أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Nazam Akidah Awam بسم الله الرحمن الرحيم Aku mula dengan nama Allah Rahman Dengan Rahim berkekalan dalam Ihsan Segala puji awal akhir Milik Allah Berkekalan selama-lamanya tiada ubah Kemudian salawat serta salam berkekalan Atas Nabi sebaik orang mentauhidkan Atas waris serta sahabat dan yang ikut Jalan agama yang sebenar tiada karut Kemudian itu engkau ketahui wajib makrifat Pada yang wajib bagi Allah dua puluh sifat (Sifat 20) Allah Maujud lagi Qadim lagi Baqa Bersalahan bagi makhluk tiada serupa Yang berdiri, yang terkaya, Esa, Hidup Yang berkuasa, yang berkehendak, mengetahui mati hidup Yang mendengar, yang melihat, yang berkata Bagi Allah tujuh sifat Nazam kata Kuasa, berkehendak dan mendengar dan melihat Lagi hidup, mengetahui, berkata sangat Harus bagi Allah dengan kurnia lagi adil Mati bagi tiap-tiap mumkin seperti fi'il Allah menyuruh segala nabi yang cerdik Benar menyampai kepercayaan tiada balik Harus bagi nabi apa yang datang bagi manusia Yang tidak kurang mertabat nabi yang mulia Isma' nabi wajib seperti malaikat Lagi lebih nabi daripada malaikat Yang mustahil lawan tiap-tiap sifat wajib Hafaz olehmu lima puluh iqtikat wajib (Rasul 25) Dua puluh lima nabi jadi akan rasul Wajib kenal tiap-tiap nama rasul "Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh" "Ibrahim, Lut, Ismail" "Ishak, Ya’kub, Yusuf, Ayyub" "Syu’aib, Musa, Harun, Zulkifli" "Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’" "Yunus, Zakaria, Yahya, Nabi Isa," Nabi Muhammad akhir anbiya Atas anbiya serta waris rahmat salam Selama-lama berkekalan siang malam (Malaikat) Malaikat tiada emak, bapa dan datuk Tiada makan, tiada minum, tiada mengantuk Wajib kenal sepuluh malaikat mula Jibrail, Mikail, Israfil dengan Izrail Munkar, Nakir, Raqib, Atid menyurat amal Malik, Ridwan neraka syurga dia mengawal (Kitab) Wajib kenal empat kitab yang mulia Akan Musa kitab Taurat yang bercahaya Kitab Zabur akan Daud, Injil Isa Nama Furqan atas Muhammad sebaik anbiya Nama Suhuf akan Ibrahim dengan Musa Nyata dalamnya segala hukum Tuhan Esa Tiap-tiap hukum yang datang oleh Rasul Sebenarnya kita junjung serta qabul Iman kita akan kiamat itu wajib Tiap-tiap bahaya didalamnya ajaib-ajaib "Suul khotimah" ketinggalan iktikad wajib Daripada barang atas mukallaf kenal wajib Nabi kita nama Muhammad Allah bangkit Bagi ilmu kelebihan rahmat sabit (Nabi Muhammad) Tuan Abdullah anak Mutallib bapa nabi Anak Hasyim Abdul Manap nenek nabi Ibu nabi Siti Aminah bangsa Zuhri Menyusui nabi Halimah bangsa Saadi Peranak nabi negeri Mekah yang lebih aman Wafat nabi negeri Madinah bercahayakan Turun wahyu umur nabi empat puluh tahun Umur nabi diketahui lebih enam puluh tahun (Anak-anak Nabi) Anak nabi semuanya tujuh orang Anak nabi yang lelaki tiga orang Pertama Kassim, kedua Abdullah Ketiga Ibrahim anak nabi yang pada jariah Nama ibunya orang panggil Siti Mariah ketiganya-tiganya anak jantan itu diwafatkan Anak yang lain semuanya pada Khodijah Enam orang sangat mulia sangat indah Anak nabi yang perempuan empat orang Semuanya redha Tuhan pagi petang Siti Fatimah yang zuhri lakinya Ali Anak keduanya Hasan, Husin cucu nabi Siti Zainab, Siti Rokiah anak nabi Ummi Kalsum yang amat suci redhai (Isteri- isteri Nabi) Tinggal sembilan isteri nabi masa wafatnya Semuanya pilih nabi kehendak ikutnya Siti Aishah, Siti Hafsah, Siti Saudah Siti Sofiah, Siti Maimunah, Siti Ramlah Siti Hindun, Siti Zainab juwairiyah Ibu Mukminin semuanya redha Allah Bapa Saudara nabi Sayyidina Abbas, Saiyyidina Hamzah Mak peranakan Siti Sofiah amat indah (Israk Mikraj) Dahulu daripada berpindah nabi berjalan Ke masjid Baitul Muqaddis suruh Tuhan Setelah berjalan Nabi mikraj ke langit tujuh Melihat Nabi akan Tuhan tidak jauh Tidak bertapa tidak berhingga telah difardhu Atas Nabi sehari semalam lima waktu Disuruh persampaikan ummat khabar mikraj Difardhukan lima waktu suruh perbuat Abu Bakar boleh habuan kemenangan Sebab mikraj Nabi ke langit membenarkan Iktiqad ini sangat pendek lagi sempurna Bagi awam sangat mudah dihafazkan Syeikh Marzukhi yang mengarang Nazam ini Yang berbangsa bagi anak cucu Nabi Segala puji bagi Allah, Selawat kemudian Salam atas Nabi yang sebaik mengajarkan Atas waris serta sahabat tiap-tiap guru Tiap-tiap orang yang mengikut jalan guru Aku pohon akan Tuhan ikhlas amal Lagi menafaat tiap-tiap orang yang beramal Lima puluh tujuh satar Nazam diketahui Seribu dua ratus lima puluh lapan hijrah Nabi Aku nama Nazam ini Akidah awam Bagi yang wajib bagi agama sudah temam
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
Nazam Akidah Awam
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment