06 March 2018

Kisah kewafatan Imam kita, Imam Syafie yang amat menyedihkan kita semua


Hari ini saya akan kongsikan kisah kematian Imam Syafie yang diceritakan oleh Dr Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
Imam Syafie meninggal pada usia muda ya, iaitu sekitar umur 54 tahun. Kalau nak ikutkan pada zaman sekarang belum pencen lagi, tetapi sumbangan beliau kepada umat islam tidak dapat disangkal lagi. Terlalu besar dan agung.
Beliau menghidap penyakit buasir, bukan biasa-biasa penyakit itu, tetapi agak kritikal sehingga dikatakan apabila dia bangun dari tempat duduk ceramahnya, maka kelihatan darah yang keluar seolah-olah seperti darah haid.
Semakin hari penyakit Al-Imam semakin parah, maka anak murid beliau datang melawat beliau. 
Anak muridnya bertanya khabar:

يا إمام، يا أبا عبد الله ، كيف أصبحت؟

Wahai Imam Aba Abdallah, bagaimana keadaaan Imam pagi ini?
Imam Syafie menjawab:

أصبحت من الدنيا راحلا

Aku pada pagi ini akan berkelana daripada dunia.

ومن الإخوان مفارقا

Akan berpisah daripada kawan-kawan.

وإلى كأس المنية شاربا

Kepada segelas kematian aku akan hirup.

ولا أدري أمصيري إلى الجنة أم إلى النار

Dan aku tidak tahu nasibku akan ke syurga atau ke neraka.
Begitu tawadu’nya Imam Syafie walaupun sumbangan beliau tidak terhingga kepada agama, tetapi masih merendah diri sehingga ke tahap itu. Kita boleh ka sampai ke tahap itu? Sama-sama kita fikirkan.
Setelah beliau di kafankan, beliau dibawa kekubur. Tiba-tiba, ketika dalam perjalanan kekubur, seorang perempuan telah menahan jenazah beliau, dan meminta supaya dimasukkan ke dalam rumahnya terlebih dahulu.
Maka dibawa masuk ke dalam rumahnya itu, setelah selesai perempuan itu solat ke atas jenazah Al-Imam, maka perjalanan diteruskan ke kubur.
Tahukah anda siapakah perempuan itu?
Perempuan itu adalah guru kepada Imam Asyafie, beliau adalah  Sayyidah Nafisah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
Bila ditanya kepada Sayyidah Nafisah bagaimanakah perwatakan Imam Syafie?
Maka Sayyidah Nafisah menjawab: “Beliau tidak akan batal wuduk melainkan beliau akan berwuduk”.
Maksudnya Imam syafie memang sentiasa dalam keadaan berwuduk, bukan macam kita ya, kita tak berwuduk sebab takut membazir air boleh jadi. huhu
Dua pengajaran daripada kisah ini yang kita patut ambil manfaat dan beramal:
  1. Sentiasa merendah diri walau sehebat mana pun kita, kita tak hebat pun nak dibandingkan dengan Imam Syafie, kita perasan sahaja hebat.
  2. Kita kena sentiasa berwuduk seperti amalan imam Syafie, barulah kita boleh menjadi hebat sepertinya. InsyaAllah.
Sumber gambar : موضوع

No comments: