BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
14 July 2019
13 PERKARA PUNCA REZEKI
13 PERKARA PUNCA REZEKI
1) TAQWA - barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka
2) TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal Allah cukupkan dia
3) SOLAT - "KAMI (Allah) tidak meminta rezeki, KAMI yang memberi rezeki"
4) SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda
5) ISTIGHFAR - sesiapa yang melazimi istighfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup dan kesusahan
6) SYUKUR - kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih
7) SILATURRAHIM - mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki
8) TUNTUT ILMU - barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki.
9) NIKAH - cari keberkatan rezeki dengan nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi SAW suruh kahwin)
10) DAKWAH - asbab terbesar rezeki...kisah para Nabi...
11) TILAWAH QURAN - kelebihan surah Al-Waa qi'ah, Allah hilangkan kefakiran selamanya
12) ZIKIR PAGI PETANG - ingat AKU pagi dan petang AKU cukupkan keperluan pada hari itu
13) PEKERJAAN- berusaha di atas asbab
Perkara 1-12 terdapat perintah dan jaminan yang dijanjikan Allah
Namun perkara ke 13 iaitu ada perintah namun BELUM ADA JAMINAN ALLAH.
Dengan taqwa, tawakkal, solat, sedekah, istighfar, syukur, silaturrahim, ilmu, nikah, dakwah, pembacaan Al-Quran, zikir, ADA PERINTAH DAN JAMINAN REZEKI DARI ALLAH...
Dengan pekerjaan BELUM tentu ada jaminan rezeki, tidak semestinya berniaga dapat untung..kadangkala rugi...
NAMUN BUKAN BERMAKSUD TIDAK BEKERJA dan BERUSAHA...
Di dalam surah Al-Jumu'ah, Allah berfirman bahawa selepas solat, bertebaranlah untuk mencari rezeki kurniaan Allah, namun ada syarat....
DAN INGATLAH ALLAH BANYAK-BANYAK....
semoga beruntung (Al-Jumu'ah Ayat 10)...
dan hati hendaklah sentiasa bersandar dan yakin penuh terhadap Allah....
Jangan sampai seseorang hanya tertumpu ikhtiarnya kepada pekerjaannya dan mengabaikan asbab rezeki yang utama iaitu perkara 1-12.
Wallahu a'lam
https://chat.whatsapp.com/IW5AtFjvGNbHsH96KDSYBI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment