06 March 2018

Kenali rohani jasmani jiwa dan raga manusia


Umumnya ramai orang yang hanya menyebut aspek kehidupan manusia itu hanya terdiri daripada rohani dan jasmani. Jarang diantara mereka yang mengetahui bahawa aspek kehidupan manusia itu terdiri daripada rohani jasmani jiwa dan raga.
Rohani jasmani jiwa dan raga.
Dalam firman Allah Taala surah Shaad (38:71-73) yang bermaksud:
Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadianya, maka Ku tiupkan kepadanya Ruh Ku. Maka hendaklah kamu tunduk bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat itu bersujud semuannya.
Pada ayat yang lain pula, Allah menjelaskan tentang penciptaan jiwa (nafs). Surah Asy Syams (91:7-10) . Firmanya yang bermaksud:
Dan demi nafs (jiwa) serta penyempurnaannya, maka Allah ilhamkan kepada nafs itu jalan ketaqwaaan dan kefasikannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikannya dan sesungguhnnya rugilah orang yang mengotorinya.
Selain itu, Allah juga berfirman dalam Al Quran tentang proses kejadian jasad (jisim). Surah Al Mukminun (23:12-14):
Dan sesungguhnya Kami telah menciptkan manusia dari sari pati dari tanah, Kemudian jadilah sari pati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-tulang, lalu tulang-tulang ini Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk berbentuk lain, maka maha suci Allah. Pencipta yang paling baik.
Alam raga
Raga itu adalah daripada unsur tanah yang berkeadaan pepejal bersifat kering. Unsur tanah boleh cair menjadi air yang bersifat basah, air meruap menjadi angin yang bersifat dingin dan angin boleh menghidupkan api yang bersifat panas. Oleh itu unsur tanah, air, angin dan api adalah disebut unsur alam benda. Pergerakan unsur inilah yang membina tenaga alam semesta untuk keperluan manusia membina kesihatan hidup rohani, jasmani, jiwa dan raganya.
Alam raga seperti kehidupan tumbuhan, haiwan dan manusia memerlukan unsur alam benda untuk membina tenaga raga yang di perolehi dari bahan makanan, minuma, udara dan api (haba).
Saripati makanan, minuman, udara dan haba membina tenaga raga manusia yang teriri daripada darah, urat, nafas dan haba untuk membina tenaga jiwa.
Alam jiwa
Bermula tenaga jiwa manusia adalah terbit dari tenaga alam raga iaitu darah. Darah adalah cecair yang mengandungi saripati makanan, minuman, udara dan haba yang mengitari seluruh anggota tubuh badan manusia.Darah adalah berpusat di jantung sanubari tubuh badan manuia. Dari jantung sanubari manusialah terbitnya tenaga jiwa dalam bentuk perasaan yang dikenali dengan nafsu amarah.
Nafsu ammarah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran, Firman Allah yang bermaksud,
“ Sesungguhnya nafsu (ammarah) itu sangat menyuruh berbuat jahat. “ (Surah Yusuf: 53)
Nafsu amarah ini adalah perasaan yang maseh lagi dipengaruhi alam benda yang membina alam raga. Oleh itu nafsu amarah adalah seperti sifat haiwan yang cenderung kepada makan minum, beranak pinak dan permusuhan untuk menguasai alam benda.
Ini dijelaskan dalam Al Quran Surat Ali Imran, yang bermaksud:
Dijadikan indah pada pandangan manusia, merasa kecintaan apa-apa yang dingininya (syahwat) iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang bertimbun dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang, Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat sebaik-baik kembali.
Oleh itu nafsu amarah adalah sentiasa mendustakan nama tuhanNya kerana hanya mengucapkan nama alam benda yang disembahnya. Sesungguhnya alam raga yang dibina dari alam benda telah menghijab manusia sehingga lalai mengingati nama tuhanNya. Oleh itu nafsu amarah yang terbit dari unsur api pula sangat mudah diresapi oleh sifat syaitaniah yang dicipta dari unsur api yang mendusti nama tuhanNya.
Nafsu amarah cuma boleh dibendung setelah mata hati sanubarinya menyaksi لا اله الا الله محمد رسول الله (lailahailallah Muhammaduraslullah) ia itu menyaksikan tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dam menyaksikan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Hanya setelah hati sanubari manusia dipancarkan oleh Nur kebenaran Kalamullah yang di wahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw menerusi Malaikat Jibril as sajalah baru nafsu amarah boleh beraleh kepada nafsu Lawwamah. Nafsu lawwamah adalah kesedaran jiwa manusia yang lalai kepada alam benda setelah mengingati nama Allah tetapi maseh lalai kepada tuhanNya kerana asyik mencela kejahatan makhluk (syaitan).
Di dalam Al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
“ Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah (mencela dan pengkritik diri). ” (Al-Qiamah: 2)
Nasfu lawwamah beraleh kepada nafsu mulhammah setelah hati sanubari manusia dipancari Nur Kalamullah yang bermula dengan memuji nama tuhanNya, Alhamdulillah ia itu Alhamdulillahirabilalamin seperti yang terkandung dalam surah Pembukaan al Quran ia itu al Fatihah. Dengan memuji nama tuhanNya, maka turunlah di hati sanubari manusia sifat Rahman dan Rahim seperti ayat al Fatihah yang berikutnya. Dengan sifat Allah yang Rahman dan Rahim inilah melenyapkan sifat cela manusia dan menyembah sifat Allah untuk menenangkan hati sanubari manusia dan beraleh kepada nafsu Mutmainnah itu jiwa yang tenang.
Firman Allah,
“ Demi nafsu (manusia) dan yg mnjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yg buruk dan mana yg baik, sesungguhnya dpt kemenanganlah org yg mnyucikan hatinya dan rugilah (celakalah) org yg mngotorkannya. ” (As-Syam: 8-10)
Dengan nafsu mutmainnah manusia menyembah afaal Allah ia itu dengan menurut segala perintah Allah. Dan manusia akan kembali kepada tuhannya dalam keadaan redo meredoi. Maka layaklah manusia itu menjadi hamba Allah yang meninggalkan segala dakwa dakwi dan masuk ke dalam syurgaNya.
Seperti yang dinyatakan oleh Al Quran (Al-Fajr : 27-30 ) yang bermaksud:
Hai jiwa yang tenang (Nafsu Mutmainnah), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, masuklah ke dalam syurgaKu.
Hasil kegigihan melatih diri untuk memakrifatkn diri kepada Allah, orang yang brnafsu mutmainnah akan meningkat kepada nafsu radhiah. Orang ini memiliki keseluruhan sifat mahmudah dan kuat hubungan hatinya dengan Allah. Orang ini memdapat pimpinan ilmu laduni dan mempunyai pandangan mata hati yang tajam atau dikenali sebagai firasat.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
“ Takutilah akan firasat org mukmin, bahawasanya org2 mukmin itu melihat dgn nur Allah (petunjuk Allah SWT). “ (Riwayat At-Tirmizi)
Tabiat orang peringkat ini luar biasa, ia tidak takut pada bala Allah dan tidak tahu gembira pada nikmat Allah, yang ia tahu hanya keredhaan Allah dan hukuman-Nya.
Firman Allah yg brmaksud:
“ Ssungguhnya wali2 Allah itu tak pernah rasa takut dan bimbang. “ (Surah Yunus: 62)
Nafsu mereka sudah terkikis dari akar umbinya sekali dan mereka disinari oleh nur syuhud kepada makrifat, bertalu talu masuk ke dalam hati nurani yang tetap waja itu.
Alam di sekeliling mereka laksana cermin. Apabila melihat alam ia ‘nampak’ (teringat atau terasa) akan Allah. Hal itu berlaku setiap ketika.Makam ini yang disebut sebagai makam musyahadah seperti mana Rasulullah SAW bersabda di dalam hadis tentang sifat ‘al-ihsan’.
Sabda Rasulullah saw:
“ … maksud ehsan ialah apabila engkau menyembah Allah hendaklah terasa seolah olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya ketahuilah bahawa Allah melihat kamu. “ (Riwayat Muslim)
Sifat sifat mahmudah yang timbul dari nafsu radhiah ialah zuhud, ikhlas, wara’, mninggalkan perkara perkara yg bkn urusannya, memelihara hukum-hakam Allah dan lain2 sifat kerohanian yang tinggi.
Makam nafsu ini hanya dapat dicapai oleh para wali Allah. Mereka dapat merasa nikmat melakukan kebajikan dan berbudi luhur. Zikir wiridnya hebat, bukan sekadar di lidah tetapi hatinya penuh khusyu’ dan tawadhu’ mengingati Allah.
Firman Allah SWT:
“ Berzikirlah pada Tuhanmu dalam hatinya dalam keadaan merendah diri dan takut. “ (Al-A’raf:205)
Mereka yang telah sampai ke peringkat nafsu mardhiah kelihatan lebih tenang dan tenteram. Hati dan jiwanya telah benar benar sebati dengan Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yg brmaksud:
“ Apabila kamu sekalian melihat seseorg mukmin itu pendiam dan tenang, maka dekatilah ia. Ssungguhnya dia akan mengajar kamu ‘hikmat’. “ (Riwayat Ibnu Majah)
Segala gerak-geri org di peringkat nafsu ini diredhai Allah. Sabda Rasulullah SAW dlm hadis Qudsi:
“ Sentiasalah hamba-Ku berdampingan kepada-Ku dengan mengerjakan ibadat sunat hingga aku kasihkan dia maka apbila Aku kasihkan dia nescaya adalah Aku pendengarannya yg ia mendengar dgnnya, penglihatan yg ia melihat dgnnya, pertuturan lidahnya yg ia bertutur dgnnya, penampar tgnnya yg ia menampar dgnnya, brjalan kakinya yg ia brjalan dgnnya dan brfikir hatinya yg ia brfikir dgnnya. “ (Riwayat Imam Bukhari)
Orang yang dapat mncapai martabat nafsu mardiah digelar wali Allah dlm martabat yang istimewa.
Orang yang berada di peringkat nafsu kamilah ini, berada di peringkat nafsu tertinggi. Setiap perlakuannya benar2 mengikut garis keredhaan Allah dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan.
Cintanya tertumpu pada Allah, ingatannya pada Allah tidak pernah putus. Allah SWT membayangkannya dalam hadis Qudsi yang brmaksud:
“ Ssungguhnya telah lama org yg baik2 itu rindu utk brtemu dgn Aku, dan (sebaliknya) Aku lebih rindu utk brtemu dgn mereka. ” (Riwayat Abu Darda’)
Hanya para rasul, para nabi dan wali Allah shj yang boleh sampai ke taraf nafsu kamilah. Orang soleh, pejuang kebenaran boleh menuju ke tingkat nafsu yg tinggi itu dgn proses mujahadah yg brsungguh sungguh.
Apabila kita telah mengenal di mana tahap nafsu kita, maka dapatlah kita brusaha meningkatkannya ke peringkat yg lebih tinggi dan mndorongnya kpd kebaikan. Bahkan tuntutan meningkatkn nafsu ke makam yang tinggi adalah diperintahkan.
Kerana orang yang berada di peringkat nafsu terendah yang brtaraf binatang, bererti ia sentiasa berada dalam suasana maksiat dan berdosa serta menderhakai Allah. Maka wajiblah meninggalkan segala maksiat dan kembali menjadi hamba Allah yang taat.
Alam jasad
Alam jasad adalah alam kehidupan yang menyatakan keadaan nyawa jiwa raga manusia. Kehidupan jasmani dinyatakan oleh parasrupa, gerakgeri, tingkahlaku dan budibahasa. Kehidupan jasmani adalah pendirian hidup manusia zahir dan batin untuk menyembah nama, sifat, afaal Allah swt. Parasrupa kehidupan jasmani manusia adalah untuk menyembah nama Allah. Gerakgeri kehidupan jasmani manusia untuk menyembah sifat Allah. Tingkahlaku kehidupan jasmani manusia untuk menyembah afaal Allah dengan menurut segala perintahNya. Budibahasa manusia adalah untuk menyatakan diriNya.
Alam rohani
Alam rohani adalah alam roh yang menyatakan kudrat, iraat, ilmu dan hayat tuhan.
….sambung kemudian.

No comments: