Daripada Ibni Abbas, Baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan daripada setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (HR. Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Sebagai manusia yang menerima fitrahnya, semestinya kita diwajibkan untuk membaca istighfar atau sayyidul istighfar setiap hari. Kerana memang sudah menjadi tabiat manusia untuk berbuat salah, lupa dan kerosakan.
Namun begitu, Allah maha pengampun bagi hambanya yang mengakui kesalahannya dan memohon ampunan. Namun sering kali manusia lupa dan bersikap sombong dengan menganggap dirinya benar dan tidak ada kesalahan, apa yang dilakukannya adalah sempurna sehingga tidak perlu memohon ampunan dari Allah SWT.
Padahal, manusia terbaik di dunia, iaitu Nabi Muhammad SAW selalu memohon ampunan setiap hari, apalagi kita yang hanya manusia biasa.
Seperti Hadis ini, dengan beristighfar juga mengundang takdir yang baik untuk kita. Kisah Nabi Yunus boleh disifatkan sebagai contoh terbaik manusia yang segera mendapat bantuan Allah SWT kerana Baginda sentiasa mengingati Allah SWT ketika senang.
Nabi Yunus adalah pelarian yang melarikan diri daripada kaumnya sebelum datang perintah Allah SWT untuk meninggalkan kaumnya. Maka, Nabi Yunus akhirnya terjun ke laut bergelombang dan kemudian ditelan oleh seekor ikan yang besar.
Namun atas izin Allah SWT, Nabi Yunus tidak mati dalam perut ikan selepas berdoa kepada Allah dan memohon ampun atas kesalahannya. Ada beranggapan rahsia bantuan Allah SWT kepadanya berpunca hanya daripada doa ini:
وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَـٰضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِى ٱلظُّلُمَـٰتِ أَن لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّى ڪُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ وَنَجَّيۡنَـٰهُ مِنَ ٱلۡغَمِّۚ وَكَذَٲلِكَ نُـۨجِى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
“Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).” (al-Anbiya’: 87-88)
Hayati, amal istighfar
Dengan pertolongan Allah AWT, ikan yang besar itu terdampar ke laut dan akhirnya Nabi Yunus berjaya keluar daripada perut ikan dengan selamat. Betapa banyaknya amanah yang telah kita ingkari, maka marilah kembali menghayati dan mengamalkan istighfar.
Semoga Allah SWT memberikan jalan keluar yang terbaik buat kita semua dalam menjalankan amanah yang telah Allah SWT perintahkan.
“Sesungguhnya Sayidul Istighfar (pemimpin istighfar) adalah seseorang hamba mengucapkan,
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ ، لَا إِلٰـهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ ، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ
Allahumma Anta Rabbii La Ilaha Illa Anta Khalaqtanii Wa Ana ‘Abduka Wa Ana ‘Ala ‘Ahdika Wa Wa’dika Mastatha’tu A’udzu Bika Min Syarri Ma Shana’tu Abu`u Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abu`u Bidzanbii Faghfirli Fa Innahu La Yaghfiru Adz Dzunuba Illa Anta
“Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak diibadahi dengan benar selain Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menetapi perjanjian untuk taat kepada-Mu dan janji balasan-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau”.💚♥️❤💛💜🖤💞🔁💙🆗️
No comments:
Post a Comment