POSTER [NOW YOU CAN] SYARIKAT HEINEKEN
Oleh: Bilal Jailani
1. Akhbar The Sun bertarikh 8 Julai 2019 memaparkan poster minuman zero-alcohol keluaran syarikat Heineken dengan slogan "Now You Can". Maka timbul persoalan, siapakah yang dimaksudkan dengan "you"?
2. Secara jelasnya, "You" merujuk kepada golongan yang allergic dengan bahan memabukkan (dalam Islam disebut Khamr), yang kita tahu majoriti golongan ini adalah Muslim. Justeru, saya merasakan iklan ini cuba membawa naratif produk ini sesuai untuk Muslim.
3. Adakah Heineken Zero-Alcohol halal? Di sini kita lihat pentingnya umat Islam memahami konsep Haram Lizatihi dan Haram Ligahirihi. Zat dan pati minuman ini tidaklah memabukkan, tetapi ia tetap haram diguna (consume) kerana beberapa sebab:
a) Mendekatkan diri dengan industri arak: Penggunaan produk ini boleh merobohkan tembok sensitiviti kita, dan hasilnya kita rasa normal apabila di'associate' dengan arak.
b) Mempromosi jenama arak: Pembelian produk ini dikaitkan dengan sokongan terhadap jenama ini, apatah lagi jika kita dilihat sedang menikmatinya di media sosial atau di alam nyata. Itu adalah pemasaran tak langsung.
c) Menyerupai budaya orang kafir: Rasulullah SAW amat sensitif dengan penyerupaan dan perkongsian identiti kufur. Sebolehnya, seorang Muslim mesti dilihat sebagai seorang Muslim, dan tidak menyerupai orang bukan Islam.
d) Menghilangkan kuasa nahi munkar: Orang yang minum produk ini pasti tidak mempunyai aura mencegah keluarganya yang minum arak, kerana dia juga dilihat sebagai minum arak. Nahi munkar itu wajib, maka menjaga aura nahi munkar juga wajib.
4. Jelas bahawa produk ini perlu dijauhi oleh umat Islam. Saya amat bersyukur jika pihak berkuasa agama seperti Jabatan Mufti dan JAKIM dapat mengeluarkan ketetapan yang jelas terhadap isu sebegini.
#halal #heineken #zeroalcohol #hdc #jakim
Ustaz Bilal Jailani
Jurulatih dan Perunding Industri
Halal Industry Development Corporation
No comments:
Post a Comment