02 January 2020

Sifat Jahil

Assalammualaikum....




Thursday, January 27, 2011

JAHIL

Makna jahil; mempercayai sesuatu menyalahi apa yang sebenarnya. Ia terbahagi dua jenis;
1. jahil Basit; tidak mengetahui sesuatu yang sepatutnya diketahui
2. jahil murakkab; meyakini sesuatu dengan keyakinan yang bulat, akan tetapi apa yang diyakini bukan yang sebenarnya. Yakni; ia sebenarnya tidak tahu apa yang sebenar, namun ia tidak menyedari bahawa ia tidak tahu (yakni ia rasa dirinya tahu).

(an-Nisyan) mengikut bahasa; meninggalkan sesuatu kerana alpa/tidak sedar/tidak perasan. ia lawan kepada ingat (az-zakar). Pada istilah; terlupa sesuatu yang diketahui yang berlaku bukan pada ketika tidur/lena. Nisyan tidak menafikan suatu yang wajib dan juga tuntutan melaksanakannya.

Berkata Imam al-Qarafi; Nisyan tidak menyebabkan dosa secara keseluruhannya, berbeza dengan kejahilan terhadap perkara yang wajib secara ain ke atas seseorang untuk mempelajarinya. Nisyan menimpa seorang hampa tanpa ada daya untuk ia mengelaknya, adapun jahil, seorang hamba ada daya untuk mengelaknya dengan belajar.

Menurut Imam at-Tahanawi; jahil basit setelah mengetahui (yakni orang yang asalnya tahu, kemudian lupa/nyanyuk) juga termasuk dalam nisyan.

(as-Sahw); dari segi bahasa bermakna ghaflah. Ahli bahasa membezakan antara sahw dan nisyan; orang yang nisyan, bila diperingatkan, ia akan ingat. Orang yang sahw, jika diperingatkan, ia tidak ingat. Dari segi istilah, Imam at-Tahanawi menyebutkan; sahw hampir dengan jahil, yakni ia seumpama jahil basit di mana puncanya ialah tidak hadir dalan gambaran/tanggapan hingga apabila diperingatkan/dikejutkan dengan sedikit kejutan/teguran, ia kembali ingat/perasan.

jahil ada dua bahagian besar;
1. jahil yang tidak boleh diterima sebagai keuzuran
2. jahil yang boleh diterima sebagai keuzuran

Jahil pertama; tidak boleh diterima sebagai keuzuran, maksudnya; tidak akan diterima sebagai keuzuran di akhirat, walaupun mengikut hukum dunia mungkin boleh diterima (seperti orang kafir zimmi; dgn akad zimmah ia dapat diterima di dunia (yakni pemerintah Islam tidak mengganggu agama dan keyakinannya), namun di akhirat mereka tetap akan di siksa). Antara yang masuk dalam kategori ini;

1. Jahil orang kafir tentang sifat-sifat Allah
2. Jahil sohibul-hawa yang berpandangan; sifat Allah adalah baharu atau berkata: Allah tidak bersifat.
3. Kejahilan orang yang ijtihadnya berlawanan dengan kitab Allah, sunnah yang masyhur atau ijmak, atau orang yang beramal dengan pandangan yang gharib yang bertentangan dengan kitab, sunnah yang masyhur.

jahil kedua; yang diterima sebagai keuzuran, antaranya;

1. Jahil yang berlaku dalam lingkungan ijtihad yang soheh (yang dalam kes-kes yang diharuskan ijtihad, iaitu kerana tidak ada nas), yakni ijtihad yang tidak menyalahi al-Quran dan as-Sunnah.
2. Seorang yang jahil tentang syariat kerana ia berada di negara kafir harbi, seperti seorang yang memeluk Islam di negara kafir harbi dan ia tidak berhijrah, maka apabila ia terus tinggal di negara kafir harbi itu dan tidak mengetahui kewajipan solat, zakat, puasa dan sebagainya, lalu menyebabkan ia tidak melaksanakan kewajipan tersebut, tidak dituntut atasnya qadha. ia diterima sebagai keuzuran kerana tersembunyi dalil darinya kerana tidak sampai khitab (perintah) kepadanya secara realiti/hakiki iaitu secara sima'ie atau secara taqdiri iaitu bis-syuhrah (yakni dengan masyhurnya ilmu itu di kalangan penduduk setempat). Adapun orang kafir zimmi yang tinggal dalam negara Islam, bila ia masuk Islam tidak diterima alasan jahil kerana tersebarnya ajaran Islam dan ia mempunyai peluang untuk bertanya.
3. Berkata Imam Suyuti; setiap orang yang jahil akan pengharaman sesuatu yang bersyarikat kebanyakan manusia padanya (yakni rata-rata orang lain mengetahuinya), tidak diterima dakwaannya bahawa ia jahil kecuali jika ia baru masuk Islam atau tinggal di pedalaman yang jauh yang tersemnunyi ilmu dari orang seumpamanya (yakni akal dapat terima dakwaan orang sepertinya bahawa ia jahil). Contoh; ilmu tentang pengharaman zina, membunuh, mencuri, arak, bercakap dalam solat dan makan ketika puasa (ilmu tentang pengharaman perkara-perkara tersebut telah tersebar dan diketahui kebanyakan manusia).
4. Di antara kejahilan yang diterima sebagai keuzuran (yakni keuzuran orang yang mendakwa ia jahil) secara mutlaknya -kerana tersembunyinya ilmu dari kebanyakan orang- ialah; jahil bahawa tanahnah mrmbatalkan solat, jahil tentang kadar ucapan yang diharamkan dalam solat (yakni membatalkan solat), jahil tentang jenis tententu yang membatalkan puasa bila dimakan. Mengikut qaul yang asah, ketiga-tiga perkara tersebut jika dilakuakn kerana jahil, tidak batal ibadat.
5. Tidak diterima dakwaan jahil bagi perkara yang terkenal (masyhur) di kalangan orang ramai seperti stabitnya pengembalian barang kerana kecacatan..... Berbeza dengan perkara yang hanya diketahui oleh al-khawwas (orang-orang tertentu), ia diterima dakwaan jahil.

Rujukan; al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 16/197-200.

1.

No comments:


No comments: