....
KEBAKARAN besar yang melanda Israel bulan lalu bukan sahaja
meninggalkan kesan kemusnahan yang dahsyat malahan juga pelbagai persepsi.
Ada yang membentangkan
teori kejadian bahawa itu adalah strategi ‘false flag’ rejim Zionis sendiri
yang bermotif untuk mengkambinghitamkan Palestin. Ini bukanlah sesuatu yang
menghairankan kerana tidak lama selepas bencana itu meletus, terdapat kenyataan
daripada pihak Zionis yang menuduh orang Arab sebagai punca. Termasuk yang
menyatakan demikian adalah perdana menterinya sendiri, Benjamin Netanyahu.
Netanyahu mendakwa
kebakaran itu adalah suatu bentuk keganasan terancang, lalu memberikan amaran
bahawa hukuman paling berat akan dikenakan terhadap mereka yang
terlibat. Berikutan itu, 23 suspek ditahan namun kesudahannya, tiada
sebarang pendakwaan dibuat ke atas mereka disebabkan kekurangan
bukti. Begitupun, Menteri Pendidikan, Naftali Bennett tetap menuding jari
kepada Palestin. “Kamu datang bakar rumah kami, kemudian kamu datang untuk
memadamkannya,” katanya menyindir Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang menghantar
pasukan bomba untuk membantu Israel menangani bencana itu.
Apa yang jelas,
fenomena api besar selama lima hari bermula 22 November itu masih tidak
berupaya untuk merobohkan tembok keangkuhan dan ego pemimpin Zionis. Mereka
tetap mahu menyalahkan orang lain, terutama Palestin atas masalah yang dihadapi
walaupun pada masa yang sama, mereka mengharapkan bantuan daripada pihak
berkenaan untuk memadamkan api yang membakar sebahagian wilayah mereka siang
dan malam. Itulah tipikal Yahudi yang telah dimaklumi sejak zaman
berzaman!
Netanyahu, juga Bennett
mungkin berpura-pura tidak sedar bahawa peneroka haram Yahudi sendiri yang
berpengalaman merampas tanah penduduk Palestin sebenarnya lebih berpotensi
untuk jadi punca bencana itu kerana mereka ada pengalaman melakukannya terhadap
tanah milik orang Palestin. Soalnya sekarang, benarkah teori bahawa itu
adalah permainan strategi Zionis sendiri, untuk tujuan yang hanya mereka
ketahui?
Pelik
Daripada rekod, bencana
kali ini melibatkan sejumlah 2,000 kebakaran di Israel dan Tebing Barat dengan
20 daripadanya adalah kebakaran besar. Dari segi kesan pula, ia mengakibatkan
kemusnahan 700 premis dengan kebanyakannya adalah rumah
kediaman. Bagaimanapun apa yang mengejutkan adalah hanya 122 kecederaan
dilaporkan. Bukanlah mengharapkan yang lebih buruk namun apabila dibuat
perbandingan mengenai tahap kejadian termasuk tempohnya dengan bilangan mangsa
berbanding apa yang pernah berlaku sebelum itu, ia boleh dianggap mencurigakan.
Memanglah diketahui bahawa Israel adalah pihak yang tidak pernah telus dalam
pemaparan maklumat melibatkan kerugian atau kehilangan di pihak mereka namun
fakta ini secara tidak langsung menunjukkan seperti ada ‘persediaan’ untuk
mereka menghadapi kejadian itu.
Angka kematian yang
sifar dan kecederaan yang sangat kecil dikira luar biasa walhal kebakaran kali
ini adalah lebih besar berbanding pada 2010 yang mengorbankan 42 nyawa dalam
tempoh empat hari sahaja. Namun, bukanlah menghairankan bagi Zionis untuk
melakukan sesuatu yang secara zahirnya persis merugikan malah
mengorbankan nyawa orang Yahudi sendiri demi mencapai matlamat ‘besar’
mereka.
Pada 1951, Israel
pernah mengebom sinagog Masauda Shem-Tov di Iraq untuk memaksa orang Yahudi
Iraq berpindah ke Tebing Barat dan Gaza yang dirampas daripada orang Palestin
sebagai langkah meluaskan lagi jajahan mereka. Sebelum itu, Zionis telah
melakukan pelbagai cara untuk memaksa mereka berpindah namun tidak membuahkan
hasil.
Damai
Orang Yahudi Iraq
memberikan alasan, tidak ada sebab untuk mereka berpindah ke tanah yang telah
diduduki oleh orang Arab selama ribuan tahun sedangkan di Iraq, mereka hidup
aman damai dengan orang Arab tanpa ada sebarang masalah.
Keengganan itu tidak dapat diterima oleh Zionis lalu nyawa jadi galang
ganti. Pemimpin Zionis tidak peduli untuk mengorbankan orangnya sendiri bagi
memastikan setiap kehendak mereka dipatuhi. Lebih 15 tahun sudah berlalu
namun tragedi 9/11 hingga kini masih lagi kontroversi. Siapa dalang sebenar
serangan yang merobohkan menara berkembar World Trade Centre di New York?
Bersandarkan
hujah-hujah mereka yang tersendiri, ada pihak mempercayai tragedi yang
mengorbankan lebih 3,000 nyawa itu didalangi atau setidak-tidaknya ‘direstui’
oleh Zionis.
Pembikin filem, Michael
Moore menerbitkan ‘Fahrenheit 9/11’ pada 2004 untuk mencungkil fakta di sebalik
tragedi itu dan baginya, George W. Bush, Presiden Amerika Syarikat (AS)
ketika itu adalah watak yang cukup mencurigakan di belakang tabir tragedi.
Hakikatnya, selepas
peristiwa itu, Bush telah bertindak menyerang Iraq atas alasan mahu memerangi
keganasan. AS kemudian berjaya menguasai negara Teluk itu dan meninggalkan
proksi untuk memerintah hingga hari ini. Senjata pemusnah besar-besaran (WMD)
yang dijadikan alasan serangan tidak juga ditemukan. Bush Jr. sekadar mahu
melunaskan hajat bapanya, Bush Sr. yang gagal menurunkan Saddam Hussein dalam Perang
Teluk I.
Meskipun menurut Moore
serta beberapa penganalisis, 9/11 adalah angkara Bush sendiri namun yang meraih
keuntungan daripada kemusnahan Iraq adalah Zionis. Ini kerana Iraq di bawah
rejim Saddam sebelumnya adalah ancaman terbesar bagi Israel dalam kalangan
negara-negara Arab.
Berasaskan itu,
pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Pulau Pinang, Dr. Mohd
Hapiz Mahaiyadin berkata, bukan mustahil jika kebakaran besar yang melanda
Israel baru-baru ini juga wajar untuk dihitung sebagai taktik untuk mereka
melakukan sesuatu yang lebih besar pada masa depan.
“Sejarah yang berlaku
di Iraq satu contoh Zionis sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengorbankan
orang Yahudi sendiri untuk mencapai tujuan mereka demi meraih keuntungan yang
berganda. Mereka mahu orang Islam percaya itu pembalasan tuhan terhadap mereka
tetapi saya percaya, mereka juga mahu dunia percaya bahawa bangsa Yahudi akan
sentiasa jadi mangsa kepada orang-orang goyem (bukan Yahudi). Mereka perlu
melakukan sesuatu setelah modal Holocaust kini dianggap semakin lapuk,”
katanya.
Menurut Mohd Hapiz,
logik syarak juga tidak menyokong peristiwa kebakaran besar Israel boleh
diterima sebagai petanda kehancuran negara haram itu ataupun Imam Mahadi akan
muncul dalam masa yang terdekat.”Aturan ceritanya sama dan korelasi antara plot
juga makin terserlah apabila ada kumpulan jihadis bangang mengaku
bertanggungjawab sedangkan Netanyahu berulang kali beri amaran bahawa hukuman
keras akan dikenakan terhadap mereka yang mencetuskan kebakaran di Israel,”
ujarnya.
Menteri Pertahanan
Zionis, Avigdor Liebermann menyatakan, 17 daripada 110 kebakaran dikenal pasti
berpunca daripada perbuatan khianat. Sebelum itu, sebuah kumpulan militan
proDaesh, Ma’sadat al Mujahideen mengaku bertanggungjawab dalam insiden itu.Mohd Hapiz menyuarakan rasa bimbang
sekiranya kebakaran besar itu dijadikan asas untuk Israel bertindak lebih
agresif menyerang Palestin bagi meluaskan lagi kawasan pencerobohan mereka.
“Pihak berkuasa
Palestin terutama Hamas perlu merancang pelan pertahanan yang lebih kukuh
manakala umat Islam di seluruh dunia wajar untuk mengubah qunut nazilah kepada
memohon perlindungan ALLAH terhadap saudara Islam di Palestin yang mungkin akan
dihadapkan dengan serangan yang lebih buruk,” katanya.
Sinar ..Muhammad Mohd Yakim
Advertisements
No comments:
Post a Comment