Terbaik dari yang Terbaik.
Apakah langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk menjadi menjadiTerbaik dari yang Terbaik dan seorang yang luar biasa dalam segala aspek kehidupan anda?
Tetapkan matlamat yang tinggi.Buat senarai apa yang anda ingin capai dalam kehidupan peribadi anda, dalam bidang kerjaya, kewangan, pendidikan, kerohanian dan keluarga.
Jadilah seorang pemimpin terbaik.Masyarakat kita ketandusan kepimpinan. Kita tidak perlukan lebih ramai ‘tukang karut’. Kita perlukan lebih ramai orang yang berwawasan dan keupayaan untuk menyampaikan wawasan itu kepada orang lain.
Bangunkan sistem sokongan yang kukuh.Kekalkan hubungan dengan orang-orang di dalam dan luar kerjaya. Mintalah bantuan bila anda memerlukan, dan bersedialah untuk membantu bila bantuan anda diperlukan.
Lakukan Yang Terbaik Segalanya Mengikut Etika.
Perwatakan sangat penting; reputasi hanya pandangan orang lain terhadap anda.
Jadilah pembawa perubahan.Malah, jadilah pencetus perubahan. Carilah cara baru untuk melakukan sesuatu dan berkongsinya dengan orang di sekeliling anda.
Sentiasa bersikap ingin tahu.Jangan berhenti bertanya “Mengapa.” Jangan terima jawapan “Kerana itulah cara kami selama ini.” Ketahui segala yang boleh membantu anda mengenai pesaing, rakan setugas dan pelanggan anda.
Lakukan sesuatu yang positif setiap hari.Semak apa yang telah anda lakukan pada setiap hujung hari dan tanya diri anda sendiri sama ada anda semakin hampir mencapai impian anda. Kemudian, rancangkan apa yang anda ingin capai pada keesokan harinya.
Jangan takut untuk menerima kegagalan.Winston Churchill pernah berkata, “Kejayaan tidak pernah muktamad, kegagalan pula tidak pernah membawa kematian. Yang penting adalah keberanian. Cari punca kegagalan anda dan jangan ulangi kesilapan yang some.”
Yang Terbaik Adalah Belajar Sepanjang Hayat Anda.
Begitu banyak yang boleh dipelajari tentang kehdupan kita yang besar ini. Berusahalah untuk menambah pengetahuan.
Raikan kejayaan anda.Belajar bagaimana hidup bermasyarakat. Bantu orang-orang di sekeliling anda dengan meraikan juga kejayaan mereka.
Lakukan apa yang anda gemari dan gemari apa yang anda lakukan.
Jangan kedekut dengan masa, bakat dan wang ringgit anda.Anda pasti dapat melakukannya dengan lebih baik lagi.Percayalah anda manusia yang terbaik terbaik terbaik terbaik terbaik terbaik dan terbaik
No comments:
Post a Comment