14 January 2020

MAYAT MENJADI RENTUNG

Assalamualaikum


MAYAT MENJADI RENTUNG
Kisah penuh trajis yang dipaparkan ini tidak bermaksud untuk menghina atau mengaibkan sesiapa juga sama ada yang telah mati atau yang masih hidup.  Ia bertujuan semata-mata untuk bahan renungan dan iktibar kepada kita semua, semoga rasa kasih sayang dan taat kepada kedua ibu bapa tidak akan luntur sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
“Barang siapa yang membuat ibubapa gembira, maka sesungguhnya mereka mendapat keredhaan Allah SWT.  Barang siapa yang menyakiti hati ibu bapa maka ia mendapat kemurkaan Allah SWT”, (riwayat Bukhari).
Lewat pagi itu banglo Allahyarham Tuan Salleh yang terletak di lereng bukit kelihatan muram.  Terdapat beberapa orang lelaki duduk di bawah payung di taman bercakap-cakap.  Di ruang tamu pula hanya kenalan rapat duduk di atas karpet tebal mengelilingi jenazah yang ditutupi kain batik lepas.  Masing-masing menundukkan kepala sambil menutup hidung dengan sapu tangan dan kain selendang.  Masing-masing tidak tahan dengan bau busuk dan hanyir yang menusuk ke dalam rongga hidung.  Mereka saling berpandangan tapi tidak sepatah pun terkeluar kata-kata dari mulut mereka seperti faham dengan situasi yang sedang dihadapi.
Keluarga Allahyarham Tuan Salleh terutam isteri dan dua orang anaknya serta ibunya yang duduk agak terpinggir menundukkan kepala menekurkan muka ke lantai.  Mereka sendiri sebenarnya tidak faham kenapa mayat Tuan Salleh berbau busuk dan hanyir, sedangkan dia baru meninggal dunia awal pagi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.  Imam surau yang bertindak sebagai ketua memandikan mayat mengarahkan dua orang pembantunya melalui isyarat tangan.  Apabila jenazah diangkat di atas tilam ke satu sudut rumah yang telah dikepung dengan kain rentang.
Darah menitik jatuh ke tangan orang yang membantu mengangkat jenazah tersebut untuk diletakkan di atas sekeping papan sebagai alas.  Beberapa orang perempuan memberanikan diri mengintai jenazah melalui tirai yang direntang tetapi mereka cepat-cepat melarikan diri... ngeri...  Keadaan mayat Tuan Salleh sebenarnya amat mengerikan.  Mukanya cedera teruk dalam satu kemalangan jalanraya.  Sebelah mata kirinya tidak tertutup rapat, manakala biji mata kanannya pula tersembul keluar.  Mulutnya terbuka luas, di hujung bibirnya terjuntai lidahnya sedikit yang diselaputi dengan darah beku.  Darah terus keluar tidak berhenti-henti melalui bekas bedah siasat yang dilakukan oleh pihak hospital.
Setelah kerja-kerja memandikan mayat selesai, petugas mengalami kesulitan kerana darah banyak keluar, malah ketika hendak dikapan pun mereka menghadapi masalah.  Walaupun sudah dilap beberapa kali namun darah tetap keluar  di celah-celah jahitan.  “Apabila sampai masa jenazah hendak dikapankan, tiba-tiba kain kapan yang hendak dibalut ke tubuh tidak cukup”, kata Ahmad Abdullah (bukan nama sebenar) sahabat arwah.  “Walhal, sebelum kain kapan itu dikoyak, terlebih dahulu sudah diukur kepada mayat, anehnya apabila hendak dibalut tidak cukup pulak”, ulang beliau lagi.
Kali terakhir Ahmad menemui Allahyarham ketika menghadiri majlis keraian yang beliau adakan di sebuah hotel terkemuka di ibukota Kuala Lumpur.  Tuan Salleh meraikan sempena kejayaannya mendapat satu tender besar.  Beliau adalah seorang usahawan yang berjaya.  “Selesai majlis ucapan, diadakan jamuan makan dan kemudian disambung pula dengan majlis minum-minum serta tari menari, ketika itulah saya menghilangkan diri, khuatir akan majlis yang sudah melencong jauh tu”, ceritanya.  “Tapi baru sahaja saya selesai sembahyang Subuh pagi itu, saya terima panggilan dari isterinya, menyebut arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan balik ke rumah”, katanya.
“Saya seakan tidak percaya akan berita itu kerana baru malam tadi saya bersembang-sembang denganya”, sambung Ahmad sambil mengimbau kembali peristiwa yang terjadi kira-kira 8 tahun lalu itu.  Menurutnya lagi, kira-kira pukul 5.00 petang, jenazah Allahyarham dibawa ke tanah perkuburan di pinggir kota untuk dikebumikan.
“Kerana mengingatkan dia sahabat karib, saya menghantarnya sehingga ke liang lahad.  Saya bersama-sama beberapa orang lain turut membantu menimbus tanah ke liang kubur Allahyarham, sampai kepada bacaan talkin dan doa.  Semoga roh Allahyarham sahabat saya itu dihimpunkan bersama-sama para mukmin yang soleh”, katanya bagaikan berdoa.
“Selepas upacara pengkebumian, kami meninggalkan tanah perkuburan menuju ke kereta untuk pulang ke rumah masing-masing.  Apabila sampai ke kereta saya meraba-raba kocek untuk mengambil kunci kereta, malangnya kunci kereta saya tidak ada.  Saya teraba-raba dan menyeluk setipa kocek yang ada tapi tidak juga jumpa.  Agak lama saya termenung seorang diri cuba mengingati di mana paling akhir saya letak kunci kereta, tapi yang pasti saya letak dalam kocek sebelah kanan.  Tiba-tiba saya teringat, semasa saya menyeluk saku mengeluarkan sapu tangan hendak mengelap peluh ketika menimbus liang kubur Allahyarham tadi, ada sesuatu yang jatuh.  Saya pasti yang jatuh tadi tentunya anak kunci kereta”, katannya yakin.
“Tetapi bagaimana ikhtiar saya untuk mengambil semula anak kunci itu, ia tentu tertimbus sama tanah di dalam linag kubur, saya betul-betul serba salah”, katanya lagi.  Oleh kerana orang semua sudah balik, Ahmad tidak ada pilihan lain kecuali harus mengorek semula liang kubur untuk mendapatkan kunci keretanya.  “Pada mulanya saya bercadang hendak balik sahaja mengambil kunci simpanan, tapi ketika itu tidak ada kenderaan yang lalu hendak saya tumpang, tambahan pula tanah perkuburan itu terpencil, letaknya jauh dari kawasan perumahan”, jelasnya.
“Saya tiada pilihan lain selain terpaksa menggali liang kubur sahabat saya itu sebelum hari gelap.  Tambahan pula hari beransur petang, saya bergegas ke pondok tempat pelawat berehat untuk mencari alat untuk mengorek.  Kebetulan di hujung pondok saya terjumpa penyodok tanah yang sudah lama tidak digunakan.  Saya mencapai lalu saya bawa ke kubur.  Sebelum saya memulakan kerja mengorek, saya berkata dalam hati.  “Maaf Tuan Salleh, saya terpaksa korek semula kubur anda kerana kunci kereta saya tertimbus sama”, selesai sahaja cakap begitu saya gengam batang skop kukuh-kukuh dan terus mengorek.
“Saya korek pada bahagian kepala kerana seingat saya waktu kerja menimbus tanah kubur tadi saya lakukan pada bahagian kepala”, cerita Ahmad.  “Puas saya korek tapi anak kunci tidak juga jumpa hinggalah mata penyodok itu terkena ke papan liang lahad”, sampai di situ Ahmad diam.  “saya terkejut besar kerana papan liang lahad sahabat saya yang baru saja dikebumikan sudah jadi hitam.... rentong dan mengeluarkan asap!  Sebaik sahaja saya jumpa anak kunci kereta segera saya ambil... tapi terlepas dari gengaman kerana anak kunci itu panas”, dakwanya.
“Saya capai semula kunci itu dan segera saya lontar ke atas.  Ketika itu papan yang sudah terbakar itu terperosok ke dalam.  Walaupun hari sudah hampir senja, saya sempat melihat kain kapan Allahyarham yang sudah menjadi abu dan berasap”, tambahnya.  Melihatkan kejadian itu beliau segera melompat keluar dan tergesa-gesa menimbus semula lubang kubur sahabatnay ala kadar kerana dia sendiri sudah tidak dapat mengawal perasaan cemas, sedih dan hiba.  Ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya.
Sampai di rumah saya jatuh pengsan.  Menurut isteri, selama tiga hari berturut-turut saya meracau-racau dalam tidur”, jelasnya.  Ahmad mengaku apa yang terjadi di hadapan matanya memberi pengajaran dan keinsafan kepadanya.  Sahabat saya itu dahulunya baik, sangat bertimbang rasa dan pemurah.  Sayang... apabila dia sudah berjaya menjadi seorang usahawan, kelakuannya berubah.  Dia banyak menghabiskan masanya di kelab-kelab malam dan meminum arak berterusan.  “Saya sebagai sahabat pernah juga menasihatkan supaya meninggalkan perbuatan yang tidak baik itu tapi katanya itu sahaja penawar hatinya kerana di rumah dia tidak mendapat layanan yang baik dari isteri.
Paling menyedihkan, beliau sudah lama tidak menjenguk ibubapanya di kampung kerana isterinya menghalang dia bergaul dengan ahli keluarganya termasuk kedua ibubapanya sendiri.  Sebab itulah ketika dia meninggal hanya ibunya sahaja yang hadir... ahli keluarga lain haram menampakkan batang hidung.  Menurut beberapa orang saksi, Tuan Salleh boleh dikatakan mengabaikan langsung kebajikan terhadap kedua orang tuanya tetapi lain pula dengan keluarga di sebelah isteri boleh dikatakan kebanyakan tetamu yang berkunjung ke rumah adalah dari keluarga di sebelah isterinya.
Apa yang telah terjadi harus dijadikan iktibar oleh kita semua.  Semoga Allah SWT mengampuni dosanya dan mencucuri rahmat terhadap roh Allahyarham.  Amin.





🕋💘💝❣🌍💌🖤❤💓💜💎🇲🇾💛💕💖💚⛰🌏💙💗🕌

No comments: