Kedudukan roh berbeda selepas keluar dari badan
Banyak berita yang mutawatir menceritakan apa yang dilakukan oleh roh selepas keluar dari badannya, yang mana tidak boleh dilakukan semasa roh berada dalam badan, umpamanya, ia dapat mengalahkan bilangan tentera yang banyak hanya dengan seorang atau dua dengan bilangan yang kecil, Nabi s.a.w. bersama Abu Bakar dan Umar melihat dalam mimpi yang mana roh-roh mereka telah mengalahkan roh askar-askar yang kufur dan zalim, roh orang yang beriman yang lemah dapat mengalahkan bilangan musuh yang banyak walaupun bilangan mereka amat kecil.
Dan yang lebih menakjubkan bahawa roh-roh orang yang beriman berkasih-sayang berkenalan dan bertemu antara mereka sedangkan mereka berada dalam jarak yang amat jauh, mereka sama-sama bersedih dan bertegur-sapa, mereka kenal antara satu sama lain seolah-olah dia berada disinya dan semacam keluarganya.
Telah berkata Abdullah ibnu Amrin: Roh-roh orang yang beriman bertemu sesama mereka dalam jarak satu hari perjalanan, sedangkan mereka sebelum ini belum pernah bertemu, kata-kata ini adalah berasal dari dari Nabi s.a.w..
Kata Ikrimah dan Mujahid: Semasa manusia tidur adalah menjadi sebab membolehkan roh mereka keluar sedangkan tempat asalnya tetap di badan, roh mereka telah pergi dan sampai kesuatu tempat yang diizinkan oleh Allah, apabila roh itu kembali kedalam badannya dia akan jaga, ini adalah umpama sinaran matahari yang sampai kebumi sedangkan matahari tetap berada dilangit yang tinggi dimana sinarannya tetap berhubung denganya.
Telah berkata Abu Abdullah bin Mandah yang beritanya dari setengah ahli ilmu dengan katanya: Bahawa roh akan keluar menerusi lubang hidungnya di mana tempat asalnya ialah dalam badannya, jika roh itu keluar keseluruhannya pasti dia mati, umpama lampu akan padam apinya jika dipisahkan dengan sumbunya, tempat asal api adalah dari sumbunya, kalau dinyalakan akan terang benderang rumah itu, maka demikian
juga roh akan keluar dari lubang hidungnya dan akan menjelajah hingga kelangit dan berjalan merata negeri dan bertemu dengan roh-roh simati.
Apabila malaikat yang menjaga roh memperlihatkan kepada sesaorang hamba Allah dalam mimpinya, jika orang tersebut hidupnya beriman dan beramal saleh dia tidak akan melihat perkara yang buruk semasa roh terpisah dengan badan semasa tidurnya, kerana dia telah terdidik dengan akhlak yang baik semasa sedar. sebaliknya dia akan melihat sesuatu yang baik sesuai dengan didikan jiwanya semasa sedar menurut akhlak mulia yang telah kurniakan Allah kepadanya.
Tetapi jika sesaorang itu sentiasa meringan-ringankan perintah Allah dimana dia sentiasa gemar kepada perkara yang buruk dan melihat serta beramal dengannya, bila diperliahatkan kepadanya perkara baik dan buruk atau gambaran-gambaran dari syaitan, dia akan melihat semua perkara tersebut dalam mimpinya, namun begitu bila jaga dia tidak dapat menghuraikan apa yang diperlihatkan dalam mimpi kerana ia bercampur antara benar dan batal.
Bahan pengajaran Kitab al-Roh oleh ibnu Qaiyyim halaman 270.
Pengajian Mengenai al-Roh dalam Kitab al-Roh
Pasal
Pendapat Yang Mengatakan Bahawa Roh Orang Yang Berhimpun Di Bumi Yang Diwarisi Oleh Hamba Nya Yang Salihin.
Pandangan yang mengatakan bahawa roh mereka berada di bumi berdasarkan Firman Allah Ta’ala; ( ولقد كتبنا في الزبور من بعد الذكر أن الأرض يرثها عبادي الصالحون ); maksudnya; “Sesungguhnya Kami telah catat di dalam kitab Zabur sesudah pengajaran bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba Ku yang saleh”. Al- Anbiyak : 105.
Orang ramai berbeza pendapat mengenai bumi tersebut, menurut pendapat Said Bin Jubair daripada Ibnu Abas; bumi yang dimaksudkan disini ialah Syurga, ini adalah pendapat kebanyakan ahli tafsir.
Menurut pandangan lain dari Ibnu Abas; Dunia yang dibentangkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah kata-kata yang betul, kerana ada persamaan dengan firman Allah dalam surah al-Nur ayat 55;
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka:
Dalam hadis Nabi s.a.w. baginda bersabda; (زويت لي الأرض مشارقها ومغاربها وسيبلغ ملك أمتي ما زويت لي منها ) bererti; “ Diwariskan bumi ini kepadaku timur dan barat, dan kekuasan umat ku akan sampai kepada bumi yang telah diberikan warisan kekuasaannya kepadaku”.
Menurut pendapat sebahagian ahli tafsir; yang dimaksudkan bumi disini ialah Baitul Maqdis.
Pendapat Yang Mengatakan Bahawa Roh Orang Yang Beriman Berada Di Illiyin.
Adapun pendapat yang mengatakan bahawa roh orang yang beriman berada di Illiyin di langit ketujuh, dan roh orang kafir berada di Sijjin dibumi yang ketujuh, ini adalah pandangan dari golongan ulamak salaf dan khalaf, mereka berdasarkan kata Nabi s.a.w. ( اللهم الرفيق الأعلى); “Ya Allah Tuhanku, aku pilih al-Rafiq al-A’ala”.
Sebelum ini Abu Hurairah telah meriwayatkan sebuah hadis Nabi; ( ان الميت اذا خرجت روحه عرج بها الى السماء حتى ينتهى بها الى السماء السابعة التي فيها اتله عز وجل ); “Apabila roh keluar dari badannya dibawa naik keatas hingga kelangit ketujuh yang pada nya Allah Azjwajalla”.
Abu Musa telah berkata; “Sesungguhnya roh dibawa naik hingga ke Arasy”.
Abu Khuzaifah telah berkata; “Bahawa roh ditahan disisi Tuhanya”.
Kata Abdullah bin Umar; “Roh–roh berada disisi Allah”.
Sebuah hadis Nabi menyatakan; ( ان أرواح الشهداء تأوي الى قناديل تحت العرش); “Sesungguhnya roh para syuhadak ditempatkan dilampu-lampu di Arasy”.
Al-Barrak bin al-‘Azib pernah menyatakan; roh akan dibawa naik dari selapis langit kelangit yang lain dan diarak oleh malaikat-malaikat yang hampir dengan Allah sehingga kelangit yang ketujuh, dan dalam lafaz yang lain; sehingga kelangit yang ketujuh padanya Allah Azzawajalla.
Beberapa pendapat di atas tidaklah memastikan bahawa roh menetap disana, malah roh dibawa naik selepas kematiannya untuk menerima perintah Allah, dicatatkan sama ada mereka di Illiyin atau di Sijjin, kemudian akan dikembalikan kekuburnya untuk disoal, tidak dikembalikan kesana lagi, roh orang yang beriman ditempatkan di Illiyin berdasarkan pahala amalan mereka, begitu juga roh orang kafir ditempatkan di Sijjin berdasarkan amalan dosa mereka.
Pasal;
Pendapat Yang Mengatakan Roh Orang Yang Beriman Dihimpun Diperigi Zamzam.
Adapun pendapat demikian tidak ada dalilnya dari al-Quran dan al-Sunnah, tidak boleh berpegang dengan pendapat ini, tidak ada kata-kata dari sahabat Nabi s.a.w. yang boleh dipercayaai, ini adalah tidak saheh, kerana perigi Zamzam tidak muat untuk dihimpunkan roh orang yang beriman, pandangan ini adalah bercanggah dengan sunah yang saheh menyatakan bahawa roh orang yang beriman berupa burung yang berterbangan dipohon-pohon syurga.
Kata-kata ini adalah sebatil-batil dakwaan dan seburuk-buruknya, malah lebih buruk lagi berbanding dengan pandangan yang menyatakan roh berada di Jabiyah sedangkan Jabiyah suatu tempat yang luas dan lapang berbanding dengan perigi Zamzam.
Pasal;
Pendapat Yang Menyatakan Bahawa Roh Orang Yang Beriman Berada Di Barzakh Dan Bergerak Dengan Bebas Kemana Dikehendakinya.
Adapun pendapat yang menyatakan demikian adalah diriwayatkan oleh Salman al-Farisi. Al-Barzakh ialah suatu tempat yang terdinding antara dua alam, Salman bermaksud Barzakh berada di antara dunia dan akhirat yang bebas untuk roh bergerak kemana sahaja dikehendakinya, pandangan ini kuat, kerana roh telah terpisah dari dunia dan belum lagi masuk kealam akhirat.
Roh orang yang beriman berada di alam barzakh yang luas sedang menerima berbagai ni’mat dan kesenangan. Manakala roh orang kafir pula berada di alam barzakh yang sempit dalam keadaan susah dan azab.
Firman Allah Ta’ala; ( ومن ورائهم برزح الى يوم يبعثون ) ”Dan dihadapan mereka terdapat alam Barzakh iaitu dinding yang membatasi hingga kehari mereka dibangkitkan”. Al-Mukminun:100.
Pasal:
Pendapat Yang Mengatakan Roh Orang Yang Beriman Disebelah Kanan Adam Manakala Roh Orang Kafir Disebelah Kirinya.
Kata-kata ini telah disokong dengan hadis yang saheh, iaitu hadis mengenai peristiwa Israk, kerana Nabi s.a.w. telah diperlihatkan hal demikian, kata-kata ini tidak semestinya roh-roh tersebut berada dekat dengan Adam malah kemunkinan amat jauh dipihak kanannya dan juga dipihak atasnya sedangkan roh orang kafir disebelah kirinya dalam jurang dan tertahan disana.
Kata Abu Muhammad bin Hazm, bahawa Barzakh yang diperlihatakan kepada Nabi sa.w. dimalam Israk terletak dilangit dunia. Alam itu berbeza dengan alam kita walau pun dibawah langit tetapi tidak dapati padanya air, tanah, api dan udara.
Ada pandangan lain yang mengatakan bahawa roh syuhadak sahaja yang akan dimasukkan kedalam syurga, kerana al-Quran dan al-Hadith menyatakan demikiian, Firman Allah: bermaksud; (Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah ). QS.Ali –Imran: 167-170.
Hadith lain daripada Sa’id al-Khudri, bererti (Roh syuhadak bebas pergi balik kemudian mereka menetap di lampu-lampu yang tergantung di Arasy, Allah berfirman kepada mereka: Adakah kamu tahu kemuliaan yang lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada kamu?, lalu mereka menjawab; tidak, Cuma kami ingin agar dikembalikan kedalam jasad supaya dapat kami berjuang sekali lagi kejalan Allah). Riwayat Hannad dari Ismail bin al Mukhtar dari ‘Atiah.
Hadith Ibnu Abbas menyatakan, sabda Rasul Allah bemaksud: ( Apabila saudara-saudara kamu terkurban dalam peperangan Uhud, Allah masukkan roh mereka kedalam burung-burng hijau yang bekeliaran disungai-sungai syurga, makan buah-buahan syurga, kemudian mereka pulang kelampu-lampu yang tergantung dinaungan Arsasy, apabila mereka merasai keenakan makanan dan minuman lalu mereka berkata; siapakah yang dapat menyampaikan berita kepada rakan-rakan kami bahawa kami sekarang hidup dalam syurga dan mendapat rezeki dari Tuhan, agar mereka tidak merasa berat untuk berjuang dan tidak lari dari mati syahid. Maka Allah berfirman: (Kami akan sampaikan berita kamu kepada mereka, maka Allah turunkan ayat bermaksud: (Dan jangan kamu menyangka bahawa orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hiidup disisi Tuhan mereka dan mendapat rezeki daripada Nya). QS.Ali Imran 169.
Hadith lain dari al-A’amasy daripada Abdullah bin Murrah, dari Masruq katanya; Abdullah bin Ma’ud telah ditanya mengenai ayat; (Dan jangalah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah mati malah mereka hidup dan mendapat rezeki dari Tuhan mereka) Ali Imran:169. Jawabnya memang kami telah Tanya Nabi s.a.w. lalu Baginda menjawab; (Roh orang-orang yang mati syahid berada didalam perut burung hijau yang berlegar didalam syurga kemana sahaja mereka ingin, kemudin kembali menetap dilampu-lampu, maka Allah menjelma kepada mereka seraya bertanya; (Adakah kamu ingin sesuatu yan lain; mereka menjawab; apakah ada yang lagi yang kami inginkan, sedangkan kami telah bersiar-siar dalam syurga menurut kehenddak kami, Allah terus bertanya mereka hingga tiga kali. Bila mereka terus ditanya juga lalu mereka berkata; Wahai Tuhan, kami ingin supaya pulangkan roh kami kedalam jasad supaya kami dapat berjuang kejalan Mu sekali lagi, bila mereka tidak ada soalan lain mereka tidak ditanya lagi. Hadis Muslim dalam sahehnya.
Bukhari meriwayatkan hadith dari Anas; bahawa Ummu Rabi’ binti al-Barrak iaitu ibu kepada Harisah bin Suraqah telah berjumpa dengan Nabi s.a.w. lalu bertanya; (Hai Nabi Allah, beritahu kepada saya berita Harisah – yang terbunuh dalam peperangan Badar terkena panahan sesat,- kalau dia berada didalam syurga saya akan sabar, kalau tidak saya akan menangis besungguh-sungguh, jawab Baginda; Wahai Ibu Harisah sesungguhnya disana beberapa syurga dan anak puan berada dalam syurga Firdaus yang tinggi).
Menurut Ibnu Abbas; Roh orang yang mati syahid berada di dalam perut burung hijau yang bergantung di buah-buahan syurga, demikian juga pandangan Qatadah katanya; telah sampai berita kepadaku bahawa roh orang yang mati syahid berada didalam badan burung yang berwarna puteh yang sedang memakan buah-buahan syurga.
Menurut Ibnu Umar; semua hadith yang telah disebut sebelum ini jelas menyatakan bahawaa roh orang yang mati syahid sahaja berada didalam syurga, ada hadith yang menyatakan roh mereka disebut sebagai burung, ada yang menyatakan roh mereka berada didalam perut burung dan ada yang menyatakan roh mereka seperti burung berwarna hijau. Pendapat yang mengatakan roh syuhadak seperti burung hijau berdasarkan hadith riwayat Ka’ab bin Malik, bermaksud; (Roh orang beriman seperti burung, tidak menyatakan dalam perut burung ).
Dari Masruq dari Abdullah mengatakan roh mereka seperti burung hijau. Dan dalam Saheh Muslim; Roh Syuhadak berada di dlam perut burung hijau. Kata Ibnu Umar; berdasarkan kepada semua ulasan ini seolah-olah Rasul Allah s.a.w.mengatakan; (Sesungguhnya roh orang yang mati syahid berterbangan bergantung pada pokok-pokok dalam syurga.)
Sumber pengajian;
Ibnu al-Qaiyum, al-Roh, Dar Ibnu Kathir, Berut, cetakan 6, t 2005, hal 255
Oleh
Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Oran
(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah