اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku ALLAH اللهَ
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku ALLAH اللهَ
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku ALLAH اللهَ
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ ALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ . اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Surah Al-‘Asr: Memanfaatkan Setiap Saat Dalam Hidup
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ . اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Surah Al-‘Asr: Memanfaatkan Setiap Saat Dalam Hidup
Surah Al-‘Asr: Memanfaatkan Setiap Saat Dalam Hidup
Surah Al-‘Asr: Memanfaatkan Setiap Saat Dalam Hidup
Surah al-‘Asr adalah antara surah yang terpendek di dalam
al-Quran. Surah ini mengandungi 3 ayat yang membentangkan kepada kita tentang
cara-cara untuk berjaya dalam kehidupan dan menuju ke syurga-Nya. Imam
al-Shafi‘e berkata tentang surah ini, “Seandainya manusia merenungi surah ini,
nescaya surah ini telah mencukupkan mereka.”
Dalam surah ini, Allah telah bersumpah atas nama masa.
Apabila Allah telah bersumpah dengan makhluk, ini menunjukkan tentang
kepentingan makhluk tersebut dalam kehidupan manusia. Diri manusia itu sendiri
adalah seperti rangkaian hari, dan apabila satu hari berlalu, maka berakhirlah
satu bahagian daripada dirinya.
Masa adalah perkara yang selalu disesali oleh manusia. Ada
orang yang ingin memutar kembali masa untuk menebus semula kesilapan yang
dilakukannya. Ada orang yang ingin memutar masa lalu untuk kembali mendapat
nikmat kesihatan. Ada orang yang ingin memutar masa untuk kembali memanfaatkan
masa bersama-sama insan yang disayanginya. Ada yang ingin memutar masa kembali
ke zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan dan ketelusan.
Malah dengan sebab masa, orang yang telah meninggal dunia
memohon hidup semula untuk beramal, orang kafir memohon hidup semula untuk
kembali beriman. Demikianlah betapa berharganya makhluk bernama masa, yang
Allah s.w.t bersumpah dengannya.
Kerugian
Allah s.w.t memberi penegasan tentang kerugian manusia
apabila berinteraksi dengan masa. Manusia yang mempunyai sifat “nisyan” (lupa)
dan “ghaflah” (lalai) selalu mencuaikan disiplinnya terhadap masa. Manusia
selalu gagal memanfaatkan masa dengan sepenuhnya. Penegasan Allah di awal ayat
dengan perkataan “sesungguhnya” menjelaskan bahawa kebanyakan manusia itu rugi
dalam memanfaatkan masanya dengan kebaikan.
Kerugian yang pertama adalah kerugian mutlak di dunia dan
akhirat untuk golongan yang kufur dan putus dari rahmat Allah s.w.t. Golongan
ini kehilangan hakikat nikmat iaitu syurga dan diancam dengan balasan api
neraka. Kerugian kedua adalah yang bukan mutlak. Kerugian ini menimpa seseorang
pada sesetengah perkara yang dilalaikannya. Dan golongan ini sentiasa mempunyai
peluang untuk memperbaiki diri dan keadaan menjadi lebih baik.
Masa seperti modal dalam sebuah perniagaan untuk mendapat
keuntungan. Masa dan medium, perniagaannya adalah amal soleh dan keuntungannya
adalah syurga yang dijanjikan Allah. Tiada modal dan pengurusan modal yang
terbaik maka perniagaan tidak boleh dijalankan dan akhirnya tidak memperolehi
keuntungan yang diharapkan.
Iman dan keyakinan
Iman itu adalah hubungan manusia yang serba lemah dan
terbatas ini dengan Allah sebagai sumber mutlak yang azali dan abadi.
Hubungan ini selaun memberi kita kekuatan, dorongan dan
motivasi, ia juga memberi makna kebahagiaan yang hakiki dalam hidup insan. Iman
sebagai sumber kebahagiaan yang sejati, kegembiraan yang sebenar dan penghargaan
terhadap kehidupan dunia sebagai tempat bercucuk tanam untuk ganjaran akhirat.
Iman akan menghasilkan ibadah sebagai bentuk penyembahan
mutlak kepada Allah tanpa selain-Nya. Iman akan menjadikan manusia tidak
merendahkan kepala dan hatinya selain daripada Dia Yang Maha Tinggi. Keyakinan
dari keimanan ini akan memberi nilai kepada manusia untuk sentiasa merenungi
diri dan memacu tindakannya dengan sikap malu dan memelihara kemuliaan yang
telah dianugerahkan Allah kepadanya.
Amal soleh
Apabila iman telah wujud sebagai akar penggerak dalaman yang
utama maka amal soleh merupakan buah-buahan ranum yang kelihatan dari pohon
keimanan itu. Tidak dinamakan seseorang itu Mukmin sekiranya dia tidak berusaha
untuk merelisasikan kewujudan amal soleh. Tidak mungkin keimanan yang wujud
dalam diri seseorang itu kaku dan tidak bergerak, selamanya beku dan tidak
mencair.
Iman adalah dorongan yang baik dan suci, positif dan yang
paling penting merang sang tindakan yang bertujuan. Ia mengarah kepada Allah
dan sesuai dengan manhaj-Nya. Umar bin Abdul ‘Aziz menyebutkan, “Siang dan
malam bekerja untukmu, maka bekerjalah pada keduanya. Keduanya juga mengambil
(umur) daripadamu, maka ambillah (manfaat) dari keduanya.”
Amal kebaikan yang dimanfaatkan akan diwarisi dari generasi
ke generasi. Setiap kali amal kebaikan itu muncul dalam kehidupan manusia, baik
secara zahir, sosial, spiritual dan meliputi pelbagai bidang dan terus memberi
kesan berpanjangan maka semakin besar pahalanya di sisi Allah.
Demikianlah Rasulullah s.a.w yang telah mengeluarkan manusia
dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya Islam. Baginda telah mengubah wajah
sejarah keseluruhannya. Selama 23 tahun baginda telah membina tamadun,
membentuk bangsa ideal dan mendirikan negara contoh universal. Semuanya
diselesaikan oleh baginda dalam tempoh tersebut, meskipun pelbagai rintangan
besar yang menghadang jalan dakwah baginda s.a.w.
Rasulullah s.a.w begitu memahami akan nilai masa. Begitulah
Allah s.w.t bersumpah dengan umur baginda yang penuh berharga. Allah berfirman,
“Demi umurmu (Muhammad), sesungguhnya mereka terumbang-ambing dalam kemabukan
(kesesatan).” (al-Hijr: 72)
Saling menasihati dengan kebenaran dan kesabaran
Perkataan “saling” itu menghilangkan kepentingan individu. Ia
menunjukkan kesatuan dan silaturrahmi sesama Muslim yang menjadi syarat
kesempurnaan iman. Saling menasihati menjadi peringatan, motivasi dan benteng
bagi seorang Mukmin. Kebenaran akan tertegak selagi mana setiap Mukmin
berperanan untuk saling menasihati, saling membantu, saling menanggung dan
saling menjamin.
Melalui iman dan amal soleh, seorang Muslim telah
menyempurnakan diri sendiri, tetapi saling menasihati akan menyempurnakan orang
lain. Nasihat atas nama kebenaran melalui pendalilan secara naqal dan ditegaskan
dengan akal yang sihat, sesuai dengan realiti dan selaras dengan fitrah, akan
menjadikan kebenaran dapat ditegakkan sehingga dapat dirasai oleh seluruh
manusia.
Dunia telah menjadi medan uji buat manusia.
Pertarungan di antara kebenaran dan kebatilan sentiasa
terjadi. Nasihat atas nama kesabaran adalah penting untuk melewati ujian dan
memenangkan perjuangan. Di sinilah perlunya sikap saling menasihati atas nama
kesabaran dalam mengalahkan hawa nafsu dan kesabaran merupakan benteng paling
ampuh dalam menyingkirkan rintangan, memaksimakan kemampuan untuk mencapai
tujuan.
Kayu ukurnya bukan sekadar pada penggunaan masa, tetapi
bagaimana kita melaburkan masa selepas ketiadaan kita. Ibnu ‘Atha’illah
al-Sakandari dalam al-Hikam menyebutkan, “Berapa banyak umur yang meluas
jangkauannya meski sedikit bilangannya. Berapa banyak pula umur yang begitu
sempit jangkauannya meski banyak bilangannya. Barangsiapa mendapat berkat dalam
umurnya, dalam waktu yang singkat ia akan memperoleh banyak anugerah yang tidak
cukup terungkap dengan kata-kata.”
VIDEO:
VIDEO:
Sumber: IslamItuIndah
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
..................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................................
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
مِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah










No comments:
Post a Comment