BAHAGIA HIDUP BERMADU
Ramai Lelaki Tak Peduli Tentang Perkara Ini Dalam Sunnah Poligami
Poligami. Antara salah satu topik yang sangat kontroversi yang sering menjadi penyebab kepada pergaduhan di antara suami dan isteri. Bagi isteri, ia merupakan satu pantang kepada mereka dan bagi suami pula, topik ini membuatkan mereka tersenyum simpul.
Ramai di antara suami di luar sana yang terlalu kerap menggunakan alasan "sunnah" bagi menghalalkan poligami. Mampu menanggung keperluan isteri dan berlaku adil bukanlah faktor muktamad yang menjadikan perbuatan poligami ini sebagai satu sunnah. Seperti yang dilakukan Rasulullah S.A.W yang berpoligami, ramai yang tidak mengikuti perbuatan sebenar baginda dan hanya berlandaskan nafsu semata.
Sebelum menggunakan alasan poligami itu sunnah, adalah lebih baik kita selami dahulu cara berpoligami yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
1. Monogami selama 25 tahun
Rasulullah S.A.W mengahwini Siti Khadijah bagi tempoh 25 tahun, dan hanya berkahwin semula selepas kewafatan Siti Khadijah. Baginda tidak berpoligami ketika tempoh perkahwinannya dengan Siti Khadijah. Kebanyakan yang dilakukan oleh kita adalah dengan mengahwini isteri kedua ketika isteri masih hidup, malah ada yang tak sampai setahun berkahwin sudah ingin berpoligami, dengan alasan mampu. Jadi, adakah kita mengikuti sunnah ini?2. Mengahwini janda
Tidak seperti kebanyakan yang berlaku di Malaysia mahu berpoligami dengan lebih memilih untuk mengahwini anak dara, 10 daripada 12 isteri Rasulullah S.A.W adalah janda. Siti Khadijah adalah janda yang pernah berkahwin sebanyak 2 kali.- Khadijah
- Saudah binti Zum`ah
- Hafsah binti Umar
- Zainab binti Khuzaymah
- Ummu Habibah binti-Abu Sufyan
- Ummu Salamah
- Zainab binti Jahsh
- Juwariyah binti al-Harits
- Safiyah binti Hayi bin Akhtab
- Maimunah al-Hilaliyah
3. Mengahwini wanita 15 tahun lebih tua
Beza umur antara Rasulullah S.A.W dan Siti Khadijah adalah 15 tahun. Jarang-jarang kita ingin melihat perkahwinan di antara pasangan yang mempunyai perbezaan umur yang ketara sebegini. Jika anda ingin berkahwin dengan wanita yang mempunyai perbezaan umur sebegini dan keluarga anda berkata, "Baguslah, itu kan sunnah", jadi, anda layak.4. Mengahwini janda anak 5
Sangat sukar untuk melihat mereka yang berpoligami seperti ini. Ramai lelaki yang mencari anak dara, kalau janda pun, lebih memilih yang tak mempunyai anak atau anak 1 sahaja. Ketika Rasulullah S.A.W mengahwini Sawda binti Zam'a, beliau mempunyai 5 atau 6 anak lelaki. Perkahwinan ini mengejutkan masyarakat di Mekah kerana Rasulullah memilih seseorang yang mempunyai anak yang ramai, tidak muda dan tidak cantik.Tujuan Rasulullah S.A.W mengahwini Sawda adalah untuk membela nasibnya dan teringatkan ujian yang dilalui oleh Sawda kerana agama yang mana beliau berhijrah ke Abyssinia dan meninggalkan segalanya. Sanggup anda berpoligami sebegini?
5. Mengahwini wanita yang kaya demi agama
Siti Khadijah merupakan seorang usahawan yang sangat kaya, yang mana merupakan majikan kepada Rasulullah S.A.W. Siti Khadijah sendiri yang melamar Rasulullah S.A.W, bukan seperti sebaliknya yang berlaku dalam masyarakat kita di mana lelaki tua yang kaya melamar wanita muda dan diarah menjadi suri rumah.Jadi, adakah anda berasa 5 sunnah yang dilakukan Rasulullah S.A.W ini sukar untuk dilakukan? Jika ya, jangan hanya lihatkan poligami itu sebagai sunnah, tetapi terlebih dahulu melatih dan mengajar diri supaya mengikut sunnah dalam perkahwinan dengan satu-satunya isteri anda seperti yang diajarkan oleh Rasullullah S.A.W, iaitu :
- Mengemas rumah
- Basuh baju sendiri
- Masak makanan sendiri
Saya terbaca satu
artikel ni dalam satu blog dan rasanya kita semua patut berkongsi idea ini
untuk pengetahuan. Mungkin pandangan negatif yang selalu digambarkan dalam
hidup berpoligami membuatkan lebih ramai yang memandang serong apabila menyebut
tentang poligami sedangkan ianya salah satu sunah Rasulullah s.a.w. Sunah
Rasulullah semuanya ada kebaikan dan ada hikmah. Antara banyak sunah, poligami
satu-satunya sunah yang sering diperdebatkan dan dijauhi……
Mungkin kita akan mendapat sedikit pengetahuan baru dengan
atikel di bawah.
Barangkali hanya yang sedang atau pernah melalui kehidupan
bermadu dapat merasai pahit manisnya berkongsi kasih daripada seorang lelaki
bergelar suami.
Pernahkah terfikir untuk menamatkan sebuah hubungan dengan
seseorang yang anda kenali dan sayangi itu yang nyata milik wanita lain?
Melihat sisi yang pelbagai terutama menelusuri kisah rumah tangga pasangan lain yang pernah hidup bermadu sentiasa bergolak hingga berakhir dengan kehancuran, pasti menggugat impian anda untuk memanjangkan hubungan.
Namun, suratan takdir menyatakan memang dia adalah jodoh anda, lalu anda reda atas segalanya.
Diserang atau dicop dengan pelbagai tuduhan seperti perampas, pemusnah rumah tangga insan lain dan pelbagai kejian atau kata kesat mungkin juga membuatkan anda gentar untuk melayari bahtera berdua walau hakikatnya anda terpaksa berbahagi atau berkongsi kasih.
Jika itu keputusan dan jalan yang anda pilih, beberapa petua berikut mungkin mampu dimanfaatkan untuk menjadi insan yang tabah dalam memadu kasih.
Tidak dinafikan, menjadi isteri kedua sering dipandang serong dalam masyarakat lalu anda harus bersedia secara mental dan fizikal dalam menempuh fasa yang mungkin melukakan perasaan anda. Apa yang penting (bukan menggalakkan), cinta sejati tidak mudah goyah hanya kerana hinaan atau kejian orang.# Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.
Melihat sisi yang pelbagai terutama menelusuri kisah rumah tangga pasangan lain yang pernah hidup bermadu sentiasa bergolak hingga berakhir dengan kehancuran, pasti menggugat impian anda untuk memanjangkan hubungan.
Namun, suratan takdir menyatakan memang dia adalah jodoh anda, lalu anda reda atas segalanya.
Diserang atau dicop dengan pelbagai tuduhan seperti perampas, pemusnah rumah tangga insan lain dan pelbagai kejian atau kata kesat mungkin juga membuatkan anda gentar untuk melayari bahtera berdua walau hakikatnya anda terpaksa berbahagi atau berkongsi kasih.
Jika itu keputusan dan jalan yang anda pilih, beberapa petua berikut mungkin mampu dimanfaatkan untuk menjadi insan yang tabah dalam memadu kasih.
Tidak dinafikan, menjadi isteri kedua sering dipandang serong dalam masyarakat lalu anda harus bersedia secara mental dan fizikal dalam menempuh fasa yang mungkin melukakan perasaan anda. Apa yang penting (bukan menggalakkan), cinta sejati tidak mudah goyah hanya kerana hinaan atau kejian orang.# Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.
Masyarakat hanya tahu
mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup
bermadu, tidak hina menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, dengan syarat
suami anda mestilah seorang suami bukannya seorang ‘lelaki’.
# Sentiasa merendah
diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah atau mengata apa saja asalkan
anda sentiasa mengalah.
Kuatkan hati dengan
matlamat bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan
suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan isteri pertama akan lembut
hatinya bahkan dia boleh menjadi kawan baik.
Pasti anda akan tenang
apabila madu menghubungi dan bertanyakan khabar anda di kala suami bersamanya.
Lakukan perkara serupa kepadanya apabila suami bersama anda pula.
# Senangkan hati suami,
dia akan menyenangkan hati anda. Bukankah semua isteri mahu disayangi suaminya?
Oleh itu, anda perlu
sentiasa memainkan peranan aktif supaya hati suami selalu senang dan tenang
kerana apabila hati suami senang, madu anda juga senang hatinya. Secara
langsung, kebaikan itu datang kepada anda juga, hati akan terus diselubungi
kebahagiaan tanpa sedikit pun rasa iri bermukim di hati.
# Jangan tamak masa dan
harta, terimalah seadanya daripada suami. Ini kerana segelintir isteri yang bermadu
mengimpikan masa yang panjang untuknya sedangkan dia kena ingat dia ‘datang’
kemudian.
# Sewajarnya isteri
kedua mampu berdikari supaya masa santai itu dipenuhi sebaik-baiknya. Jadi,
akan kurang masa untuk memikirkan yang bukan-bukan dan jangan benarkan syaitan
menguasai diri.
Mana ada perempuan yang
tidak cemburu? Sedikit sebanyak ada rasa cemburu di hati kerana kita hanya
manusia biasa, tetapi biarlah berpada-pada dan tunjukkan juga rasa sedikit
cemburu itu kepada suami supaya dia tahu yang anda sayang kepadanya.
# Ambil hati mentua
sewajarnya supaya dia juga kasihkan anda dan anak seperti dia kasihkan keluarga
suami anda yang satu lagi.
# Tiada siapa yang
menang atau kalah dalam perhubungan seperti ini, yang penting adalah ketenangan
dalam perhubungan itu.
# Sokongan keluarga
sendiri sangat penting untuk wanita seperti anda, jadi anda tidak akan rasa
kekurangan apabila suami tiada bersama.
# Fikirkan konsep
poligami itu adalah berkongsi bukannya merampas.
Namun, ketika anda
menerima lamaran bakal suami untuk bergelar isteri kedua, berhati-hatilah
ketika menerima lamaran dengan meneliti beberapa perkara iaitu:
# Tanya dan lihat:
Adakah dia lelaki bertanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapanya? Jika ya,
maknanya dia akan bertanggungjawab juga kepada diri anda.
# Adakah dia menjaga
solat setiap kali berjumpa anda? Jika ya, maknanya dia lelaki yang tahu perkara
asas.
# Adakah bakal madu
anda terdidik akhlaknya? Jika ya, mudah untuk anda berbaik-baik dengannya.
# Adakah dia punya
pekerjaan tetap sekian lama? Jika ya, maknanya dia tetap pendirian dan tahu
maksud kehidupan.
# Adakah dia faham
mengenai perkahwinan sama seperti yang anda faham?
Jika ya, mudahlah bagi anda dan dia bertolak ansur. Jika
tidak, lebih baik berfikir dua kali kerana tidak semua perempuan atau lelaki
kental. Ramai juga yang mengambil peluang dengan konsep poligami ini, namun
hanya mereka yang berwibawa saja mampu melakukannya.
Oleh Noriah Idris.
dipetik dari anikaminda blog.
copyright by hazaldin 7nov13
No comments:
Post a Comment