01 April 2020

Tanda-tanda seseorang ketagihan seks



 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 

Tanda-tanda seseorang ketagihan seks


Tanda-tanda seseorang ketagihan seks

lalat mengawan , melakukan hubungan seks
Tanda-tanda seseorang ketagihan seks
lalat mengawan , melakukan hubungan seks
Sudah menjadi naluri manusia mempunyai nafsu seks, tetapi jika nafsu tersebut sudah masuk peringkat ketagih, terutamanya bagi yang belum berkahwin, ia boleh mengundang kepada bermacam masalah lain pula.

Ketagihan seks (sexual addiction @ hypersexuality) sering dianggap bukan merupakan masalah bagi ramai orang. Sedangkan bagi pesakit dan pasangan hidupnya, gangguan itu boleh memusnahkan sebuah rumahtangga. Dan bukan hanya merosakkan kehidupan peribadi pesakit, malah juga persekitaran sosial, keluarga, dan teman-temannya.

Menurut pakar-pakar dalam bidang ini, ketagihan seks ialah sebarang tingkah laku seksual yang berada di luar kawalan. Satu lagi ciri penting ialah, seperti penagihan lain, mereka yang terlibat mendapati emosi mereka bertukar-tukar antara terlalu tinggi dan terlalu rendah.

Apabila anda berada dalam tahap ketagihan seks, biasanya anda akan merasai

- Malu.
- Menyesal.
- Kebimbangan dan gelisah tentang tingkah laku anda.
- Terperangkap oleh keperluan yang tidak berdaya dilawan.
- Merasa terasing.
- Satu-satunya cara untuk melepaskan perasaan ini boleh menjadi satu lagi pertemuan seksual, maka anda pergi untuk mencari seks lebih lagi.

Tubuh yang ketagihan seks memerlukan jumlah yang semakin banyak, yang ertinya merasa mahu melakukan seks terus, sehinggakan tidak pernah betul-betul puas.


Amaran gejala ketagihan seks mungkin termasuk

- Sesetengah jenis tingkah laku seperti seks biasa yang kerap, membuat banyak hubungan luar apabila anda berada dalam satu hubungan atau seks yang berisiko tinggi.
- Penggunaan yang berlebihan pornografi.
- Masturbasi (melancap) yang tidak terkawal.
- Perasaan bimbang mengenai kelakuan anda.
- Mahu berhenti atau mengubah tingkah laku seksual anda.
- Perasaan tidak dapat berhenti, walaupun mahu.
- Menggunakan seks sebagai cara untuk menangani masalah-masalah lain.
- Memerlukan lebih banyak seks untuk mendapatkan kepuasan yang sama.
- Perasaan yang sangat rendah / 'low' atau rasa bersalah selepas itu.
- Penggunaan banyak masa merancang atau terlibat dalam seks.
- Hilang acara sosial yang penting atau bahkan bekerja semata-mata untuk mengejar seks.


Kesan buruk dari ketagihan seks termasuklah

- Putus satu hubungan cinta yang bermakna.
- Kehilangan peluang pekerjaan.
- Jangkitan kelamin. Bermacam-macam penyakit seperti Siflis, AIDS, Chancroid, Gonorea, Hepatitis A, Herpes dan sebagainya.
- Kehamilan yang tidak diingini.
- Kemurungan adalah perkara biasa di kalangan penagih seks (ia mungkin menjadi faktor yang membawa kepada ketagihan atau memburukkan masalah) dan peratusan seorang dari lima orang mungkin telah membunuh diri.

Perilaku-perilaku buruk lain yang akan berlaku


- Munculnya golongan-golongan 'Flasher' (orang-orang yang membuka pakaiannya untuk menunjukkan kemaluannya di khalayak ramai dengan sekali imbas atau beberapa kali).
- Voyeurisme (golongan pengendap atau 'skodeng' kata orang Terengganu).
- Sexual fetishism (keinginan seks untuk barang-barang contohnya pakaian dan juga anggota-anggota tubuh badan seperti kaki, tangan dan sebagainya.
- Pelacuran.
- Suka tayang tubuh seksi di sana sini , tidak kira dalam majalah, laman web dan sebagainya.
- Main kayu tiga. Suami atau isteri makan luar.
- Berhubungan seks dengan pasangan yang baru dikenali atau sesiapa saja.
- Telefon seks dan akses melalui internet pada laman-laman web porno.


[BBC , Dr Patrick Carnes , Wikipedia]


Dengan semakin banyak dan menularnya laman-laman web porno dan mengghairahkan di internet , maka tidak mustahil penyakit Ketagihan Seks ini juga akan menjadi semakin kronik, terutamanya bagi generasi seterusnya nanti. Oleh itu pencegahan-pencegahan awal MESTI DIBUAT!

Wahai kerajaan, tolong sekat laman-laman web porno dari memasuki Malaysia!


Didikan agama sangat penting untuk mengatasi masalah ketagihan seks

Maka kerana itulah iman seseorang itu penting dalam melawan gejala ketagihan seks ini. Jika seseorang itu penuh ilmu agama di dada, ketahui dosa dan pahala, dan menghayati semua apa yang dipelajarinya dalam bab Aqidah, Feqah dan Ihsan dengan sebaik mungkin, insyaAllah dalamannya akan kuat untuk melawan desakan seks.

Jangan terlalu turutkan nafsu seks, kerana jika selalu diturutkan itulah sebabnya kekalahan kita dengan nafsu itu menjadikan kita ketagihan kerana sudah terbiasa dan diajar begitu. Apalagi pemenuhan nafsu seks itu adalah satu perkara yang nikmat.

Moga Bermanfaat





No comments: