24 February 2012

Isteri curang

Isteri curang



Banyak kisah kita pernah dengar isteri curang kepada suami dan suami curang kepada isteri. Baru-baru ini perkara ini terjadi kepada kawan aku sendiri dimana isterinya curang kepada dia. Apabila berlaku kes yang sedemikian hanya kaum hawa kita persalahkan. Kalau berlaku kepada suami yang curang, mungkin kita anggap kes ini biasa aje, jalan penyelesaiannya si suami akan mengambil wanita ini menjadi isterinya kemudian.

Kita tak tahu punca sebenar yang menyebabkan si isteri curang kepada suaminya. Banyak sebab-sebab kita boleh senaraikan, tetapi masih berlaku juga dalam masyarakat ini. Mungkin kurang pengetahuan dan pendidikan dalam soal rumahtangga, kurang membaca buku-buku motivasi dari pakar dan disebabkan kita asyik hanya menonton rancangan hiburan-hiburan, rancangan realiti TV dan hanya segelintir sahaja yang menonton rancangan TV contoh seperti Forum Perdana Islam, Bersama Dr Fadilah Kamsah dan banyak lagi rancangan yang memberi faedah dan manafaat kepada kita.

Dalam kes ini, pasangan suami isteri ini sungguh berminat menonton rancangan TV, kisah-kisah seram seperti Mistik, Misteri Nusantara dan banyak lagi. Pasangan ini kurang membaca buku-buku berkenaan soal rumahtangga. Hanya pernah menghadiri kursus perkahwinan 12 tahun dahulu sebelum berkahwin.

Masalah yang dikenalpasti berpunca adalah yang pertama, si isteri memendam perasaan bertahun-tahun lamanya. Kurang berkomunikasi antara satu sama lain, apabila diajak berbincang si suami selalu mengelakkan diri. Yang kedua masalah nafkah batin. Di abai dan selalu gersang. Dalam 12 tahun perkahwinan mereka hanya 3 tahun pertama sahaja mendapat nafkah batin. Seterusnya si suami sudah kurang berminat walaupun si isteri masih cantik dan menawan.

Si suami malu untuk mengaku beliau lemah tenaga batin. Banyak tukang urut dan pakar-pakar dalam bidang ini dan kalau kita perhatikan dalam majalah dan internet sahaja banyak iklan untuk menguatkan tenaga untuk lelaki dan untuk isteri. Jangan kita rasa malu atau rendah diri untuk melakukan sesuatu keatas diri kita demi kebahagian rumahtangga.

Isteri mana dalam dunia ini yang sanggup tidak disentuh bertahun-tahun oleh suaminya dan berdiam diri kononnya nak jaga maruah dan rumahtangga supaya nampak bahagia. Apabila si isteri yang telah lama gersang terjumpa buaya darat atau buaya tembaga yang boleh memenuhi keperluan nafkah batinnya. Ia sanggup dan berani menanggung risiko dan dosa dan tidak takut dengan azab Allah SWT nanti.

Jadi kepada Si suami dan Si Isteri cerminlah diri, ingatlah bala yang kita tempah sendiri. Kalau belum terlanjur patah balik ke pangkal jalan. Kalau yang dah terlanjur berdoa dan memohon keampunan dari Allah SWT. Kita mesti ingat dalam hidup ini bahawa kita dicipta oleh Allah SWT untuk mentaat perintahnya dan meninggal larangannya semuga hidup kita diberi Allah SWT kebahagian dunia dan juga akhirat.

13 Sebab Si Dia Curang

1. Landasan Hubungan Rapuh
Dulu dia bercinta dengan kamu atas landasan yang tidak kukuh seperti dicabar teman- teman dan dipaksa keluarga. Mungkin juga dulu dia beranggapan hendak main-main atau cuba- cuba saja dengan kamu. Tak sangka pulak kamu terus melekat! Mungkin juga kerana wajah kamu yang cantik membuat si dia rasa ingin bercinta dengan kamu dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul- betul cinta dengan kamu, sebaliknya terpaksa berpura- pura. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yang benar- benar membuat dia jatuh cinta!

2. Hidup Terkongkong
Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yang diingini dihimpit ketika berpasangan dengan kamu. Sikit-sikit kamu menelefonnya seolah-olah tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada kamu bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pengajaran berguna kepada kamu!

3. Rasa Tidak Dihargai
Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin kamu sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata-kata yang tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaannya terhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka. Ego yang terluka mengakibatkan kesan yang buruk. Biasanya dia akan "membalas" dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang kamu! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iaitu perasaan yang tidak dapat dirasakan bila bersama kamu.

4. Sering berjauhan
kamu dan si dia sering berjauhan. Contohnya kamu belajar di universiti dan sering bekerja di kampung halaman kamu. Kamu hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga kamu atau si dia asyik kerja out-station, dihantar kursus sehingga berhari-hari, berminggu- minggu atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yang dapat mengisi kekosongan di saat kamu tiada. Niat dia mungkin sekadar suka- suka tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!

5. Mahu Lebih Bahagia
Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang- kadang tidak jelas.

6. Rasa Marah
Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan. Kamu mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati kamu. Kamu juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dengan tidak mahu meminta maaf. Mungkin kamu juga sering menimbulkan kemarahannya dengan melakukan perkara- perkara yang tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling mnyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.

7. Ada Orang Cemburu
Si dia setia dengan kamu dab kamu juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yang begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan kamu. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan kamu. Si dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!

8. Komunikasi Hambar
Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin kamu terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata- kata cinta. Bila bertemu, kamu dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk di bincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yang dapat mengisi kekosongan hati ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.

9. Rasa Rendah Diri
Dia sayangkan kamu tetapi jauh di sudut hatinya betapa rendah diri pada diri sendiri. Kamu mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila kamu membawanya di majlis- majlis sosial yang dilingkungi orang- orang yang berjaya. Dia cintakan kamu tapi pada waktu yang sama tidak percayakan kamu. Dia mungkin beranggapan kamu hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu kamu berjumpa dengan orang yang setaraf dengan kamu. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu-buru dengan menerima cinta orang lain yang lebih menyanjungi dirinya berbanding kamu!

10. Ketidakpuasan Dalam Kasih Sayang
Si dia mungkin merasakan kamu tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Kamu sibuk ke sana sini dan kerjaya kamu membuat kamu tidak cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta kamu dengan keluar dengan orang lain yang lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.

11. Hubungan Terlalu Rutin
Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yang akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya, malam minggu pasti kamu akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik- asyik restoran yang sama. Kamu tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat- tempat menarik dan sebagainya. Kadang- kadang aktiviti seperti melawat zoo, pameran dan muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.

12. Sikap Playboy
Ahh..... si dia memang patut kamu jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jangan menyesal jika si dia meninggalkan kamu kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi kamu sebelum kamu lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada kamu. Lelaki hidung belang.

13. Sikap yang mengada- ngada
Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang- kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yang kamu minta. Malah kadang- kadang hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk kamu! Malah kamu terus mendesak seolah- olah dia anak jutawan. Kamu juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi ke kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau kamu sudah menjadi suami isteri. Si dia mungkin muak dengan sikap kamu dan mencari pengganti yang lebih memahaminya.

Dan banyak lagi sebab-sebab isteri curang, bersambung...................


Wasallam.

No comments: