut-turut. Manakala mazhab yang lain boleh.
Di Mekah, mereka tidak mengamalkan
mazhab Syafi’e. Cuba bayangkan, di Kaabah yang begitu ramai, tak boleh bergerak
3 kali, boleh ke?
Kita tengah baca Fatihah, tiba ada
Pak Arab melintas di depan, kita terpaksa gerak sikit, lepas tu ada lagi, kita
kena gerak lagi.
Kalau pergerakan kaki kita melebihi
3 kali, sembahyang batal. Habis tu sampai Subuh besok kita kena ulang
sembahyang, sebab sembahyang kita asyik batal.
Cuba bayangkan dalam dunia ini ada
satu mazhab sahaja. Nanti di depan Kaabah tiada siapa dapat habiskan
sembahyangnya!
Mazhab ini bukannya pecahan Agama.
Tapi lebih dari perbezaan pendapat yang sesuai dengan tempat-tempat tertentu.
Cuba bayangkan, kalau kerajaan
wajibkan semua pelajar pergi sekolah naik bas sahaja. Tak boleh ibu-bapa
hantar, tak boleh naik basikal. Kononnya tiada keseragaman. Gila kan?
Semua orang ada cara masing-masing.
Yang penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke kereta ke permaidani ajaib
ke.
Hal ini, bukan sahaja boleh
diaplikasikan kepada mazhab sahaja. Tetapi juga boleh dikaitkan dengan
hukum-hukum ijma’. Contoh paling terdekat, hukum mengucapkan Selamat Hari
Natal.
Apa yang susah sangat? Ada ulama’
kata haram tak boleh. Al-Qaradhawi kata boleh. Bukannya semua ulama’ kata Haram
Mutlak. Seperti biasa khilaf (perbezaan pendapat) ini berguna mengikut tempat.
Agak-agak kalau anda duduk di Arab Saudi, jiran kau 100% Muslim, takkan
tiba-tiba nak bagi pengumuman, “Hey Assalamualaikum. Merry Christmas“?
Tapi takkanlah kalau kau duduk kat
Malaysia, ada 30 kawan Kristian. Kau terserempak dengan mereka. Kau nak diam
je? Pastu “hehe sorry agama saya tak bagi wish Krismas hehe“.
Cuba kau fikir macam mana persepsi
penganut agama lain kalau mereka nampak kita macam ni? Kalau kita ini, mereka
wish Hari Raya, kita suka kan?
Jadi, dengan keadaan yang kita
bercampur-baur bangsa dan agama di sini, kita kena hormat pegangan orang lain.
Bukan setakat hormat orang Kristian, tapi lagi penting hormat orang Islam
sendiri yang berpendapat lain daripada kita.
Agak-agak kalau kita ni jenis tak
bercampur dengan bangsa lain, semua kawan melayu, diam-diamlah tak payah wish
Krismas.
Ini, bila ada member kita yang jenis
bercampur dengan masyarakat, dia berpendapat seperti Al-Qaradhawi dan wish
kawan-kawan dia yang beragama Kristian, boleh pergi wall post dia haram this
haram that. Bodohnya?
Maka, timbul juga
persoalan-persoalan seperti bolehkah kita mengamalkan mazhab lain. Contohnya,
kita yang mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki pulak.
Hal ini dinamakan talkin
(mencampurkan mazhab). Ustaz saya kata, hal ini tak boleh sama sekali, kecuali:
a) Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat mazhab. b) Kita pergi ke tempat
yang mengamalkan mazhab lain.
Walaupun jika seseorang itu sudah
belajar kesemua mazhab, adalah dinasihatkan supaya konsisten dengan satu mazhab
sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, walaupun beliau ‘alim dengan semua mazhab,
tapi beliau hanya mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.
Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan
agama. Tapi ia adalah medium untuk memudahkan kita semua untuk menjalankan
ibadah seharian agar mendekatkan diri kita dengan-Nya.
Wallahu a’lam.
Sambungan………….
Sunnah (hadis), sebagaimana yang kita pahami, tidak datang
sekaligus. Quran turun dalam waktu 20 tahun 2 bulan 20 hari. Ia tidak seperti
wahyu yang turun kepada rasul-rasul, yang turun serentak, sekaligus habis.
Tetapi kepada Rasulullah tidak. Semua orang sudah tahu hal ini. Kemudian karena
waktu itu tidak ada tempat hendak ditulis, maka para sahabat menghafal. Apabila
dia takut kurang hafal, dia cari benda seperti kulit-kulit kayu atau pelepah
untuk ditulis. Pada waktu yang sama, hadis pun berlaku bahkan lebih banyak
daripada ayat Al Quran. Tetapi Rasulullah tidak membolehkan untuk ditulis sebab
Rasulullah takut tercampur Al Quran dan hadis itu. Nanti tidak tahu yang mana
hadis dan yang mana Al Quran. Jadi di peringkat awal, para sahabat menghafal.
Tuhan beri para sahabat akal yang tajam hingga bisa hafal Al Quran dan hadis.
Hadis-hadis yang sampai kepada para-para
sahabat itu, tidaklah setiap sahabat dapat kesemuanya. Sebab tidak semua
sahabat berada bersama dengan Rasulullah sepanjang waktu. Ada yang sebentar,
ada yang lama. Ada yang berjumpa dan ada yang terpisah. Ada yang sibuk atau
pergi jauh-jauh, kurang dapat hadis. Mereka yang duduk selalu dengan
Rasulullah, banyaklah dapat hadis. Jadi sahabat-sahabat dapat hadis dari
Rasulullah itu tidak sama. Ada yang sedikit dan ada yang banyak. Yang paling
dapat banyak ialah Abu Hurairah. Sebab dia bukan pemimpin dan bukan pejuang
yang sibuk tetapi seorang ahli abid. Dia seorang yang dhaif dan miskin. Banyak
di masjid dan selalu bertemu Rasulullah maka banyaklah dia dapat hadis. Seperti
Sayidina Abu Bakar, mungkin dapat puluhan hadis saja.
Jadi hadis pada zaman Rasulullah
tidak dibenarkan dicatat, takut terkeliru sehingga tidak dapat bedakan mana
ayat Al Quran dan mana Hadis. Itu sebagai sebab supaya Al Quran terpelihara.
Sebab Allah beritahu dalam satu ayat, bahawa Al Quran itu terjamin
kebenarannya. Tidak ada siapapun bisa merubah dan menambah. Terpelihara bukan
saja ayat-ayatnya, bahkan huruf-hurufnya sekaligus. memang terbukti betul. Cuma
ada sedikit masalah berkaitan Hadis.
Kemudian Al Quran dibukukan menjadi
mushaf, menjadi kitab. Dengan 114 surah dan 6666 ayat dan 30 juz. Al Quran
dibukukan di zaman Sayidina Usman menjadi khalifah. Sebab itu ia terkenal
sebagai mushaf Usmani. Kemudian di zaman Sayidina Umar Abdul Aziz,
diperintahkan oleh Umar Ibnu Aziz waktu itu untuk buat 5 salinan. Dihantar ke
kota-kota besar di dunia iaitu di Madinah sendiri, di Iraq, Mesir dan
lain-lain. Kemudian, sesudah lebih seribu tahun, barulah Al Quran dicetak.
Cetakan pertama di Jerman. susah juga di negara orang kafir. Al Quran mula-mula
dicetak di Jerman, sekitar 200 tahun yang lalu.
Tentang Hadis, mulai dibukukan
secara serius, 300 tahun setelah zaman Rasulullah. Artinya bukan di zaman
sahabat, bukan zaman tabiin tetapi zaman tabiut tabiin. Ada satu kitab hadis
yang awal sekali, yang ditulis oleh seorang ulama besar iaitu Imam Malik yaitu
Mawattho’. Mengandung lebih 7000 hadis. Ini kitab hadis yang pertama. Tetapi
itu tidak mencukupi. Kenapa? Hadis berjuta banyaknya. Mana cukup. Sebab itu,
setelah 300 tahun, dikaji lagi. Itupun yang ditulis oleh Imam Malik, belum
disaring. Hanya ditulis saja tetapi belum dikaji. Mungkin bercampur dengan
kata-kata sahabat. Oleh itu, setelah 300 tahun, ia dikaji ulang.
Datanglah imam-imam yang terkenal
seperti Imam Bukhari, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu An-Nasa’i dan
lain-lain. Ada 6 kitab hadis yang terkenal. Yang paling populer Hadis Bukhari.
Setelag itu hadis Muslim. Kemudian barulah diikuti oleh Ibnu Majah dan Ibnu
An-Nasa’i. Kebanyakan mereka ini orang Uzbekistan. Tidak ada seorang pun orang
Arab. Pembuku-pembuku hadis tidak ada seorang pun dari kalangan orang Arab.
Kebanyakan orang Uzbekistan. Imam Bukhari saja telah mencatat tidak kurang
600,000 hadis. Sebenarnya lebih banyak.. Dari 600 000 itu, hanya 7000 yang
sahih. Waktu itu transportasi amat susah. Imam Bukhari naik unta menjelajah
seluruh negara Arab.
Sesudah 700 tahun hadis dibukukan,
tentulah keadaannya membingungkan. Mungkin ada yang Hadis dan yang bukan Hadis.
Oleh karena sudah 700 tahun hadis dibukukan dan sudah banyak perkara yang
begitu lama, maka orang-orang jahat dan orang-orang yang hendak menyesatkan
Islam ada peluang untuk memasukkan yang bukan-bukan. Banyak pula tukang karang
Hadis lalu dicampur aduk. Jadi Imam Bukhari sangat ketat syaratnya dalam
menerima Hadis. Syaratnya sangat ketat. Dia pernah menemui seseorang untuk
mendapatkan hadis tetapi dia mendapati orang itu telah berpura-pura menabur
makanan untuk memanggil binatang ternakannya. Hanya karena berbohong dengan
binatang, dia cancel hadis itu. Dia tidak terima hadis dari orang itu. Dari 600
000 hadis yang dihafal, yang dianggap sahih hanya 7000. Kalau seseorang itu
dilihat seperti tidak bisa dipercayai walaupun sedikit, hadis itu tidak akan
diterima. Tapi Imam-imam lain agak longgar sedikit. Sebab itu sampai
beratus-ratus ribu hadis yang disahkan.
Hadis ada bermacam-macam derajat Ada
hadis Sahih, hadis Mutawatir (banyak perawi yang menyatakan tentang hadis
tersebut), hadis Hasan, hadis Dhaif, hadis Maudhu’. Hadis Maudhu’ ini bukan
hadis tetapi direka-reka. Hadis Mutawatir adalah hadis yang tidak boleh
ditolak, sangat sahih. Hadis Masyhur di bawah Hadis Mutawatir. Ada yang
dikatakan Hadis Ahad. Sumbernya satu, satu jalan, satu line atau satu saluran.
Setelah dikaji rawi-rawi sampai kepada Sayidina Abu Bakar, perawi itu orang
yang sama. Seorang saja. Sumber lain tidak ada. Ada hadis yang banyak sumbernya
dan banyak saluran.
Begitulah martabat hadis. Jadi hadis
dibukukan setelah 300 tahun. Kemudian, ada mazhab. Mengapa timbul mazhab? Saya
tidak hendak sebut mazhab-mazhab yang sesat. Sebab dalam Islam lahir 73 mazhab.
Dari 73 mazhab itu, 72 mazhab sesat. Hanya satu saja yang dikatakan ahli sunnah
wal jamaah. Dari situ menjadi 4 mazhab. Inilah mazhab yang sah, yang dianggap
satu iaitu ahlisunnah wal jamaah. Kemudian ia berpecah kepada 4 Mazhab iaitu:
1. Mazhab Maliki
2. Mazhab Hanafi
3. Mazhab Hambali
4. Mazhab Syafi’i
2. Mazhab Hanafi
3. Mazhab Hambali
4. Mazhab Syafi’i
Mazhab pertama yang lahir ialah
Mazhab Maliki. Bahkan Mazhab ini terkenal dengan Mazhab ahlulhadis. Imam Maliki
tidak mengembara, tidak ke luar negeri, duduk saja di Madinah, jadi dia banyak
dapat hadis. Sebab itu Mazhab Maliki ini dikatakan Mazhab ahlul hadis.
Mazhab yang 4 ini dianggap satu,
yang dikatakan mazhab yang berpegang pada ahlisunnah wal jamaah. Perbedaannya
bab-bab furuq, bukan bab pokok. Bukan masalah-masalah aqidah, bukan masalah
usuluddin. Hanya bab furuq seperti fiqh dan syariat. Ada kelainan
sedikit-sedikit.
Perbedaan-perbedaan timbul karena:
1. IQ Imam Mazhab tidak sama
Imam-imam Mazhab ini tidak sama kecerdikannya. Ada yang sangat cerdik dan ada yang sederhana. Begitulah. Oleh karena faktor akal tidak sama, maka lahirlah pendapat-pendapat. Maka berbedalah pendapat antara satu sama lain. sebenarnya mazhab-mazhab ini ada 11 yang sah. Semuanya ahli sunnah wal jamaah. Selanjutnya mazhab Auza’i, Athauri, Mazhab Hasan Basri dan lain-lain lagi. Tetapi yang selain daripada mazhab yang 4 ini, tidak terkenal. Kitab tidak ada, buku sudah hilang. Hendak dijadikan bahan rujukan sudah tidak bisa. 4 mazhab ini ada kitab dan ada rujukannya. Cukup jelas karena semua ada kitab. Imam Syafie ada kitab yang besar iaitu Al Uum. Kembali memperkatakan mengapa lahir perbedaan. Pertama IQ tidak sama.
Imam-imam Mazhab ini tidak sama kecerdikannya. Ada yang sangat cerdik dan ada yang sederhana. Begitulah. Oleh karena faktor akal tidak sama, maka lahirlah pendapat-pendapat. Maka berbedalah pendapat antara satu sama lain. sebenarnya mazhab-mazhab ini ada 11 yang sah. Semuanya ahli sunnah wal jamaah. Selanjutnya mazhab Auza’i, Athauri, Mazhab Hasan Basri dan lain-lain lagi. Tetapi yang selain daripada mazhab yang 4 ini, tidak terkenal. Kitab tidak ada, buku sudah hilang. Hendak dijadikan bahan rujukan sudah tidak bisa. 4 mazhab ini ada kitab dan ada rujukannya. Cukup jelas karena semua ada kitab. Imam Syafie ada kitab yang besar iaitu Al Uum. Kembali memperkatakan mengapa lahir perbedaan. Pertama IQ tidak sama.
2. Hadis belum dibukukan untuk jadi rujukan
Waktu zaman Imam Mazhab ini, hadis belum dibukukan. Hadis dibukukan setelah 300 tahun. Sedangkan Imam-imam Mazhab sudah lahir di kurun pertama. Hadis belum dibukukan. Hanya berjumpa orang-orang yang hafal hadis. Jadi sebab yang kedua, setengah Imam Mazhab itu ada yang berjumpa hadis dan ada yang tidak berjumpa. Yang berjumpa, dia jadikan hujah, manakala yang tidak jumpa, dia tidak jadikan hujah. Di situ sudah berbeda. Itu sebab kedua.
Waktu zaman Imam Mazhab ini, hadis belum dibukukan. Hadis dibukukan setelah 300 tahun. Sedangkan Imam-imam Mazhab sudah lahir di kurun pertama. Hadis belum dibukukan. Hanya berjumpa orang-orang yang hafal hadis. Jadi sebab yang kedua, setengah Imam Mazhab itu ada yang berjumpa hadis dan ada yang tidak berjumpa. Yang berjumpa, dia jadikan hujah, manakala yang tidak jumpa, dia tidak jadikan hujah. Di situ sudah berbeda. Itu sebab kedua.
3. Tidak semua Imam Mazhab menerima hadis yang sama
Sebab ketiga, masing-masing jumpa hadis yang sama, tetapi tidak semua menerima hadis itu. Mana yang anggap hadis itu sahih, dia terima. Yang anggap itu bukan hadis, dia tidak terima. Di sini berbeda lagi.
Sebab ketiga, masing-masing jumpa hadis yang sama, tetapi tidak semua menerima hadis itu. Mana yang anggap hadis itu sahih, dia terima. Yang anggap itu bukan hadis, dia tidak terima. Di sini berbeda lagi.
4.Berbeda penerimaan ayat Mansuh dalam Al Quran
Sebab yang keempat, dalam Quran, ada ayat yang mansuh dan ada yang nasikh. Ada setengah Mazhab tidak terima mansuhnya ayat Quran. Ada sesetengah mazhab menerima. Orang yang menerima pula tidak sama. Ada yang terima sekian-sekian ayat saja. Jadi mana yang menerima, menerima ayat yang mansuh. Manakala mazhab yang menerima ayat itu tidak mansuh, dia jadikan hujah. Mazhab yang sudah meanganggap ayat itu sudah mansuh, di situ dibatalkan hukumnya. Nasikh itu dibatalkan. Imam Mazhab yang menganggap hukum itu sudah dibatalkan, maka ia tidak dijadikan hujah. Sudah berbeda lagi
Sebab yang keempat, dalam Quran, ada ayat yang mansuh dan ada yang nasikh. Ada setengah Mazhab tidak terima mansuhnya ayat Quran. Ada sesetengah mazhab menerima. Orang yang menerima pula tidak sama. Ada yang terima sekian-sekian ayat saja. Jadi mana yang menerima, menerima ayat yang mansuh. Manakala mazhab yang menerima ayat itu tidak mansuh, dia jadikan hujah. Mazhab yang sudah meanganggap ayat itu sudah mansuh, di situ dibatalkan hukumnya. Nasikh itu dibatalkan. Imam Mazhab yang menganggap hukum itu sudah dibatalkan, maka ia tidak dijadikan hujah. Sudah berbeda lagi
5. Berbeda pendapat dalam menghubungkan ayat Quran dan Hadis
Selain itu ayat Quran dan hadis, kadang-kadang satu sama lain itu nampak berlawanan. Kadang-kadang, nampak untuk khusus tetapi dimaksudkan untuk umum. Kadang nampak untuk umum tetapi maksudnya khusus. Ini susah. Masing-masing mengkaji, menilai bagaimana hendak menghubungkan. Bagaimana hendak gabungkan yang khusus jadi umum, yang umum jadi khusus. Ada juga yang khusus untuk khusus dan ada yang untuk umum. Di sini berbeda lagi. Ada yang mampu diselaraskan. Ada yang tidak mampu. Lahirlah pandangan-padangan yang berbeda.Inilah antara sebab-sebab yang besar, mengapa dalam satu mazhab yang besar, yaitu mazhab ahlisunnah wal jamaah, lahir lagi 4 firkah. Ada sedikit-sedikit perbedaan antara satu perkara.
Selain itu ayat Quran dan hadis, kadang-kadang satu sama lain itu nampak berlawanan. Kadang-kadang, nampak untuk khusus tetapi dimaksudkan untuk umum. Kadang nampak untuk umum tetapi maksudnya khusus. Ini susah. Masing-masing mengkaji, menilai bagaimana hendak menghubungkan. Bagaimana hendak gabungkan yang khusus jadi umum, yang umum jadi khusus. Ada juga yang khusus untuk khusus dan ada yang untuk umum. Di sini berbeda lagi. Ada yang mampu diselaraskan. Ada yang tidak mampu. Lahirlah pandangan-padangan yang berbeda.Inilah antara sebab-sebab yang besar, mengapa dalam satu mazhab yang besar, yaitu mazhab ahlisunnah wal jamaah, lahir lagi 4 firkah. Ada sedikit-sedikit perbedaan antara satu perkara.
Kedatangan pakar-pakar hadis adalah
selepas kelahiran Imam Mazhab. Imam mazhab di lahir di kurun yang pertama.
Pakar-pakar hadis di kurun yang ke 3. Tidak bertemu. Tetapi tiada siapa pun di
kalangan pakar hadis itu yang membuat mazhab. Karena itu kebanyakan bermazhab
Syafi’i. Mereka itu kebanyakannya bermazhab Syafi’i. Padahal hadis di kepala
mereka. Bahkan ada di kalangan mereka yang hafal Al Quran. Artinya tempat rujuk
ada pada mereka. Seharusnya mereka bisa dan mampu buat mazhab tetapi mereka
tidak buat. Mereka bermazhab dengan mazhab Syafi’i.
Karena sekarang ini, orang sangat
mudah menolak mazhab. Sedangkan pakar hadis pun bermazhab. Merujuk pada Mazhab
Syafi’i. Jadi jangan mudah terpengaruh. Pakar hadis pun ikut mazhab. Masa kita
tidak ikut mazhab sedangkan kita ini, satu ayat pun tidak Bisa faham. Apalagi
beribu-ribu hadis.
Mengapa Kita Wajib Berrmazhab-sambungan
Memang tak ada perintah wajib
bermadzhab secara shariih, namun bermadzhab wajib hukumnya, karena kaidah
syariah adalah Maa Yatimmul waajib illa bihi fahuwa wajib, yaitu apa apa yang
mesti ada sebagai perantara untuk mencapai hal yang wajib, menjadi wajib
hukumnya.
Misalnya kita membeli air, apa
hukumnya?, tentunya mubah saja, namun bila kita akan shalat fardhu tapi air
tidak ada, dan yang ada hanyalah air yang harus beli, dan kita punya uang, maka
apa hukumnya membeli air?, dari mubah berubah menjadi wajib tentunya. karena
perlu untuk shalat yang wajib.
Demikian pula dalam syariah ini, tak
wajib mengikuti madzhab, namun karena kita tak mengetahui samudra syariah
seluruh madzhab, dan kita hidup 14 abad setelah wafatnya Rasul saw, maka kita
tak mengenal hukum ibadah kecuali menelusuri fatwa yang ada di imam imam
muhaddits terdahulu, maka bermadzhab menjadi wajib, Karena kita tak bisa
beribadah hal hal yang fardhu / wajib kecuali dengan mengikuti salah satu
madzhab itu, maka bermadzhab menjadi wajib hukumnya.
Sebagaimana suatu contoh kejadian
ketika zeyd dan amir sedang berwudhu, lalu keduanya kepasar, dan masing masing
membeli sesuatu di pasar seraya keduanya menyentuh wanita, lalu keduanya akan
shalat, maka zeyd berwudhu dan amir tak berwudhu, ketika zeyd bertanya pada
amir, mengapa kau tak berwudhu?, bukankah kau bersentuhan dengan wanita?, maka
amir berkata, aku bermadzhabkan maliki, maka zeyd berkata, maka wudhu mu itu
tak sah dalam madzhab malik dan tak sah pula dalam madzhab syafii, karena madzhab
maliki mengajarkun wudhu harus menggosok anggota wudhu, tak cukup hanya
mengusap, namun kau tadi berwudhu dengan madzhab syafii dan lalu dalam masalah
bersentuhan kau ingin mengambilmadzhab maliki, maka bersuci mu kini tak sah
secara maliki dan telah batal pula dalam madzhab syafii.
Demikian contoh kecil dari kebodohan
orang yang mengatakan bermadzhab tidak wajib, lalu siapa yang akan bertanggung
jawab atas wudhunya?, ia butuh sanad yang ia pegang bahwa ia berpegangan pada
sunnah nabi saw dalam wudhunya, sanadnya berpadu pada Imam Syafii atau pada
Imam Malik?, atau pada lainnya?, atau ia tak berpegang pada salah satunya
sebagaimana contoh diatas..
Dan berpindah pindah madzhab
tentunya boleh boleh saja bila sesuai situasinya, ia pindah ke wilayah malikiyyun
maka tak sepantasnya ia berkeras kepala dengan madzhab syafii nya, Demikian
pula bila ia berada di indonesia, wilayah madzhab syafi’iyyun, tak sepantasnya
ia berkeras kepala mencari madzhab lain.
demikian saudaraku yang kumuliakan.,
No comments:
Post a Comment