03 January 2020

Risalah Musamah bil Qawaid Risalah Musamah bil Qawaid daripada Tuan Shaykh Ahmad bin Idris Ini adalah Risalah Musamah bil Qawaid daripada Saiyyidil Arifin Qutbul Muhaqiqin Saidi Ahmad bin Idris -Bermula- Adapun bekalan yang lengkap, kata-kata yang masin, atau senjata yang sakti dalam pengembaraan di jalan Allah, untuk seorang yang akal yang mahu menyelamatkan dirinya da segala rupa kebinasaan dan mahu pula supaya Allah rnemasukkan dirinya dalam kumpulan “Al Muqarrabin” dalam segala urusan amalan hidupnya apabila dia mahu melakukan atau bercakap sesuatu hendaklah dia memahami serta mematuhi prinsip-prinsip ini. Pertama: Hendaklah a menganggapkan dirinya berada di hadapan Allah Subhanahu Wataala yang akan bertanya kepadanya mengenai perkara itu. Maka hendaklah a menyediakan jawapan pertanyaan Allah itu sebelum dia rnemulakannya, jika a mendapati jawapannya itu benar, tepat dan diredhai oleh Allah taala maka bolehlah dia melakukan perkara itu. Hasilnya dia akan mendapat sanjungan di dunia dan di akhirat. Tetapi jika jawapan yang disediakannya itu fidak diterima oleh Allah dan tidak diredhaiNya maka hendaklah dia menjauhkan diri dari perkara itu kerana jika dilakukan buruk padahnya. Asas Perbuatan Prinsip ini adalah asas segala perbualan den percakapan. Sesiapa yang berbuat dan berpegang teguh dengan prinsip ini segala perlakuannya adalah benar, tepat lahir dan batin tanpa sebarang kecacatan, inilah maksud sabda junjungan Nabi kita yang berbunyi Ertinya : Hisablah diri kamu sebelum dihisabkan di akhirat nanti dan timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang di akhirat nanti. Kedua: Keredhaan Allah Bahawa seorang itu tidak nelakukan apa-apa perbuatan dan tidak melafazkan suatu percakapan melainkan kerana mendapatkan keredhaan Allah. Maka apabila sudah benar tujuan moncari keredhaan Allah dan bersih niatnya dari tujuan-tujuan lain daripada keredhaan Allah dan dia berpegang teguh dengan prinsip ini ketika itu dia tidak akan berkata dan melakukan sesuatu melainkan dengan memastikan kebenarannya dan dengan berhati-hati. Ketika itu segala amalannya adalah semata-mata ikhlas dan kerana Allah jua dari segenap sudut. lnilah maksud firman Allah taala kepada rasulNya yang teragung kekasihnya yang utama di dalam Al-Quran. (Surah al-Kahfi ayat 28) Ertinya : Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata Dan firmanNya lagi : Ertinya : Dan tidak seorang pun akan dibalas budi baiknya melainkan jika dia bertujuan mencari keredhaan Allah, dia akan mendapat keredhaan itu. Ketiga: Belas Kasihan Hendaklah seseorang itu menyematkan dalam hati sanubari perasaan belas kasihan terhadap semua orang Islam samada kaya atau miskin, berpangkat atau tidak dan hendaklah dia menunaikan hak-hak yang telah ditetapkan oleh Islam seperti memuliakan dan menjaga kedudukan mereka. Maka apabila prinsip ni sudah bersemadi teguh dalam sanubari ketika itu Allah rnengurniakannya rahmat Illahiyah melimpahi seluruh tubuh badannya dan dia dapat merasakan kemanisan rahmat lllah itu, maka dengan itu bererti ía mendapat sebahagian besar dan pusaka yang ditinggalkan oleh Nabi iaitu rahmatnya, seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam firmannya: (Surah al-Anbiya ayat 107) Ertinya : Kami tidak mengutuskan anda menjadi Rasul wahai Muhammad melainkan rahmat untuk sekalian alam. Dan inilah juga maksud sabda Rasulullah Ertinya : Allah mempunyai tiga kehormatan, sesiapa rnenjaganya nescaya Allah mempermudahkan urusan agama dan urusan dunianya. Sesiapa yang tidak menjaganya nescaya Allah tidak memberi apa-apa kemudahan untuknya. Tiga kehormatan itu ialah: Kehormatan Islam Kehormatanku (Rasulullah ) dan Kehormatan keluargaku . Dan inilah juga maksud sabda junjungan . kepada Saidina Abu Bakar Ertinya : Jangan ando menghina sesiapa pun orang Islam kerana orang Islam yang kerdil dan hina pada pandangan dunia itu adalah besar dan mulia di sisi Allah. Keempat: Budi pekerti teras agama Islam Budi pekerti yang mulia menjadi tugas untuk Rasulullah menyempurnakannya sebagaimana sabdanya: Ertinya : Sesungguhnya saya diutus semata-mata untuk melengkapkan budi pekerti mulia. Prinsip ini adalah satu-satunya teras agama Islam. Maksudnya seseorang Muslim itu hendaklah berlemah lembut terhadap keluarganya, para pekerjanya dan sekalian kaum Muslimin. Sabda Rasulullah Ertinya : Ahli syurga ialah orang yang lemah tembut, mudah tidak cerewet, dan ahli neraka itu pula ialah orang yang keras lagi kaba’tsar. Mereka itu bertanya, “Apa itu kaba’tsar ya Rasulullah ?” Baginda menjawab, “Kasar dan keras terhadap keluarga, kasar terhadap isteri, kasar terhadap saudara mara Ertinya : Dan katakanlah sesuatu kepada manusia dengan sebaik-baiknya iaitu bukan yang terkeji.. Dan firman Allah lagi Ertinya : Dan sampaikan kepada hambaku supaya rnereka mengatakan sesuatu yang baik. Maksud yang baik itu ialah semua bentuk kebaikan dan juga yang lebih dari itu. Ringkasnya : Apa sahaja kata-kata semangat dan perbuatan baik yang anda suka diperkatakan atau diperlakukan kepada anda maka hendaklah anda sampaikan kata-kata itu dan lakukan perbuatan itu terhadap orang-orang lain. Begitu juga sebarang kata, percakapan dan perbuatan yang anda tidak suka disampaikan dan dilakukan kepada anda maka tinggalkanlah kerana Allah, melainkan seseorang itu mengikut perangainya dan kelakuannya terhadap makhluk lain. Allah akan memberi balasan yang setimpal kepada mereka. Maka sesiapa yang dapat memberi kegembiraan dan rahmat serta perlindungan kepada makhluknya nescaya akan mendapat balasan seperti itu dari Allah. Begitulah sesiapa yang memuliakan seseorang hamba kerana hormatkan Tuan kepada hamba itu bererti dia telab memuliakan Tuan itu sendiri. Pengertian seperti inilah yang difahami daripada hadis Qudsi yang berbunyi: Ertinya : Allah berkata kepada seorang hambanya pada hari kiamat, “Aku lapar tetapi engkau tidak memberiKu makan, Aku dahaga tapi engkau tidak mahu mengeluarkan air padaKu, Aku sakit tapi engkau tidak mahu menziarahiKu. Maka hambo itu bertanya kehairanan., bagaimana boleh lapar sedangkan Tuan yang memiliki seluruh alam? Bagaimana boleh dahaga sedangkan Tuan yang memilki seluruh alam? Bagaimana boleh sakit sedangkan Tuan yang memiliki seluruh alam? Allah berfirman menerangkan kata-kata tadi, sesungguhnya hambaku Si Fulan itu sakit, jika engkau menziarahinya maka nescaya engkau dapati Aku bersamanya dan hambaku Si Fulan itu sedang kelaparan jika engkau memberinya makanan, nescaya engkau dapati Aku di sisinya, dan hambaku Si Fulan itu kehausan jika engkau memberinya minum nescaya engkau dapati Aku di sisinya. Demikianaah Allah menerangkan yang dimaksudkan dengan ZatNya dalam firmanNya : HambaKu Si Fulan lapar, hambaKu Si Fulan sakit dan hambaKu Si Fulan minta air. Maka memberi layanan baik kepada hamba kerana menghormati Tuannya tidak syak lagi penghormatan kepada Tuan itu sendiri. Orang yang berpegang teguh dengan sikap ini mengutamakan Allah Subhanahu Wataala dalam segala perkara. Ketinggian budi pekerti seseorang itu terhadap Allah dan terhadap hambanya terhimpun dalam sabda junjungan kita Muhammad yang berbunyi: Ertinya : Muliakan Allah taala dengan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah iaitu janganlah Allah melihat anda berada di tempot laranganNya dan janganlah Allah kehilangan anda dari tempat yang disuruhNya. Sikap yang boleh menimbulkan perasaan malu seseorang terhadap Allah Subhanahu Wata’ala ialah sentiasa mengingat bahawa Allah memerhati dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu seperti firmannya: Ertinya : … ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya… (Surah al-Baqarah ayat 235) Apabila hati seseorang hamba itu sentiasa menyedari perhatian Allah ini dan dia menjadikan kesedaran itu sebagal amalannya ketika itu timbullah perasaan malu untuk melafazkan atau melakukan sesuatu yang tiada diredhai oleh Allah kerana tidak layak dengan keagungan sedangkan dia sentiasa teringat firman Allah: Ertinya : Dia (Allah) ada bersama kamu mana-mana sahaja kamu berada.Ya Allah tetap bersamanya dan memerhatikannya. Kerana itu jika seorang hamba itu hendak berzina atau mencuri umpamanya sedangkan manusia ada yang memerhatikannya tentulah dia tidak sanggup melakukannya kerana perbuatan itu mendatangkan keburukan dan keaiban pada dirinya. Maka kalaulah begitu keadaannya bersama-sama makhluk lemah yang tidak dapat mendatangkan apa-apa bahaya atau pertolongan kerana takutkan jatuh maruah dan kedudukan di sisi manusia, maka tidaklah syak lagi ketika hatinya mengingat Allah di saat akan melakukan perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah itu, dia akan meninggalkan perbuatan itu sama sekali. Inilah maksud sabda junjungan kita Muhammad tentang pengertian Al-Ihsan iaitu: Ertinya : Bahawa anda beribadat kepada Allah seolah-olah anda melihatNya, jika tidak melihatNya pun maka Allah tetap melihat anda. Maka sesiapa yang berada dalam keadaan seperti ini tentu akan menunaikan ibadat itu dengan baiknya mengikut kadar kebaikannya tentang perhatian Allah kepadanya. – Selesai – Related posts

No comments: