Hati kita bukan milik kita.
Hati kita selalu Allah yang punya.
Indah dan bahagianya dunia bukan mampu dimiliki selamanya.
Kerana dunia cuma medan ujian sementara untuk kembali semula ke sisi-Nya..
Tuhan.
Dekap daku dalam rahmatMu.
Penuhi jiwaku dengan sepenuh cinta padaMu.
Kerana Engkau Tuhanku.
Dan kerana Aku adalah hambaMu.
Maka ambillah dan tariklah semuanya dariku sehingga tiada satu pun lagi yang tersisa..
Namun ku pinta jangan tarik iman dan hidayah yang ada dalam hatiku..
Kerana ku hanya punyai ini satu-satunya.
Tuhan.
Apa jua ujian tiada yang buruk meski ia begitu buruk di mata manusia.
Tapi di sisiMu tetap punyai rahmat yang besar tidak mampu disingkap oleh sang mata..
Tuhan.
Jika hari ini aku rebah.
Bangunkan lagi aku bersamaMu..
Lagi dan lagi..
Jangan pernah tinggalkanku sendiri tanpaMu.
Sungguh ku lelah, perit dan pedih.
Ku mohon bawalah semua rasa ini dan ubatilah dengan usapan kasih sayangMu..
Allah ya allah...
Ku mohon dengan sangat...
Jangan dengan ujian ini buat iman ku jatuh..
Tapi biar dengan ujian ini Kau hapus semua dosaku tanpa tersisa sedikitpun..
Biar dengan ujian ini semakin buat ku dekat denganMu..
Biar dengan ujian ini buat Kau semakin cinta padaku...
Allah ya Allah...
Sungguh ku tidak kuat..
Nanar dan bingung..
Buntu dan keliru..
Terasa dunia ini gelap untukku...
Ya rabb...jangan tinggalkanku sendiri...kerana ku begitu takut akan kesepian..jangan tinggalkanku walau sesaat..
Kerana tak mampu ku lewati walau sedetik pun tanpaMu di sisi...
Kau ambil semua kecintaanku..
Kau ambil semua kesayanganku..
Pastinya bersebab...
Meski ku tak mampu fahami jawapannya ..
Tolong ya allah....
Ku rayu dan merintih padaMu...😢😢😢
Takkan kita fahami takdir susunan Allah itu apa sebenarnya?..
Kerana manusia itu hanya disuruh berusaha sehabis daya.
Dan pengakhirannya hanya Allah jua yang menentukan.
Permulaan yang baik, boleh jadi pertengahannya terjadi hal-hal yang buruk.
Lalu bagaimana pengakhiran tersebut?
Apakah akhir itu turut menjadi buruk?
Buruk atau tidak di akhir, di sinilah fungsi iman.
Jika iman mampu dibajai dengan rasa sabar, syukur, tawakal dan redha, maka pastinya pengakhiran yang baik akan Allah berikan meskipun terlihat musnah di mata manusia.
Iman itu hanya dapat dibuktikan apabila teruji dengan asakan kesakitan, kepayahan, kehilangan. Di situ Allah menilai yang manakah hamba-Ku yang benar-benar berserah diri kepada-Ku?
Allahurabbi...
Tuhanku.
Yakinkan daku rencanaMu jauh lebih baik dari yang ku usahakan.
Dan janganlah Kau sia-siakan daku wahai Tuhanku...
"Untuk awak, kecintaan hatiku selamanya dunia akhirat.
Sungguh,hanya Allah sahaja yang tahu betapa mendalamnya cinta ini.
Semakin dalam rasa cinta, semakin terasa sakitnya luka dalam jiwa.
Namun banyak mana cinta yang ada, tak mampu untuk dipertahankan tanpa Allah yang memeliharanya.
Semalam menangis lagi.
Entah kali ke-berapa air mata ini jatuh.
Lalu Allah hiburkan dengan sebuah kisah cinta antara Adam dan Hawa di syurga.
Di juzuk ke-8 itu daku belajar.
Dosa yang ternampak sedikit sahaja kesilapannya, tapi perlu menanggung perpisahan dalam tempoh yang lama di dunia sebelum disatukan semula.
Begitu juga Nabi Ibrahim a.s dan Siti Hajar.
Apakah kerana Allah zalim memisahkan mereka lalu ditinggalkan Siti Hajar sendirian di padang pasir yang tandus?
Apakah Allah tidak tahu betapa gusar dan sedihnya perasaan seorang suami?
Apakah Allah tidak tahu merananya perasaan seorang isteri?
Tidak!
Allah meneguhkan hati keduanya, kerana keyakinan dan keimanan mereka kepada Tuhan.
Jika bukan kerana kesabaran Siti Hajar, tiadalah jasa besar lelahnya berulang alik dari Safa dan Marwah hingga air zam-zam dapat dinikmati oleh ummah sedunia sehingga sekarang.
Betapa sakit, perit, pedih terpisah dua jiwa yang saling mencinta.
Tapi hanya Allah yang Maha Tahu, ujian itu perlu untuk mengangkat darjat keduanya.
Duhai kecintaanku.
Dunia akhiratku.
Meski sesak nafasku, namun ku lepaskan kamu semula kepada Dia selayaknya.
Diriku dan dirimu cuma pinjaman.
Dan kita cuma dipinjamkan sekejap sahaja.
Tapi ketahuilah suatu hal.
Takkan habis ku berdoa di setiap nafas yang terhembus untukmu.
Setiap hari yang masih tersisa ini moga dirimu sentiasa dalam petunjukNya.
Dan akan selalu ku pinta.
Temukan kita semula di syurgaNya.
Di sana tiada lagi tangis dan air mata.
Di sana tiada lagi hasad dan cemburu manusia.
Di syurga hanya ada cinta abadi selamanya..."
-dikutip dari monolog seorang hamba-
* Tetap teguhlah dalam ketaatan dan bersabarlah jiwa-jiwa yang diuji kerana Allah selalu ada bersama.
Akan Allah susun semua cerita takdir menjadi lebih baik dari yang kita pinta.
Amin ya Rabb.
Terima kasih ya Allah untuk semua petunjukMu hingga ke saat ini.
Yang tika saat daku jatuh,Kau tidak jemu menarik tanganku kembali.
Kau tidak jemu memujuk lembut pada setiap bait wahyu.
Kau tidak jemu mendengar rintihan hati, mengasihi dan mencintai serta melindungi.
Benarlah.
Hikmah ujian yang paling berharga saat diuji adalah semakin bertambah hidayah dan semakin jelas petunjuk Allah.
Hidayah dan petunjuk tidak semua mampu genggam saat hebat teruji.
Tiada musibah yang paling besar dialami di dunia ini kecuali musibah kehilangan hidayah-Nya.
Tidak mengapa seluruh dunia mengata dan membenci, namun Allah tetap tahu siapa yang benar dan salah, Allah jua maha adil dalam mengadili setiap amal sang hamba.
Terima kasih ya Allah kerana kasih sayang Mu melimpah ruah dalam ujian yang diberikan. Sungguh besarnya kasihMu melebihi apa yang ada di dunia tidak akan pernah terbanding.
Ya Allah, cukuplah Engkau untukku terus berjalan walau sendiri kerana Engkau sentiasa menemani langkah kaki.
Ya muqallibal qulub, thabit qulubi ala dinika wa'ala toatik.
No comments:
Post a Comment