BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
14 July 2019
Rahsia Huruf Dalam Al Quran
Kenapa ada surah al-Quran yang dimulakan pembukaannya dengan huruf yang tidak difahami? Macam Qaf, Ya Sin, Alif Lam Mim dan lain-lain lagi.
🔑 Rahsia Surah al-Quran Yang Bermula Dengan Kunci Huruf Seperti: صٓ/يسٓ/الٓمٓ/الٓمٓر/ڪٓهيعٓصٓ
Jawapannya:
Antara rahsia dan hikmahnya:
- Sebenarnya Allah SWT nak cabar kita atau sesiapa sahaja khususnya orang-orang Quraisy pada zaman dahulu yang hebat sangat bahasa Arab, Allah SWT berfirman,
قُل لَّئِنِ ٱجۡتَمَعَتِ ٱلۡإِنسُ وَٱلۡجِنُّ عَلَىٰٓ أَن يَأۡتُواْ بِمِثۡلِ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ لَا يَأۡتُونَ بِمِثۡلِهِۦ وَلَوۡ كَانَ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٖ ظَهِيرٗا
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri". [Surah Al-Isra', Ayat 88]
kalau manusia dan jin saling bersepakat untuk mencipta al-Quran pasti tiada siapa yang mampu membuatnya seperti al-Quran walaupun manusia itu saling bantu membantu dengan jin nak buat, tak mampu nak buat satu al-Quran, Allah SWT cabar dalam ayat al-Quran,
أَمۡ يَقُولُونَ ٱفۡتَرَىٰهُۖ قُلۡ فَأۡتُواْ بِعَشۡرِ سُوَرٖ مِّثۡلِهِۦ مُفۡتَرَيَٰتٖ وَٱدۡعُواْ مَنِ ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ
Maksudnya: "Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar".
[Surah Hud, Ayat 13]
- Allah nak bagitahu bahawa al-Quran ini satu mukjizat sebab itu yang cantiknya kalau kita perhatikan selepas huruf-huruf ini, ayatnya tentang al-Quran atau kebenaran al-Quran, cuba kita baca antaranya:
الٓمٓ.
ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ
Maksudnya: "Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;"
[Surah al-Baqarah, Ayat 1 & 2]
يسٓ
وَٱلۡقُرۡءَانِ ٱلۡحَكِيمِ
Maksudnya: "Yaa, Siin. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,"
[Surah Yasin, Ayat 1 & 2]
صٓۚ وَٱلۡقُرۡءَانِ ذِي ٱلذِّكۡرِ
Maksudnya: "Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran."
[Surah Sad, Ayat 1]
الٓرۚ تِلۡكَ ءَايَٰتُ ٱلۡكِتَٰبِ ٱلۡحَكِيمِ
Maksudnya: "Alif, Laam Raa' ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh."
[Surah Yunus, Ayat 1]
Semuanya berkaitan dengan al-Quran untuk kita mendapat hikmah dan mukjizat al-Quran.
#TadabburQuran
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=394652441158904&id=148461535777997
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment