BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
15 July 2019
Magnet Rezeki
*SALESMAN STOKIN BERGAJI CEO*
Suatu masa dulu saya ke bandar Temerloh makan ikan patin masak Tempoyak power.
Sambil makan tengahari tu saya di sapa juru jual. Dia jual stokin. Satu RM10, saya beli 5. Semuanya untuk anak-anak saya.
Dapat saya pujuk dia duduk dan berbual. Namanya Abang Aiman, Dia seorang mualaf. Sudah menjual lebih 22 tahun. Dia berjual ke serata tempat di seluruh nagara...bandar besar, pekan kecil, kampung, perhentian bas, medan selera, kedai kopi, kedai makan, tepi jalan dan sebagainya...janji tempat yang ada ramai orang & tempat tumpuan orang ramai.
"Berapa bungkus abang jual sehari".
"Biasanya dapat sekitar 40 ke 50", katanya.
Kalau ambil tengah-tengah maksudnya.
45 bungkus x RM10 x 25 hari = RM11,250
Saya dengar je apa dia cakap. Sebab semua yang dia cakap adalah isi yang berguna.
Dia terus bercerita. Ada empat perkara saya selalu buat dalam menjual.
Pertama
=======
*Mulakan hari dengan bersedekah.* Insyaallah sampai ke petang kita dipermudahkan.
Memang kita dah tahu dan ramai orang cakap perkara ni. Dia cerita, satu hari dia mula menjual dari pagi. Sudah 2 jam dia berjalan dan cuba menjual. Satu pun tak laku. Akhirnya dia singgah di sebuah kedai minum dan duduk. Dia berniat " Ya Allah. Dapat aku jual 10 pun jadilah hari ni".
Sebelum keluar dia disapa oleh seorang peminta sedekah. " Seringgit bang ". Abang Aiman terus seluk poket. Nak beri seringgit tapi ada duit RM10 sahaja. Dia terus beri RM10 dan beredar.
Jualan hari tu dari 10 bungkus targetnya tapi dia dapat jual hampir 100. Balik ke hotel, dia fikir. Mengapa perkara ini berlaku? Dia baru ingat yang dia *mudahkan orang lain dan Allah memudahkan urusannya.*
Dari situ dia *yakin yang sedekahlah magnet rezeki.*
Kedua
=====
Menjual perlukan kesabaran. Jangan marah orang rendahkan kita. Jangan marah orang maki dan halau kita. Maafkan mereka dan minta maaf. Itu paling power. Jangan simpan dalam hati.
Ketiga
======
*Jaga hubungan dengan pencipta.* Betapa sibuk pun kita, jaga hubungan kita dengan Allah. Solat dengan ikhlas kepada-Nya.
Keempat
=======
*Berniaga jangan tipu orang.* Jual barang yang berkualiti & jangan tipu harga. Layan orang dengan baik dan gunakan bahasa yang baik.
Kelima
======
*Belajar dengan hijrah. *
Rezeki ada di mana-mana. Dah puas dia jalan satu Malaysia. Bandar Kuantan, Kuala Terengganu dan Gua Musang tempat yang paling senang dia buat sale. Biasanya senang-senang dapat jual 100.
Dia tinggal di Muar, dia punya empat anak. Dia akan ke satu tempat seminggu atau dua minggu dan mula menjual.
Dia cakap dengan saya. Ramai orang suka makan gaji sebab hujung bulan dapat gaji. Tapi bila orang tahu rahsia buat sale. Mereka tak akan berpatah balik makan gaji.
Abang Aiman ni merendah diri. Saya bukan usahawan, saya hanya saleman. Kalau saya jurujual pun boleh kenapa usahawan tak boleh dapat 100 ribu sebulan.
Kata-kata Abang Aiman membuatkan saya celik dan otak saya segar dengan kata-kata motivasinya.
Tiap hari dia masukkan duit dalam bank. Bank beri pinjam kepada dua orang. Orang yang kaya dan orang nampak kaya. Itu hanya pilihan. Dengan menjaja saya mampu buat loan beli rumah, besarkan anak, sekolahkan anak, bolehlah berjalan sekali- sekala bawa keluarga katanya.
Itu cerita saya hari ni.
Semoga bermanfaat dan menjadi sumber inspirasi.
Apa pengajaran yang anda pelajari dari kisah ini? Share dan kongsikan pengajaran itu di post anda supaya sahabat anda juga dapat ilmu & terinspirasi.
Nota : Tugas saya menyampaikan pesanan dan nasihat telah selesai apabila saya kongsikan ilmu ini.
Hak ilmu ada dua: *Pertama beramal.* *Kedua menyampaikan pada orang lain.* Sekarang bergantung pada diri anda pembaca pula. Nak tunaikan dua hak ilmu ini atau tidak.
Silakan #SHARE dan tag orang yang anda sayang.
Jom kita belajar lagi tentang Magnet Rezeki Cara Allah dan berubah hidup dengan mengamalkan RMR. Jemput baca kisah mati saya disini :
http://bit.do/Rezeki-Berkah
Jom kita sama sama klik link ini
*KONGSI ARTIKEL INI DENGAN SEBARKAN MELALUI MEDIA SOSIAL ANDA.*
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Dan jangan lupa share link dibawah 👇👇
https://chat.whatsapp.com/K78SuIvL2EZK5ZMDtbw3Eu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment