أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Pengalaman Lawat Rumah Anak Yatim
Pengalaman Lawat Rumah Anak Yatim
Assalamualaikum
Pada hari ini, aku nak berkongsi sedikit pengalaman melawat ke rumah anak yatim. Actually kami lakukan pada tahun lepas untuk carrymark pada subjek MGT. Kami telah pergi ke Pusat Jagaan Amal Asyura yang terletak di Sungai Buloh,Selangor Darul Ehsan. Kami dari Uitm Puncak hendak ke kawasan tempat tidaklah jauh. Tengah berborak-borak dalam bas , dalam 20 minit lebih kurang sampai ke lokasi yang dituju.
Setelah sampai, kami membawa keluar semua barang yang diberikan untuk keperluan aktiviti sepanjang program ini. Peserta yang terlibat semuanya daripada kalangan classmate aku. 26 orang kesemuanya. Apa yang membuatkan aktiviti ke rumah ini lain kerana 3 orang classmate aku ini dorang dalam pelajar exchange dari Germany. Jangan ingat Uitm semuanya Bumiputera sahaja, ada juga pelajar international yang lain. Takdelah orang nak kata pelajar Uitm ini tak bergaul & fikiran tak berkembang hahaha.
Tulah kawan-kawan aku (Ifwat, Navroop, Philipp Lond dan Usama). Tiga orang dari kiri tu dorang dari Germany. Tetapi tak nampak sangat macam matsaleh sebab dorang ni ada yang mix Pakistan dan Turkey. Dorang pun sporting dan memberi kerjasama yang baik ketika aktiviti disana tempoh hari. Kitorang jadi translator untuk dorang bila nak bercakap dengan adik-adik disini. Di pusat amal menetapkan kanak yang berumur 3 tahun hingga 11 tahun. Korang boleh tengok gambar semasa aktiviti yang telah dijalankan.
Adik-adik di Pusal Amal Asyura sangatlah comel dan bijak-bijak semua. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Melalui lawatan ini belajar banyak benda baru yang mana kemahiran untuk berinteraksi dengan anak-anak kecil dan berkongsi sedikit kasih sayang.
Sebelum pulang, kami menangkap gambar sebagai kenang-kenangan.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
Pengalaman Lawat Rumah Anak Yatim
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................
No comments:
Post a Comment