AMBIL TELADAN DARI MAKLUMAN INI:
MESTI BACA
Dari grup usahawan MARDI untuk renungan semua.
Sahabat, Tuan² yang dihormati
Saya adalah seorang yang ada nama dalam industri penternakan negara, tetapi saya berundur... Saya telah lalui 10 tahun pendidikan formal di universiti; 22 tahun dalam industri terutama ternakan ayam.
Hari ini saya ingin membuka pekung industri... terutama
ayam daging & lembu
Saya berundur dari industri ayam sebagai orang yang ada nama dengan satu kesedaran...
industri ini sangat SAKIT.
Sebagai muslim saya minta maaf jika dalam grup ini ada yang bukan muslim yang mungkin tersinggung dengan apa yang saya ucapkan ini. Saya dapat buktikan betapa sakitnya industri ayam ini di jalankan. Makanan yang diberi pada ternakan. Kerana ada kilang² yang menghasilkan makanan ternakan mengunakan bahan² dari sumber babi.
Ramuan makanannya ;-
sumber protinnya dari
- tepung darah
- tepung daging
- tepung tulang
(majoriti di impot). Telah disahkan bahawa sumber bahan ini adalah dari sisa babi
Semasa proses penternakan ada bahan kimia mengandungi arsenic,
antibiotik terlarang digunakan secara berleluasa.
Pada 1996 berlaku pembocoran maklumat dan terjadinya isu ayam nitrofuran.
Saya berundur dari industri ini secara total pada 1999.
Matlamat & visi saya adalah untuk menukarkan sumber protin dari sisa babi kepada punca yg halal syarak untuk sekurang²nya makanan saya sekeluarga.
Saya pernah ke dialog JAKIM, JAIS, Halal Hub dalam isu ayam babi di The Palma Hotel, Putrajaya.
Bermula dari tarikh itu sampai ke jam wasap ini di tulis BELUM ADA LOGO HALAL DI BEG MAKANAN AYAM KOMERSIAL.
Ayam ini kita suap hari² kepada diri kita, emak kita, isteri kita, anak² kita, ustaz² kita...
Apa yg saya nampak ialah ada proses kerosakan yg sedang berlaku dari dalam diri kita iaitu keras hati, sifat tamak haloba membiak, timbul penyakit pelik².
Saya bermula balik dari kursus 27hb mac lalu , berhempas pulas menjalankan usaha menggunakan segala sumber yg ada utk merealisasikan BSFL adalah PENGGANTI KPD SISA BABI YG DI GUNAKAN SEKARANG.
Maafkan saya, terpaksa buka cerita ini demi melorongkan matlamat murni ilmu ini bagi faedah ummah.
Saya dah 16 tahun total stop makan ayam komersial semata² isu tepung protin dan residu antibiotik yang sangat menakutkan jika tuan² sahabat mengetahuinya.
Tuan² ternaklah ayam sendiri dan beri makan jagung dan sisa dapur. Itu yang terbaik. Jika tiada ruang atau kawasan bela ayam, belilah ayam kampung dari rakan, kawan² dan orang² kampung dengan ini secara tak langsung tuan² membantu ekonomi mereka.
ikhlas.
Dr. Saari
Dip. animal health n production UPM
Doctor of Vetrinary Medicine UPM
working experience
1. Ayam Dinding - Perak
2. Perak Meat - Perak
3. TD Poultry - Trg
4. Murni Hatchery - Kel
5. Ayam Organik HPA - Perlis.
6. sekarang mengasaskan pergerakan muamalat dlm kumpulan sedar ekonomi QC2U.COM
Tolong viralkan semoga lepas tanggungjawab kita
Allahhuaklam bissawab.
No comments:
Post a Comment