16 January 2020

Adab dalam masjid

Assalamualaikum


Adab dalam masjid

* Melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan sambil membaca
doa dan apabila hendak keluar melangkah dengan kaki kiri sambil membaca doa
juga.

* Sebelum duduk tunaikan solat sunat tahiyatul masjid.

* Jangan sembahyang di tempat yang boleh mengganggu orang ramai
daripada memasuki masjid seperti di muka pintu.

* Jangan bermundar-mandir dalam masjid, ingatlah anda sedang berada di rumah Allah, maka duduklah dengan penuh perasaan tawaduk serta banyakkan berzikir dan bertasbih.

*Jangan meninggikan suara dalam masjid sama ada berzikir atau membaca al-Quran.

* Jangan berbual dalam masjid mengenai hal keduniaan.

* Pakai pakaian yang sopan dan bersesuaian tatkala memasuki masjid.

* Jangan menggunakan masjid sebagai jalan pintas untuk menuju ke suatu tempat.

*Jangan menyimpan atau membawa sesuatu yang berbau busuk masuk ke dalam masjid.

* Jika merokok atau memakan bawang janganlah terus masuk ke masjid, seelok-eloknya cuci dulu mulut kerana ini akan mengganggu keselesaan orang lain disebabkan oleh baunya.

* Sunat memakai bau-bauan yang diharuskan.

* Jangan mengambil atau membawa pulang barang kepunyaan masjid untuk kegunaan sendiri kerana segala peralatan masjid diwakaf dan ia untuk kegunaan awam.


🕋🌏⛰💙💚💗💖💛🇲🇾💜💓💕❤🖤💌🌍❣🖤💝❤💘💞💟🕌

No comments: