9 Cara Membuat Duit Dengan Matawang Kripto
Artikel ni bukan click bait tau? Dan ia juga bukan mempromosi apa-apa program untuk disertai. Semuanya penulis sudah pernah bincangkan dalam artikel-artikel sebelum ini. Artikel ini hanyalah ringkasan untuk semua sebab ramai yang bertanya.
Mentang-mentang harga Bitcoin melompat kan? Sewaktu penulisan, 1 Bitcoin berharga RM55,000. Uishh…kaya betul siapa yang membeli dan menyimpan Bitcoin sewaktu harganya sedang jatuh pada awal tahun ini. Sudah terlambat ke untuk membeli Bitcoin? Nak tahu, boleh baca artikel yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
Memandangkan harga Bitcoin di pasaran sedang meloncat, dan ramai yang teruja ingin tahu tentang aset digital yang semakin popular ini, kali ini penulis dengan baik hati mengumpulkan dan meringkaskan artikel-artikel sebelum ini dan meringkaskan 9 cara untuk membuat duit dengan matawang kripto untuk anda.
1. Beli dan simpan Bitcoin
Sudah tentu cara paling senang untuk membuat duit dengan matawang kripto adalah dengan membeli dan menyimpan Bitcoin atau dalam erti kata lain HODL. Kenapa senang? Kerana jika anda melihat trajektori harga Bitcoin, kebanyakan penganalisa menjangkakan harga Bitcoin akan meningkat terutama semakin ia mendekati peristiwa halving ganjaran blok dan juga had bekalan maksima iaitu 21 juta.
Apa itu halving? Ringkasnya ia adalah apabila ganjaran blok yang diberikan kepada pelombong sebagai insentif mereka mengesahkan transaksi Bitcoin dikurangkan sebanyak 50%. Dan yang akan datang akan berlaku pada tahun 2020.
Jika melihat kepada gambar di atas, kita berada di bahagian hijau dan nampak kan, trajektorinya adalah sentiasa menaik walaupun ada kala ianya jatuh. Peristiwa halving berlaku juga menandakan bekalan Bitcoin sudah mendekati had maksimanya dan selepas itu tiada lagi Bitcoin baru akan dikeluarkan.
Jadi strategi HODL bagi mereka yang tidak berminat untuk berbuat apa-apa dengan simpanan Bitcoin mereka adalah yang terbaik.
2. Beli dan simpan Altcoin
Sama juga dengan altcoin, strategi paling mudah adalah beli dan simpan. Namun begitu, dengan altcoin, anda perlu membuat kerja lebih sedikit. Anda perlu membuat perbandingan dan menilai setiap projek matawang kripto kerana di sinilah projek scam berleluasa. Kadang-kadang projek itu bukanlah satu scamtetapi kerana rangkaiannya kecil atau pembangun tidak menambah baik projek itu, lama-kelamaan projek itu sendiri berhenti separuh jalan dan semua duit pelaburan habis begitu sahaja.
Jadi, perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu tentang potensi projek itu dan apa-apa kemas kini daripada pembangunnya, sama ada mereka aktif di media sosial atau sekadar meminjamkan nama sahaja. Akhir sekali, selepas anda sudah puas hati dengan penyelidikan anda, anda boleh membeli dan menyimpan altcoin yang dipilih. Tetapi kena ingat, setiap pelaburan tidak kira Bitcoin mahupun altcoin pasti ada risikonya tersendiri.
Baca: 5 Soalan Anda Patut Jawab Sebelum Melabur dalam Altcoin, 4 Cara Membeli Matawang Kripto, Khususnya Altcoin
3. Dagangkan Bitcoin/Altcoin di pasaran
Jika anda seorang yang rajin atau bekerja dari rumah atau bekerja sendiri, anda boleh menjalankan aktiviti berdagang Bitcoin/altcoin di pasaran. Disebabkan pergerakan harga matawang kripto yang sentiasa naik turun, agak mudah untuk mendapat keuntungan melalui perdagangan Bitcoin atau altcoin.
Coin.my tidak mengajar bagaimana untuk berdagang matawang kripto di pasaran, tetapi anda sendiri boleh belajar sendiri secara kecil-kecilan atau menyertai group di Telegram atau melawat laman-laman web lain yang mengajar bagaimana untuk membaca carta/graf pasaran dan berdagang.
Selain daripada perdagangan biasa (membeli ketika murah, menjual ketika mahal), terdapat jenis-jenis perdagangan lain seperti arbitrage trading dan juga margin trading. Tetapi yang ini lebih sukar dan anda perlu betul-betul menimba terlebih dahulu.
Baca: Bagaimana untuk Kenal Pasti Trend Harga Matawang Kripto, Arbitrage, Kaedah Perdagangan Matawang Kripto yang Menguntungkan
4. Sertai mining pool atau solo mining
Aktiviti mining sesuai untuk mereka yang ingin melibatkan diri secara langsung dalam rangkaian Blockchain. Ianya satu kaedah yang sering kali diuar-uarkan sebagai cara terbaik untuk membuat duit dengan matawang kripto. Kaedahnya nampak seperti mudah: melabur dalam peralatan perlombongan, pasang peralatan itu (jika melombong sendiri) dan tunggu mendapat hasil.
Namun begitu, kos pelaburan untuk peralatan perlombongan tidaklah semurah yang disangka. Ditambah lagi dengan kos operasi (elektrik, naik taraf dan sebagainya), ramai yang membuat keputusan untuk menyertai mining pool daripada menjalankan aktiviti itu secara solo.
Tetapi kos untuk menyertai mining pool juga tidaklah murah memandangkan anda juga melabur untuk membeli peralatan perlombongan. Bezanya adalah kos itu dibahagikan dengan ramai orang dan selain daripada itu, potensi mining pool mendapat ganjaran blok lebih tinggi berbanding solo miner.
5. Gunakan instrumen pelaburan
Seterusnya adalah dengan menggunakan instrumen pelaburan seperti dalam pasaran saham. Anda pasti sudah mendengar tentang futures contract, hedge fund, investment trust dan sebagainya? Cara ini lebih ditujukan kepada pelabur institusi ataupun mereka yang mempunyai kapital yang besar, kerana syarikat yang menawarkan instrumen pelaburan ini akan membuat pelaburan yang besar sahaja.
Selain itu, produk-produk ini membolehkan pelabur melabur dalam Bitcoin atau matawang kripto tanpa perlu membeli matawang kripto itu. Buat ramai pelabur institusi ataupun berpengalaman, ini adalah cara terbaik untuk mendapat keuntungan daripada kejayaan Bitcoin tanpa perlu menyimpan matawang kripto itu.
6. Microtasks dan Faucets
Terdapat beberapa laman web yang menawarkan jumlah matawang kripto yang kecil untuk anda menyiapkan microtasks atau kerja-kerja mudah untuk orang lain. Contohnya adalah seperti mengisi survey, menguji aplikasi di internet, debug laman web ataupun kerja-kerja lain. Ini sesuai untuk mereka yang tidak pernah membeli matawang kripto dan baru ingin menyertai dunia matawang kripto.
Antara laman web yang menawarkan microtask adalah:
Selain daripada itu juga terdapat laman web yang menawarkan faucet, ataupun jumlah Bitcoin yang kecil selalunya dalam satoshi kepada sesiapa yang ingin memiliki Bitcoin. Contohnya, laman web Claim Free Coins yang menawarkan 100 satoshi setiap 5 minit. 100 satoshi bersamaan dengan 0.00000100 ฿ (~ USD$0.0123) jadi jika anda rajin anda boleh menebusnya setiap 5 minit dalam sehari untuk mendapatkan sehingga 28,800 satoshi iaitu 0.00028800 ฿ (~ USD$3.16).
7. Affiliate marketing
Kini terdapat banyak bursa pertukaran kripto yang menawarkan affiliate marketing, di mana jika anda mengajak rakan-rakan anda mendaftar di bursa itu dengan kod referral anda, anda akan mendapat ganjaran apabila mereka membuat transaksi pertama atau setiap kali mereka membuat transaksi.
Antara laman web yang menawarkan affiliate marketing adalah seperti Remitano, cex.io, Changelly, Coinbase, LocalBitcoins dan macam-macam lagi. Malah wallet matawang kripto seperti Ledger, Trezor dan Keepkey juga mempunyai affiliate program mereka sendiri.
8. Trading bot
Cara ini adalah bagi mereka yang sudah advanced dalam perdagangan matawang kripto. Menggunakan trading bot membolehkan anda menjalankan perdagangan di beberapa bursa pertukaran kripto dalam masa yang sama dan anda tidak perlu duduk menghadap komputer anda sepanjang hari.
Namun begitu, untuk membangunkan trading bot bukanlah mudah. Jika anda seorang programmer atau minat belajar coding dan ingin menjana pendapatan melalui matawang kripto, anda bolehlah menggunakan trading bot untuk berdagang untuk anda.
9. Terima pendapatan dalam kripto
Akhir sekali adalah dengan menerima pendapatan dalam kripto. Pernah dengar tentang bounty program? Melalui bounty program yang biasanya ditawarkan oleh projek matawang kripto baru, anda boleh membuat tugasan seperti penterjemahan whitepaper atau bahan pemasaran, promosi token atau coin di media sosial dan sebagainya. Sebagai ganti anda akan dibayar dengan token projek itu dan anda boleh menjualnya sebaik sahaja ia dimasukkan ke dalam bursa pertukaran kripto.
Selain daripada itu, anda juga boleh memohon bos anda membayar gaji anda dalam matawang kripto. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada gaji anda. Kini terdapat beberapa aplikasi yang dibangunkan khas untuk memudahkan pembayaran gaji dalam matawang kripto.
Kesimpulan
Itulah 9 cara untuk membuat duit dengan matawang kripto. Perasan tak apa yang tiada di sini? “Sertai program yang menjanjikan pulangan kripto!” “Dapatkan pulangan berlipat kali ganda setiap hari.” “Labur RM100 dapat RM1000.” Itu semua adalah panggilan masuk ke dalam program ponzi, skim piramid dan scam.
Jika anda mendapat tawaran untuk “menyertai” sesuatu dan mendapat pulangan daripadanya, tolong jangan sertai dengan melulu. Kaji selidik dahulu. Jadilah pelabur yang bijak ye. Baca artikel kami tentang bagaimana untuk kenal pasti scam atau infografik kami tentang 10 ciri-ciri scam kripto.
Jangan cakap kami tak payung ye!
10 Tanda-Tanda Anda ‘Gila’ Kripto
Adakah anda seorang yang ‘gila’ kripto? Dalam satu hari, berapa kali anda memeriksa harga matawang kripto anda? Atau anda duduk berjam-jam di hadapan komputer menanti harga matawang kripto melonjak naik ke bulan?
Ini adalah 10 tanda-tanda anda sudah ketagih dengan matawang kripto! Angkat tangan dan kongsi artikel ini jika ini adalah anda.
1. Anda mulakan hari anda dengan membuka CoinMarketCap (atau sewaktu dengannya)
Ini adalah permulaan kepada ketagihan matawang kripto ini. Setiap individu yang memiliki matawang kripto pasti akan membuka laman web seperti CoinMarketCap sekurang-kurangnya sekali di waktu pagi dan sekali sebelum anda tidur. Jika tahap yang lebih ‘gila’ adalah dengan memeriksa setiap 2-3 jam, tetapi yang paling ekstrem adalah membuka satu window kecil CoinMarketCap yang anda sentiasa boleh lihat sambil membuat kerja.
Ada yang lagi teruk ke? Ada yang memang menghadap komputer 24/7 setiap hari untuk melihat pergerakan harga di CoinMarketCap ke?
2. Anda memeriksa harga matawang kripto di mana sahaja anda berada
Selain daripada memeriksa CoinMarketCap untuk memulakan dan mengakhiri hari anda, adakah anda memeriksa harga matawang kripto sewaktu anda dalam perjalanan ke sesuatu tempat, membeli belah atau sebagainya?
3. Anda menetapkan price alert di telefon pintar anda
Dah tak cukup dengan memeriksa harga di CoinMarketCap selang beberapa jam dalam sehari, anda akan menetapkan price alert di telefon anda. Sekarang ini banyak aplikasi yang menawarkan pelbagai jenis price alert boleh didapati.
Harga naik, harga turun, harga bersamaan, harga atas dari, harga bawah dari, kenaikan %, penurunan %, kedudukan di pasaran, dan macam-macam lagi. Malah anda boleh tetapkan kekerapan menerima notifikasi, dari 5 minit ke setiap dua jam.
Yang mana satu price alert yang anda tetapkan?
4. Anda sentiasa memeriksa baki kripto dalam wallet anda
Wallet yang bukan sahaja memaparkan jumlah simpanan matawang kripto, tetapi juga nilainya dalam real-time adalah sesuatu yang menggugat jiwa. Ia menyebabkan anda tidak senang duduk jika tidak memeriksa baki nilai dalam wallet anda.
Yang paling ketagih adalah memeriksanya beberapa jam sehari. Macamlah baki akan bertambah atau berkurang dalam masa beberapa jam, betul tak? Sehinggakan semua benda lain boleh ditinggalkan. Ishh…
Jangan sampai jadi macam ni baru berhenti!
5. Kitaran emosi anda dipengaruhi oleh pasaran kripto
Pernah tak anda memeriksa tekanan darah anda sebelum menyertai dunia matawang kripto? Ada perbezaaan tak selepas menyertainya? Jika anda semakin tertekan, sentiasa resah, mengalami tekanan perasaan, kadang-kadang teruja, kadang-kadang menangis selepas menyertai dunia kripto, jangan risau, anda tidak bersendirian.
Ini adalah asam garam kehidupan seorang pengguna matawang kripto. Tahun 2018 telah menyebabkan ramai pengguna kripto mengalami tekanan jiwa, tapi tiba-tiba pulih bermula April 2019. Ini normal!
Itulah keunikan pasaran matawang kripto buat pesertanya. Jika dahulu menunggu pasaran saham naik dan memberi pulangan keuntungan seperti menunggu ASB memasukkan dividen ke dalam akaun bank anda, tetapi dengan matawang kripto sekelip mata sahaja anda boleh menjadi jutawan baru, ataupun papa kedana.
6. Anda selalu memikirkan bagaimana untuk menambah pelaburan anda
Biasalah bila melihat pelaburan matawang kripto membuahkan hasil, mesti kita ingin memastikan pulangan itu konsisten, atau berkembang dengan baik. Jika dahulu pembahagian gaji adalah kepada ibu bapa, nafkah isteri dan anak, sewa, pinjaman kereta, dan sedikit untuk beli belah barang keperluan, kini sebahagian besar sudah masuk ke kripto. Eh, betul ke?
7. Anda selalu cuba untuk berkongsi tentang kripto kepada keluarga dan rakan-rakan anda
Sudah pasti bila kita mendapat berita gembira kita ingin berkongsinya dengan ahli keluarga dan rakan-rakan kita. Lebih-lebih lagi bila harga Bitcoin sudah melonjak naik melebihi RM30,000, malah RM100,000 seperti sudah dalam bayangan.
Mesti kita mahu orang lain juga mendapat untung seperti kita, betul? Setiap kali lepak dengan rakan-rakan sekerja mesti akan membuka cerita tentang Bitcoin atau matawang kripto lain. Jangan ajak masuk skim ponzi sudah ye!
8. Anda sudah memikirkan apa yang boleh dibeli dengan pulangan pelaburan kripto anda
Proton X70? Mercedes SLK? Apa kelas kan. Setidak-tidaknya terus membeli satu atau dua buah Lamborghini. Itulah matlamat terunggul pelaburan matawang kripto!
Dengan jangkaan harga Bitcoin mencecah puluhan ribu dolar, anda sudah pasti menyimpan idaman untuk memiliki sekurang-kurangnya satu supercar dan rumah, err istana seperti kepunyaan Dato’ Aliff Syukri kan.
9. Anda menanti bila Malaysia akan iktiraf Bitcoin seperti negara lain
Penantian masih belum berakhir di Malaysia. Walaupun baru-baru ini Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memberi kelulusan bersyarat bagi tiga bursa pertukaran matawang kripto, masih tiada pengiktirafan diberikan kepada Bitcoin ataupun matawang kripto lagi.
Sebagai pengguna matawang kripto, semestinya pengiktirafan kerajaan Malaysia terhadap matawang kripto adalah satu berita gembira buat kita.
Bilalah penantian ini akan berakhir.
10. Anda menghabiskan masa anda di bursa pertukaran kripto
Jika anda pedagang kripto sepenuh masa, ini pasti anda. Bagi pengguna lain yang ‘gila’ kripto pun pasti akan menghabiskan masa beberapa jam di bursa pertukaran kripto.
Bonus: Anda gila ‘Crypto Meme’
Jika kesemua tanda-tanda di atas adalah anda, sah-sah anda ‘gila’ kripto! Anda ke arah ‘gila’ kripto jika anda mempunyai lebih dari empat tanda-tanda di atas. Jika langsung tiada tanda-tanda di atas, nampaknya anda masih belum layak dipanggil peminat kripto (haha) dan perlu lebih banyak lagi membaca artikel coin.my atau menyertai perbincangan dalam Telegram group kami.
Apa lagi yang anda tunggu? Jom jadi ‘gila’ kripto!