أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Jerebu
Jerebu?
Assalamualaikum
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.
Indeks Pencemaran Udara.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat
MASALAH KESIHATAN
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
*Kanak-kanak
*Orang tua
*Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
*Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
*Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
*Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
*Iritasi di mata serta mata yang merah
*Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
*Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
*Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
*Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
*Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
*Selalu minum air
*Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
Pakailah Topeng Muka Untuk Menjaga Kesihatan
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
Jerebu
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
.........................................................
No comments:
Post a Comment