Pengajaran yang terbaik
*لو تزوج الرجل كل نساء العالم إلا واحدة لاشتهى الواحدة*
Kalau seorang lelaki dah mengahwini seluruh perempuan di dunia ni kecuali seorang, nescaya yang seorang tu pun dia mahu juga
*"قال: حين أعجبت بزوجتي ..*
Berkata seorang lelaki : aku hairan dengan isteriku
*كانت في نظري كأن الله لم يخلق مثلها في العالم*
Dulu sebelum berkahwin, Ketika aku melihat dia, pada mataku seperti Allah tidak menciptakan sesiapa pun sepertinya
*ولما خطبتها .. رأيت الكثيرين مثلها*
Ketika aku bertunang dengannya, aku dapati ramai pula sepertinya
*ولما تزوجتها .. رأيت الكثيرين أجمل منها*
Ketika aku mengahwininya, aku dapati ramai pula lebih cantik daripadanya
*فلما مضت بضعة أعوام على زواجنا رأيت أن :*
Selepas beberapa tahun perkahwinan kami, aku dapati...
*كلُّ النَسَاءِ أحْلَى مِنْ زَوجَتِي !*
Semua perempuan lebih indah daripada isteriku
*فقال الشيخ : أفأخبرك بما هو أدهى من ذلك وأمرّ ؟!*
Maka berkata Syeikh : inginkah kau aku khabarkan apa yang lebih dahsyat daripada itu?
*قال الرجل : بلى*
Kata lelaki itu : ya, khabarkan!
*فقال الشيخ : ولو أنك تزوجت كل نساء العالمين ..*
Maka kata Syeikh : kalau engkau telah berkahwin dengan seluruh wanita yang ada di alam ini..
*لرأيت الكلاب الضالة في شوارع المناطق الشعبية أجمل من كلّ نساء العالمين !!*
Nescaya engkau lihat anjing yg sesat di jalanan itu lebih cantik daripada setiap wanita tersebut!!
*ابتسم الرجل ابتسامة خفيفة وقال : لماذا تقول ذلك ؟*
Tersenyum lelaki itu dengan senyuman kecil lalu bertanya : kenapa Syeikh kata begitu?
*فقال الشيخ :*
*لأن المشكلة ليست في زوجتك، المشكلة*
*أن الإنسان إذا أوتي قلباً طمّاعاً*
Kata Syeikh : kerana yang musykilah itu bukan pada isterimu. Tapi pada manusia yang kalau telah diberi hati yang tamak
*وبصراً زائغاً،*
Dan pandangan yang liar
*وخلا من الحياء من الله*
Dan tidak malu kepada Allah
*فإنه لا يمكن أن يملأ عينه إلا تراب مقبرته ..*
Maka tidak ada apa lagi yang mampu memuaskan pandangan matanya kecuali tanah perkuburan..
*يا رجل مشكلتك أنك لا تغضّ بصرك عما حرّم الله*
Wahai lelaki.. masalah kamu adalah engkau tidak menundukkan pandanganmu terhadap perkara yg telah Allah haramkan.
*أتريد شيئاً ترجع به امرأتك إلى سالف عهدها (أجمل نساء العالم) ؟*
Adakah engkah mahu isterimu kembali kepada zaman dahulu (iaitu yg tercantik di dunia)
*قال الرجل : نعم*
Kata lelaki itu : ya mahu
*فقال الشيخ : اغضض بصرك .... "*
Maka kata Syeikh :
"Tundukkan pandanganmu"
🍃
@SerbanOnHead
No comments:
Post a Comment