30 April 2020

Kalimah / Doa Taubat

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...            اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ




                                                                                                                                                                                                                                               
 ALLAH  اللهَ


Kalimah / Doa Taubat

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Sebagai manusia yang serba lemah, kita memang pernah melakukan dosa dan amat berharap Allah سبحانه وتعالى mengampunkan segala dosa kita. Maka dengan melalui Solat Taubat dan doa ini, kita terus berharap pada rahmat Allah agar dosa tersebut diampunkan.
Khalimah Doa Taubat ini sangat baik dihafal dan dibaca pada bila-bila masa sahaja terutama pada setiap kali lepas solat. Mari kita sama-sama amalkan doa taubat ini.
.
Doa Taubat SQ
.
“Daku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Agung, daku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Agung, daku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Agung. Tidak disembah yang lain, hanya Tuhan Yang Maha Hidup dan berdiri sendiri.

Daku bertaubat dari segala dosa yang daku lakukan; sengaja atau tidak sengaja, dengan sembunyi atau secara terang-terangan; baik dosa kecil atau dosa besar kerana Dikau ya Allah Maha Pengampun akan dosa.

Dikaulah yang membuka hati untuk bertaubat, Dikau penutup yang aib, Dikau melenyapkan segala kedukaan. Dan daku bertaubat dari segala dosa yang daku ketahui atau yang tidak daku ketahui; Hanya Dikaulah ya Allah yang mengetahui segala yang tersembunyi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Ya Allah! Sesungguhnya daku menyesali atas semua perbuatan maksiat yang daku lakukan dan berilah daku petunjuk agar daku dapat benar-benar dalam hal ini. Daku membebaskan diri dari semua agama selain dari Agama Islam.

Ya Allah! Jika sekiranya daku pernah syirik dan syak dalam keimananku dan pengesaanku terhadapMu, daku bertaubat dan ampunilah kesalahanku akhirnya daku mengucapkan dan mentasdidkan bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH.”
 .
.

Keterangan:

.
Maksud dan tujuan kalimat di atas dapat difahami bahawa seorang yang merasa berdosa telah menyesali atas segala perbuatan dosanya, kemudian mohon ampun sepenuh hati dengan tidak lagi berniat mengulanginya. Meratapi dirinya yang terbit dari bisikan dan suara jiwanya.
Ulama berkata, taubat (nasuha) itu wajib dilakukan oleh setiap muslim atas dosa yang dilakukan. Bagi kita orang Islam dan umat Rasulullah ﷺ, syarat untuk bertaubat sangat ringan dan mudah. Inilah sebahagian dari rahmat dan berkat yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad ﷺ.
Jika 3 syarat berikut dapat dipenuhi itulah yang dinamakan Taubat Nasuha iaitu semurni-murni taubat.
  1. Meninggalkan perilaku dosa itu sendiri
  2. Menyesali perbuatan maksiat yang telah dilakukan.
  3. Tidak berhasrat untuk mengulangi lagi dosa itu selamanya.
.
Doa seorang hamba terhadap Tuhannya walau betapa besar dosanya, nescaya akan diampuni Allah سبحانه وتعالى juga. Kalimat doa Taubat di atas mengandungi pengertiaan Taubat Nasuha, maka baik sekali jika diucapkan setiap kali selesai solat fardhu.
Dan Allah سبحانه وتعالى  menjanjikan menerima taubat serta membuka pintu pengharapan seluas-luasnya.
Firman Allah سبحانه وتعالى  :

قُلْ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُوا۟ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا۟ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّـهِۚ إِنَّ ٱللَّـهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ ﴿٥٣

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani!” (Surah Az-Zumar, Ayat 53)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
  1. Rasulullah SAW Bertaubat 100 Kali Sehari  (Klik Di Sini)
  2. Doa Taubat Nabi Adam Setelah Diturunkan Dari Syurga  (Klik Di Sini)
  3. Kisah Taubat Lelaki Yang Telah Membunuh 99 Orang (Klik Di Sini)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



75 Taubat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Maafkan Kami Dr.M !.
Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara Syarat-Syarat Taubat Yang Murni (Taubat Nasuha) dan wajib dipenuhi agar taubat diterima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:

  1. Bertaubat dan menyesali dosa yang dilakukan dan hentikan serta-merta.
  2. Menginsafi dan benci atas dosa yang dilakukan pada masa lalu dan berjanji tidak akan mengulanginya pada masa depan.
  3. Apabila dosa atau kesalahan itu terhadap sesama manusia, maka caranya adalah dengan meminta maaf kepada orang tersebut.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222).
.

وَالسَّلاَمْ


Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini: “Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.


Fadilat Taubat:
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.


CARA SOLAT TAUBAT
1.  Niat Solat Taubat:
Daku mengerjakan solat Sunat Taubat dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
b.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
c.  Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
5.  Baca Doa Taubat







                                                     ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
                                  ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH  اللهَ                                               




















Kalimah / Doa Taubat



                                   اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ

  والله أعلم بالـصـواب 
                           Moga Bermanfaat.
                       
...........................................................................




No comments: