Amal sunah bukti cintakan Rasulullah
Walaupun
kita tidak hidup pada zaman Rasulullah SAW dan bertemu dengan Baginda,
kita tetap beruntung kerana beriman kepadanya. Justeru, buktikan
kecintaan kepada Baginda dengan mengamalkan sunah yang ditinggalkan.
Ikuti kisah menarik sahabat yang cintakan Rasulullah SAW bersama Ustaz
Dusuki Abdul Rani Name dalam slot Mau'izati di IKIMfm.
Rasulullah SAW bersabda: "Beruntunglah sesiapa yang pernah melihat wajah Baginda dan kemudian beriman dengannya. Lalu Baginda mengulangi ucapannya sebanyak tiga kali bahawa beruntunglah orang yang tidak pernah melihat wajahnya, tetapi tetap beriman kepada Baginda."
Sesungguhnya orang yang dimaksudkan Rasulullah SAW ialah umat yang hidup di dunia selepas kewafatan Baginda, termasuk kita. Rasulullah SAW dirasakan sangat dekat dengan kita walaupun tidak pernah melihat wajahnya.
Malah, Rabiulawal adalah bulan mulia kerana pada ketika itu seluruh manusia turut meraikan tarikh kelahiran Rasulullah SAW. Namun, ia adalah cabaran besar untuk terus mencintai dan mengingati Baginda disebabkan jarak masa terlalu lama.
Perkongsian bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi slot Mau'izati di IKIMfm, menjelaskan umat Rasulullah SAW sewajarnya menunjukkan rasa kecintaan dan mengamalkan cara hidup yang sebati dengan Baginda.
Selawat tidak hanya dizahirkan pada sambutan kelahiran Rasulullah SAW, tetapi seharusnya dilakukan secara berterusan sehingga menjadi rutin dalam kehidupan seharian. Allah SWT dan malaikat turut berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Pelajari sirah Baginda
Sesungguhnya Allah SWT memanggil nama nabi lain dengan nama mereka sendiri seperti Zakaria, Musa, Ibrahim, tetapi panggilan kepada Nabi Muhammad disertai dengan Rasulullah SAW yang membuktikan besarnya nilai Baginda di sisi Allah SWT.
Oleh itu, orang Mukmin hendaklah sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Realitinya masa kini, umat manusia lebih mengutamakan aktiviti lain dan melupakan amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW.
Selain itu, untuk mendekat diri dengan Baginda, kita seharusnya belajar sirah hidup Rasulullah SAW supaya lebih mengenalinya. Mendalami sirah Baginda juga mengelakkan kejahilan dan pertikaian yang tidak seharusnya berlaku berkaitan peribadi Rasulullah SAW.
Sifat malas untuk belajar mengenali Baginda akan mendorong seorang individu berkelakuan kurang sopan, sombong dan tidak menghargai pandangan orang lain. Antara rujukan adalah kitab Fiqh al-Sirah karangan Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti, Sirah al- Bidayah wan Nihayah dan lain-lain.
Ada dalam kalangan sahabat yang mengenali Rasulullah SAW, sanggup datang dari tempat yang jauh untuk solat di belakang Baginda. Contohnya, Julaibid dikisahkan memiliki wajah yang hodoh dan menakutkan ditegur oleh Rasulullah SAW selepas selesai menunaikan solat Asar.
Pinangan daripada Rasulullah
Julaibid hidup bersendirian, tidak berharta dan tidak berkeluarga. Selepas Baginda bertanya berkali-kali soalan sama ada dia berkeinginan untuk berkahwin, dia hanya berkata tidak ada sesiapa yang ingin menerimanya.
Kemudian Rasulullah SAW meminta Julaibid bertemu seorang ketua kabilah di hujung kota yang mempunyai seorang anak perempuan yang cantik. Rasulullah SAW memberitahu supaya disampaikan salam Baginda kepada ketua kabilah dan mengarahkan Julaibid berkahwin dengan anaknya itu.
Selepas disampaikan khabar dan hajat Rasulullah SAW, ketua kabilah dan isterinya terpinga-pinga mendengar cadangan supaya anak mereka dikahwinkan dengan Julaibid.
Namun, anak perempuan mereka meminta kedua-dua orang tuanya untuk menuruti hasrat berkenaan kerana pinangan itu datangnya daripada Rasulullah SAW dan dia bersedia mengahwini Julaibid.
Gugur syahid
Selepas mendengar perkhabaran mengenai penerimaan lamaran oleh perempuan itu, Rasulullah SAW bingkas bangun dan mendoakan supaya Allah SAW memberkati dan menjadikan wanita itu wanita terkaya di Kota Madinah serta dipanjangkan umurnya.
Selang sebulan selepas perkahwinan itu, Julaibid pergi berperang dan gugur syahid. Selesai Perang Uhud, sahabat membuat perkiraan siapakah yang syahid ketika itu dan sehingga akhirnya nama Julaibid tidak disebut.
Rasulullah SAW berkata, nama yang syahid belum selesai kerana masih ada yang tertinggal, kerana malaikat Jibril menyampaikan perkhabaran kepada Baginda, Julaibid gugur syahid apabila dia cuba membunuh musuhnya yang kelapan.
Sahabat berusaha mencari jasad Julaibid, mereka mendapati ada satu mayat yang berada di dalam keadaan tertiarap. Rasulullah SAW dipanggil oleh sahabat untuk mengenal pasti jasad itu adalah Julaibid.
Sahabat yang dihargai
Baginda mengiakannya dan duduk di sisi jasad sambil memusingkan badan Julaibid dan menyapu pasir yang terlekat pada wajahnya itu. Rasulullah tunduk ke dahi Julaibid, menangis dan menyebut: "Wahai Julaibid, kamu sebahagian aku dan aku adalah sebahagian darimu," lalu mencium dahinya sebanyak tiga kali.
Ucapan itu diulang beberapa kali oleh Rasulullah SAW yang membuktikan Baginda sangat menghargai sahabatnya yang telah gugur syahid itu.
Kecintaan terhadap Rasulullah SAW juga perlu dizahirkan pada peribadi orang Mukmin dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk tingkah laku yang baik, tutur bicara sopan seperti keperibadian mulia Baginda.
Orang Mukmin hidup bersama sunah Rasulullah SAW akan mewujudkan qudwah yang sempurna dan perselisihan yang berlaku dalam kalangan manusia hari ini adalah akibat tiada peribadi Rasulullah SAW dalam amalan kehidupan mereka.
Penulis adalah Pengurus Hubungan Strategik Radio IKIMfm

No comments:
Post a Comment