BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
13 July 2019
Waktu Mandi
*3 WAKTU TIDAK DIGALAKKAN MANDI :*
1. 30 minit selepas solat Asar.
2. Selepas Maghrib.
3. Selepas Isyak sehingga 12 malam.
Penjelasan :
*1. 30 minit selepas solat asar.*
Adalah waktu dimana darah dalam badan panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi letih dan penat untuk bekerja.
*2. Lepas Maghrib*
Jantung kita sudah mulai lemah untuk bekerja.
Kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair.
*3. Selepas solat Isyak*
Ini masanya jantung berehat, jika mandi ketika ini akan mengakibatkan lemah jantung.
Sebaiknya mandi selepas jam 1 pagi.
Antara pukul 2~3 pagi, itu akan lebih memberikan tenaga kepada badan seperti bateri yang telah lemah dicas semula.
*Kata Alim Ulamak :-*
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah swt.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan dahaga dan haus di Padang Masyar.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah swt pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau kemiskinan semasa hidup di dunia.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab kubur.
۞ Surah Al-Kautsar dapat mendamaikan segala perbalahan dan merapatkan silaturahim.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. (Husnul Khatimah)
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada jadi golongan munafik.
۞ Surah Al-Falak dapat menghapuskan perasaan hasad dengki dan irihati.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit nyanyok dan was-was.
Seterusnya, bagi melawan syaitan durjana.
*Dikatakan juga:-*
۞ Ketika anda membawa Al-Qur'an, syaitan hanya tengok saja.
۞ Ketika anda duduk dan membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda mengalun ayat2 suci dgn merdu, betul tajwid, menghayati dan memahaminya, iblis & syaitan mula kejang.
۞ Bila kita mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan seharian, dia kena stroke.
Teruskan membaca Al-Qur'an dan mengamalkannya agar iblis, syaitan dan anak beranak suku sakatnya terus stroke.
Tahukah anda, dimanakah hospital yg menyembuhkan anak beranak suku sakat kaum iblis syaitan yg kena stroke dan luka2 terkena kerikil panas semasa azan.
Jawapannya ialah di dalam *jamban & tandas* menunggu & menanti orang Islam yg kencing berdiri. Bila mereka melihat org Islam kencing berdiri, tambah pula tidak baca doa masuk tandas, maka mereka berebut-rebut, tolak menolak, tendang menendang untuk kena air kencing. Jadi, jika anda kencing berdiri, anda menjadi doktor yg menyembuh dan memelihara syaitan.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata;
_"Jangan sebar kerana ianya tiada kepentingan langsung."_
Pilihan dihujung jari anda, samada hendak disebarkan atau hanya alongside dalam gadget anda, kemudian delete, terpulanglah.
[13/07/19 Salam dhuha
RENUNGAN BERSYUKUR.
Bersyukurlah..
Adatnya dunia ini takkan pernah ada yang cukup.
Kita hidup di gunung kita merindukan pantai…
Kita hidup di pantai kita merindukan gunung…
Kalau kemarau kita tanya bila nak hujan?
Di musim hujan kita tanya pula bila nak berhenti?
Duduk di rumah lama teringin keluar…
Setelah keluar teringin pula nak pulang ke rumah…
Waktu tenang kita cari keramaian…
Waktu ramai-ramai kita cari pula ketenangan…
Ketika bujang mengeluh nak nikah, Sudah berkeluarga, mengeluh pula nak ada anak, dah ada anak mengeluh pula kos hidup dan pendidikan…
Ternyata SESUATU itu nampak indah kerana kita belum memilikinya…
Bilakah kebahagiaan akan didapatkan kalau kita hanya selalu memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki…
Jadilah peribadi yang SELALU BERSYUKUR…
dengan rahmat yang sudah kita miliki…
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutupi bumi yang luas??
Menutup tapak tangan saja dah tak boleh…
Tapi kalau daun kecil itu kita letak di mata kita, maka tertutuplah “BUMI” dengan “Daun.”
Begitu juga bila hati kita tertutup dengan fikiran sangka buruk kita sekecil apapun, maka kita akan melihat keburukan, dimana-mana tempat di bumi ini akan nampak buruk…
Jangan menutup mata kita, walaupun hanya dengan sehelai daun yang kecil…
Jangan menutupi hati kita, dengan sebuah fikiran sangka buruk, walau cuma dengan hujung jari kita …
SYUKURI apa yang sudah kita miliki, sebagai bekalan untuk meMULIAkanNYA…
Kerana hidup adalah :
WAKTU yang dipinjamkan, dan Harta adalah Amanah yang dipercayakan…
semua itu akan di minta pertanggung jawabkan kelak.
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki…
Bersyukurlah atas keluarga yang kita miliki…
Bersyukurlah atas pekerjaan yang kita miliki…
Bersyukur dan selalu bersyukur di dalam segala hal. Bersegeralah berlumba dalam kebaikan mulai dari sekarang.
Selamat meraih kebaikan pada hari ini. Semoga kita semua menemukan nya hari ini, esok dan seterusnya selamanya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment