Ada sebuah kisah seorang alim menceritakan...
Ada sebongkah batu yang sangat keras..begitu kerasnya batu tersebut, diketuk, dikapak, digergaji sekalipun tidak juga pecah. Lalu semua berputus asa, mengalah dan tidak mahu lagi pada batu tersebut. Kemudian datang seorang pemuda, lalu dia mengambil bongkah batu itu dan diletakkan di bawah air terjun yang mengalir. Hari demi hari berlalu. Bulan demi bulan berlalu. Selepas 3 bulan, kelihatan bongkah batu yang keras itu sudah mulai melekuk sedikit demi sedikit...
Maka kata si alim, begitulah ibaratnya hati manusia yang keras. Yang dirasakan susah untuk dipujuk, dirayu lagi. Namun jika hari demi hari 30 hari datang kepadanya tanpa jemu, didoakannya kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, pujukan dan rayuan, pasti hati yang keras itu akan cair jua...
Lalu kenapa cepat berputus asa dengan rahmat Allah yang memegang hati semua manusia?
Apatah lagi untuk berjuang kepada orang yang kita benar-benar cinta. Berkorban untuk orang yang disayangi seperti Laila dan Majnun yang dikatakan 'gila' tapi sebenarnya tidak memberi erti gila jika cinta itu benar-benar kerana Allah.
Jika sakit, pasangan sanggup berhabisan berjuta duit cari semata untuk berusaha selamatkan nyawa, itulah dinamakan ikhtiar dan pengorbanan cinta. Bukan sekadar di bibir, ia dibuktikan dengan perbuatan...
No comments:
Post a Comment