1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain..Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua
makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari
ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
“Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran
& keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.
mati.
3. Selepas 40 tahun,
Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2,
lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia
hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung
tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang
membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan
jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu
kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib &
masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api
yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan
binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan
(bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan
dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami
akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua
makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka
tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit
yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil
bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat
yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari
muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan
matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari
naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi
terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka
berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam
kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang
hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau
oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus
selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan
perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang
mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk
berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat
teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana
Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak
dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui
orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu
mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana
tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa
melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah
berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama
sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal
kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan
Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi
Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti
Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara
satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah
baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa
baginda.
14. Selepas itu,
terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk
kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy
Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak
perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga
‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ialah jisim
nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang
tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam
bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan
jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang
sangat kuat.
16. Kursi iaitu jisim
nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang
sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang
. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun
menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu
berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke
leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil
untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur
dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik
beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka
tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama
kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali
dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah
perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba
giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka
lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang
mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan
dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar,
mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk
menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini
disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama
yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya
tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab,
mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi
saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah
Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan
ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak
masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk
berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi
Muhammad s.a..w. di akhirat :
§ Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
§ Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
§ Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari
neraka.
§ Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul
serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.
28. Setelah berjaya
dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat.
Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka.
Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia
lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan
dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh
berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000
tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti
kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang
tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka,
lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat
berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000
orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999
orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin
karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura
2004.
Dalam sepotong ayat dan
hadis ada menerangkan:
“Sesungguhnya yang
mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan
ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong .” (An-Nahl ayat 105)
“Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan,
maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm
Al-Kabair.)
Petikan
artikel dari Aby RAd’s blogspot,
dan
disusun untuk tatapan kita bersama
oleh
hazaldin twbkl.
Copyright
28 Ogos 2010
One comment on “GAMBARAN PADANG MASHYSAR”
1.
11. Semua makhluk
berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat
teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat
kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat
hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang
bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak
oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah
dengan
bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian
mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
_______________________________
Saya mau tanya, apakah
pengecualian itu tidak termasuk untuk wanita?
3. Lelaki yang terikat
hatinya
dgn masjid. || apakah wanita yang terikat hatinya di masjid tidak termasuk?
dgn masjid. || apakah wanita yang terikat hatinya di masjid tidak termasuk?
5. Lelaki yang diajak
oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
|| lalu bagaimana dengan laki2 yang mengajak wanita berzinah dan wanita itu
menolaknya?
6. Lelaki yg bersedekah
dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai) || apakah jika wanita yang
bersedekah secara bersembunyi juga tidak mendapatkan pertolongan?
7. Lelaki yang suka
bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah
|| kasus ini juga sama seperti yang saya tanyakan diatas. Apakah benar hanya
laki-laki? Apakah perempuan yang melakukan amalan baik itu tidak mendapat
pertolongan?
Karna saya adalah orang
yang kurang ilmu, Tolong dijawab pertanyaan saya. Terimakasih
No comments:
Post a Comment