أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
ALLAH اللهَ
Penemuan oleh Sheryl Barringer dan Aeerat Hansanugaran dari Universiti Ohio itu di muatkan dalam Journal of Food Science. Jelas mereka, meminum susu bersama bawang putih akan memberi kesan yang optimum. Campuran kedua-dua bahan tersebut di dalam mulut sebelum ditelan mampu meneutralkan bau busuk nafas berbanding minum susu selepas memakan bawang putih.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
ALLAH اللهَ
Bersugi (Bersiwak)
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Bersugi, bersiwak, miswaak atau siwak (Bahasa Arab: سواك) adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.
.
Dari Syaidatina Aisyah r.ha.: “Sesungguhnya Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :
السِّوَاكَ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِّ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
“Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya.” ( Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi )
.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :
لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلىَ أُمَّتِي َلأَمَرْتُهُمْ باِلسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوْءٍ
“Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk.” ( Riwayat Ahmad )
.
Adalah sunat bersugi pada bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran, selepas makan dan ketika berubah bau mulut.
Bagi orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadhan) atau puasa sunat adalah makruh selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu Zuhur.
Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi SAW; “Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah SWT itu lebih harum daripada kasturi.” ( Riwayat Muslim )
Manakala pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.
Daripada ‘Amir bin Rabi’ah, beliau berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).
.
.
Alat Untuk Bersugi
.
Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti :-
- berus gigi
- kayu arak (siwak)
- rotan
- manggar kelapa
- dan lain-lain.
.
.
Cara Bersugi
Bersugi termasuk dari bersuci.Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan menggosok bahagian kanan gigi, setelah itu bahagian yang kiri. Seterusnya dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.
.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa yang lebih afdal adalah dengan tangan kanan. Kerana bersiwak adalah sunnah Nabi SAW, dan sunnah adalah ketaatan kepada Allah SWT, dan ketaatan kepada Allah U tidak layak dilaksanakan dengan yang kiri.
Hal ini sesuai dengan hadis ‘Aisyah:
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِيْ تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُوْرِهِ وَفِيْ شَاْنِهِ كُلِّهِ
“Adalah menyenangkan Rasulullah untuk memulakan dengan yang kanan ketika memakai sendal, menyikat rambut, ketika bersuci, dan dalam semua keadaan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
.
.
Fadhilat Bersugi
.
Di antara sebab-sebab solat orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk solatnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa solat dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar.
Para ulama menegaskan bahawa bersugi itu mempunyai tujuh puluh faedah. Antara faedah dan kelebihannya ialah:
.
- Mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
- Membersihkan dan mengharumkan bau mulut.
- Menggandakan pahala amal ibadat.
- Menggembirakan malaikat.
- Mensucikan hati.
- Menguatkan hafalan.
- Meningkatkan kecerdikan.
- Dapat mencerahkan mata.
- Melambatkan tumbuh uban.
- Mencegah gigi berlubang
- Menolong menguatkan gusi.
- Memutihkan dan menguatkan gigi.
- Memperlancarkan saluran pernafasan.
- Membantu melancarkan sistem pencernaan.
- Membetulkan atau meluruskan tulang belakang.
- Melancarkan kefasihan atau kepetahan pertuturan.
- Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.
.
Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntut, hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلىَ أُمَّتِي َلأَمَرْتُهُمْ باِلسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَّلاَةٍ
“Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak solat.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.
Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:: “Dua rakaat solat dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat solat dengan tidak bersugi.” (Riwayat Muslim)
.
.
Penutup
Bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Adapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam amalan muslim.
.
Nabi ShallAllahu ‘alaihi wasallam dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut: “Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha.” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).
.
Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
7 Alasan Mengapa Perlu Memilih Siwak Bagi Membersihkan Gigi
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Memgapa perlu memilih siwak sebagai pembersih gigi? Sebenarnya, banyak manfaat yang didapati dari pemakaian siwak berbanding ubat gigi konvensional.
.
1. Diredhai Allah SWT dengan bersiwak, seperti diungkapkan dalam hadis. Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siwak itu pembersih mulut dan diredhai Allah.” (HR. Ahmad)
2. Bersiwak menggandakan pahala solat; Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Keutamaan solat dengan memakai siwak itu, setanding dengan 70 kali solat dengan tidak memakai siwak.” (HR. Ahmad)
3. Salah satu manfaat yang utama, seperti yang pernah diterbitkan penelitian di Sweden dalam ‘Journal of Periodontology’ yang mendapati bahawa siwak mampu membunuh bakteria yang boleh menyebabkan penyakit ‘periodontal’ (penyakit gusi).
4. Siwak boleh mengeluarkan ‘fluorin’ yang sama ditemui dalam ludah. Fluor sendiri adalah bahan yang biasa digunakan dalam perubatan gigi kerana mempunyai fungsi yang baik untuk rangkaian gigi dan mulut.
5. Penggunaan siwak dapat mengurangkan bau mulut dalam jangka waktu yang lebih lama berbanding penggunaan ubat gigi konvensional. Haruman yang dihasilkan lebih lama bertahan di rongga mulut.
6. Siwak membersihkan kawasan ‘interdental’ (celah-celah gigi) dengan lebih berkesan, kerana bentuknya yang seperti serabut yang ‘multi-function’, sehingga lebih mudah menjangkau daerah tersebut, berbanding bulu berus gigi yang “tegak” dan “keras”.
7. Siwak dapat merangsang ‘sekresi’ (pengeluaran liur). Air liur atau ‘saliva’, mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan gigi dan rongga mulut, antaranya boleh mengurangkan keadaan “mulut kering”, penyebab bau mulut.
.
Begitulah betapa besarnya hikmah dalam penggunaan siwak ini, namun kerana kurangnya kesedaran dan pengamalan umat Islam mengenai hal tersebut, maka tidak ramai yang beristiqomah menghidupkan sunnah ini. Walaupun berus dan ubat gigi sekarang ini telah mempunyai bahan tambahan seperti meggunakan siwak, tetapi masih belum ada ubat gigi dan berus gigi yang dapat menyaingi fadhilat dan hikmah bersiwak.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
Bersugi (Bersiwak) (Klik Di Sini)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Cara Menghilangkan Nafas Dan Mulut Berbau
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dalam artikel sebelum ini telah diterangkan secara panjang lebar mengenai Punca Masalah Mulut Atau Nafas Berbau (Klik Di Sini), maka kali ini seperti mana yang telah dijanjikan, ana bentangkan pula solusi atau cara mengatasi masalah mulut dan nafas berbau yang membebankan diri antum itu:
.
Apa patut antum lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?
Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tambahan pula, bimbang sekiranya ramai orang mula menjauhkan diri daripada kita. Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan pelbagai tips di bawah ini:
.
1. Membersih Dan Memberus Gigi
Menjaga kebersihan mulut. Hal ini boleh antum lakukan dengan cara rajin memberus gigi secara teratur, baik dan menyeluruh serta menggunakan benang flos atau flos pakai-buang dengan betul.
Menjaga dan memberus gigi atau bersiwak harus sentiasa diamalkan sebaik habis makan, sebelum tidur dan bangun tidur atau sekurang-kurangnya 2 kali sehari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan gigi berlubang dan mulut antum berbau.
Pastikan juga antum tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk bersiwak atau memberus gigi. Jangan lupa untuk menggunakan flos kerana jika antum memberus gigi tanpa menggunakan flos seolah-olah hanya membersihkan 70% gigi sahaja.
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahwasanya Rasulullah ﷺbersabda: “Siwak itu adalah menyebabkan sucinya mulut dan menyebabkan adanya keredhaan Tuhan.” (Diriwayatkan oleh Imam Nasa’i dan Ibnu Khuzaimah)
.
.
2. Membersihkan Lidah
Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah ketika menggosok gigi atau bersiwak. Antum bukan sahaja perlu menggosok gigi, tetapi perlu juga untuk menggosok bahagian lidah paling tidak 2 kali setiap hari untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Hal ini dapat membantu mengurangkan bakteria biofilm.
Ingatlah bahawa bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Banyak bakteria bersembunyi pada rekahan lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Lidah antum mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.
Antum boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, antum juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga lidah antum bersih.
.
.
3. Meminum Banyak Air
Minum lebih banyak air dapat membantu antum menghilangkan ‘bakteria jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan meminum teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi ‘poleypehnols’, iaitu sejenis bahan kimia tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.
Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk didiami oleh bakteria ‘anaerob’. Jika antum mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau yang selalu bercakap, cara ini paling baik untuk memastikan mulut antum sentiasa berair.
Antum juga memang disarankan untuk meminum air masak paling kurang 2 liter (16 gelas) sehari. Ini tidak mustahil kerana antum hanya perlu minum segelas air setiap jam. Adalah lebih baik jika antum mengisi air di dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut antum akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari.
.
.
4. Susu Dapat Mengatasi Nafas Berbau
Jika antum meminum segelas susu, ianya dipercayai mampu mengatasi masalah nafas berbau busuk. Dalam satu ujian menggunakan bawang putih yang dimasak dengan susu, didapati tahap sulfur dalam bawang putih tersebut menurun sekaligus mengurangkan bau busuk.
Penemuan oleh Sheryl Barringer dan Aeerat Hansanugaran dari Universiti Ohio itu di muatkan dalam Journal of Food Science. Jelas mereka, meminum susu bersama bawang putih akan memberi kesan yang optimum. Campuran kedua-dua bahan tersebut di dalam mulut sebelum ditelan mampu meneutralkan bau busuk nafas berbanding minum susu selepas memakan bawang putih.
.
.
5. Pemakanan
Masalah nafas berbau adalah kesan sampingan jika antum mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan. Selain daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.
Hidup yang sihat juga adalah dengan mengambil makanan yang banyak mengandung vitamin E dan C, misalnya buah-buahan, sayur-sayuran. Misalnya: mangga, bayam, aprikot, bijirin gandum, susu soya dan oren.
Makanlah makanan yang sihat dan sedikit keras ketika sarapan kerana makanan yang agak keras seperti cornflakes, kekacang dan buah epal dapat membantu membersihkan bahagian lidah paling belakang.
.
.
6. Elak Menggunakan Pencuci Mulut Beralkohol
Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara. Dan jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut.
Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Antum dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur yang tidak mengandungi alkohol ini sekurang-kurangnya sekali sehari.
.
.
7. Mengunyah Gula-Gula Getah
Jika antum tidak dapat memberus gigi selepas makan (terutamanya makan tengah hari ataupun snek), antum boleh mengunyah gula getah tanpa gula yang halal. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang.
Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang berbaring/ tidur.
.
.
8. Perihatin Pada Gigi Sendiri
Memeriksa gigi antum jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang (gingivitis, periodontal problem)
Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah
Ø Gusi bengkak dan merah
Ø Gusi mudah berdarah apabila disentuh
Ø Radang gusi (gingivitis)
Ø Nanah keluar dari gusi yang bengkak
Ø Gigi berlubang dan bergoyang
Ø Gigi sensitif
Ø Sakit pada gigi ketika mengunyah
Ø Terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kekuningan atau kehitaman di pangkal/leher leher gigi)
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi antum dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut antum.
.
.
9. Berjumpa Doktor Gigi
Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali. Selalunya antum tidak menyedari yang antum mempunyai masalah mulut, gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika antum telah berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius.
Doktor gigi boleh mengesan awal sekiranya antum mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk. Jika bau mulut antum disebabkan oleh penyakit misalnya jangkitan paru-paru, maka doktor akan memberikan ubat bau mulut yang lebih tepat.
Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Antum dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.
Cara menghasilkan bau mulut yang segar dan sihat memang mudah dan tidak menggunakan bahan-bahan yang sukar yang boleh memudaratkan gigi. Antum harus perihatin kerana bau mulut juga sangat berkait dengan masalah gigi yang memberi pengaruh besar dalam kehidupan antum.Dengan adanya tips-tips di atas, mudah-mudahan masalah bau mulut antum boleh berkurang. InsyaAllah…
Selamat mencuba…
.
.
Bersambung….
Artikel seterusnya ~ “Cara Tradisional Menghilangkan Nafas Berbau”
.
.
Artikel Berkaitan:
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمْ
9 Petua Tradisional Hilangkan Bau Nafas Dan Mulut
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Dalam menghilangkan bau mulut dan nafas, antum boleh amalkan cara biasa sebagaimana yang telah diterangkan dalam tajuk ‘Cara Menghilangkan Nafas Berbau’ sebelum ini dengan mudah. Walau bagaimanapun terdapat beberapa cara tradisional bagi menghilangkan bau mulut dan nafas yang amat berkesan jika dapat dilakukan secara istiqamah. Antum harus rajin dan yakin mengamalkan cara tradisional ini bagi mengatasi bau mulut demi kesihatan dan menjaga maruah serta meningkatkan harga diri. Hasilnya antum akan lebih bersemangat dan berkeyakinan ketika berkomunikasi dengan orang lain.
Banyak cara atau tips yang boleh antum lakukan untuk mengatasi bau nafas yang kurang enak dan memalukan itu, antaranya:
.
1. Sirih
Sirih adalah antiseptic yang baik bagi mengatasi bau mulut, maka antum gunakanlahnya untuk atasi bau yang tidak enak di mulut. Caranya :~
a) Cuci bersih daunnya kemudian di rebus menggunakan air anggaran 1.5 gelas. Setelah itu dibiarkan hingga air rebusan sirih menjadi sejuk, dan gunakan untuk berkumur selepas antum menggosok gigi.
b) Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit. Minum air tersebut. Antum amalkan setiap hari.
.
.
2. Serai Wangi Dan Kulit Limau Kasturi
Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Antum tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga ¾ tinggi periuk kemudian antum jerangkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
.
.
3. Daun Jambu Batu
Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Antum tumbuk daun tersebut hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
.
.
.
4. Cengkih
Ambil anggaran 3 atau 5 kuntum bunga cengkih kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga sejuk dan air rebusannya antum gunakan untuk berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
.
.
5. Menghisap Kulit Kayu Manis
Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau.
Kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam. Jika antum menghisap kulit kayu manis setiap hari, ia dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.
.
.
6. Bunga Lawang
Bunga lawang (star anise) bersifat sebagai antibakteria dan antikulat, serta kandungan ‘linalool’ dalam bunga lawang bersifat sebagai antioksidan sehingga sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Ambil sekuntum atau 3 kuntum bunga lawang kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga suam dan airnya boleh antum gunakan untuk minum atau berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Secara tak langsung, ia juga dapat merawat penyakit asma, bronchitis dan batuk kering, antara penyebab nafas berbau.
.
.
7. Asam Jawa Dan Gula Merah
Satu cara lagi bagi menghilangkan nafas dan mulut berbau. Antum bancuh sedikit asam jawa, gula merah dengan air panas. Minumlah setiap malam sebelum tidur. Amalkan sekerap mungkin, InsyaAllah tiada lagi nafas berbau yang memalukan antum.
.
.
8. Gorengan Hampas Kelapa
Ambil anggaran segenggam hampas kelapa dan gorengkan di dalam kuali tanpa minyak. Gorengkannya hingga kekuningan. Angkat dan dibiarkan sejuk. Kemudian antum ambil dan kunyah-kunyahkannya hingga hancur. Ia boleh dimakan atau diluahkan.
Di samping itu, antum amalkan meminum air suam dengan kerap. InsyaAllah kesannya akan dapat dilihat beberapa hari selepas itu.
.
.
9. Meminum Teh Hijau Dan Daun Pudina
Cara lain yang mungkin boleh antum lakukan secara amalan tradisi, misalnya dengan minum air teh hijau atau dengan meminum air rendaman daun pudina sekurang-kurngnya 2 kali sehari.
.
.
Penutup
Menghadapi masalah mulut atau nafas berbau memang membuatkan antum berasa malu untuk bercakap dengan orang lain. Cubalah antum amalkan mana-mana petua tradisional mudah di atas, InsyaAllah dapat mengatasi masalah bau mulut dan nafas antum dengan berkesan.
Apa yang penting antum mesti yakin bahawa yang menyembuhkan antum daripada sesuatu penyakit bukan benda lain, melainkan Allah SWT sahaja. Segala sesuatu dalam dunia ini tak akan beri manfaat atau mudharat, hanya melainkan dengan izin Allah SWT sahaja. Manusia hanya mampu berihktiar, hanya Allah yang menyembuhkan segala penyakit. Mudah-mudahan usaha ini diberkati dan dirahmati Allah. Amin Ya Allah.
.
.
Artikel Berkaitan:
1. Punca Masalah Mulut Atau Nafas Berbau (Klik Di Sini)
2. Bersugi (Bersiwak) (Klik Di Sini)
3. 7 Alasan Mengapa Perlukan Siwak Bersih Gigi (Klik Di Sini)
4. Cara Menghilangkan Nafas Dan Mulut Berbau (Klik Di Sini)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمْ
Punca Masalah Mulut Atau Nafas Berbau
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Masalah mulut atau nafas berbau busuk walaupun telah diberus dan dicuci di awal pagi adalah masalah yang sangat berat kerana teman atau rakan-rakan kerap mengelak untuk berada berdekatan ketika sedang menjalani aktiviti mahupun ketika berbual. Tambah tidak menyenangkan jika profession pekerjaan antum banyak bercakap dan berurusan dengan orang ramai. Antum dan orang sekeliling pasti mengelak dan menjarakkan diri bagi menghindarkan perasaan tidak selesa kerana bau mulut yang memalukan itu.
Bau mulut dalam istilah perubatan disebut ‘halitosis’ atau dalam bahasa Inggeris dinamakan ‘Bad Breath’. Halitosis boleh berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ini merupakan suatu masalah yang kerap mengganggu apatah lagi ketika sedang berkomunikasi dengan orang lain.
Hasil kajian yang dilakukan Persatuan Doktor Gigi Inggeris, mengatakan bahawa 20 peratus daripada pasangan mereka mempunyai mulut dan nafas yang ketara berbau. Dan tentu saja hal itu akan menjadi masalah ketika berbual, berkucup ataupun berdekatan dengan pasangan.
Ramai daripada mereka yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan untuk menghilang dan mengatasinya. Kebanyakkannya berasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang merasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini dan tersinggung apabila ditegur oleh orang yang rapat dengan mereka.
Penyebab Bau Mulut / Halitosis
Apa penyebab mulut antum mengeluarkan bau yang kurang enak?
Jika antum ingin menghilangkan bau mulut, maka antum harus tahu pelbagai punca yang menimbulkan masalah tersebut. Dengan mengetahui hal ini, cara dan kaedah yang antum lakukan untuk mengatasi hal tersebut akan lebih tepat dan lebih efekif.
Beberapa penyebab yang paling umum di antaranya:
1. Bakteria
Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Bakteria bertahan hidup dan berkembang biak di rongga mulut tanpa oksigen yang menghasilkan asid amino dan bakteria ini kemudiannya merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds – VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.
Kebanyakkan bakteria ini bersifat ‘anaerob’ (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, pada karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan lidah. Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.
Apabila antum mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus akan menjadi likat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil dan melekat di situ (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.
Jika antum mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut antum berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi menurun dan mengakibatkan poket gusi menjadi dalam dan susah dibersihkan jika tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.
2. Kekurangan Air Liur
Sekiranya mulut antum kering atau ‘xerostomia’ kerana kekurangan air liur, selain menimbulkan bau busuk, ia juga menyebabkan pembiakan bakteria di dalam mulut. Maka itu, pastikan mulut antum selalu basah. Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia mencuci mulut antum sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi.
Kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.
Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa. Semasa tidur juga prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur.
Punca Kekurangan Air Liur
Antara sebab mengurangkan pengaliran air liur:
Ø Tekanan perasaan (stress)
Ø Pengambilan minuman alkohol
Ø Kekurangan air dalam badan (dehydration)
Ø Berpuasa, mengurangkan perembesan air liur
Ø Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol
Ø Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather): angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut.
Ø Bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual dll): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur.
Ø Penyakit pada pencernaan, pernafasan, usus, buah pinggang serta jangkitan tekak dan paru-paru.
Ø Kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan dll.
.
.
Cara Mengetahui Mulut Dan Nafas Berbau
.
Bagaimana nak tahu yang antum mempunyai masalah mulut berbau?
Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri telah terbiasa dengan bau mulut sendiri. Cuba hembuskan nafas pada cermin atau tekupkan tangan kemudian hidu. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya atau hembus perlahan nafas antum pada mereka yang rapat seperti isteri, suami, teman rapat, ibu bapa atau anak-anak. Jika tiada tindak balas dari mereka, bermakna bau nafas antum normal.
Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan antum sebaliknya antum perlu berterima kasih kerana antum boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi (halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.
.
Bersambung….
Nantikan artikel seterusnya ~ “Cara Menghilangkan Nafas Berbau”
.
.
Artikel Berkaitan:
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمْ
Doa-Doa Memelihara Kesihatan Mulut
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Nabi Muhammad ﷺ memandang serius jagaan kebersihan dan memelihara kesihatan mulut, sehingga Baginda ﷺ sentiasa meminta isterinya menyediakan siwak untuknya hingga ke akhir hayat Baginda.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah ﷺ telah bersabda :
لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلىَ أُمَّتِي َلأَمَرْتُهُمْ باِلسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوْءٍ
“Andaikata tidak menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersiwak pada setiap waktu ketika berwuduk.” (Hadis Riwayat Ahmad)
.
Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi. Dari Syaidatina Aisyah r.ha.: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah bersabda :
السِّوَاكَ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِّ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
“Siwak boleh membersihkan mulut dan menjadikan diredhai Tuhannya (Allah).” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi)
.
.
Doa-Doa Menjaga Kesihatan Mulut
Bacalah doa-doa di bawah ini bagi memelihara kesihatan mulut terutama semasa antum menghadapi masalah mulut atau nafas berbau, moga ia juga berkesan untuk ketenangan mental dan keimanan antum.
.
1. Masalah Mulut
Sekiranya antum mengalami sakit gigi, gusi dan mulut, maka bacalah ayat berikut sebelum memulakan bersugi/bersiwak (memberus gigi):
لِّكُلِّ نَبَإٍ مُّسْتَقَرٌّ ۚ وَسَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٦٧﴾
“Setiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya; dan kamu akan mengetahuinya.”
(Ayat al-an’am, ayat 67)
.
.
2. Doa Ketika Bersiwak
Menurut Imam ar-Ruyani, sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie menggalakkan membaca doa ketika mula bersiwak dengan doa berikut;
“Wahai Tuhanku! Putihkanlah dengannya gigi-gigiku. Kukuhkanlah dengannya gusi-gusiku, tetapkanlah dengannya anak lidah/anak tekakku. Dan berkatilah untukku padanya. Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
.
Menurut Imam Nawawi, doa ini sekali pun tidak datang dari Nabi s.a.w. tetapi harus diamalkan kerana ia adalah doa yang baik. (Al-Majmu’)
.
.
3. Doa Mengubati Kesakitan
Sakit gigi dan lain-lain kesakitan boleh diubati dengan meletakkan jari pada tempat yang sakit lalu dibaca Al-Fatihah 7 kali dan diakhiri doa berikut;
“Ya Allah! Hilangkanlah daripadaku segala keburukan dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang Al-Amin (jujur) dan tetap dari sisi-Mu.”
.
.
.
4. Doa Mengubati Kesakitan
Baca ‘Basmallah’ diikuti dengan doa di bawah kemudian ditiup pada kedua tapak tangan dan terus disapu pada seluruh muka yang berakhir di mulut.
“Daku berlindung dengan kuasa Allah dari segala keburukan yang telah menimpaku dan yang daku ingin hindari.”
.
.
5. Doa Minum Air / Ubat
Bagi mengatasi masalah sakit gigi, gusi dan mulut berbau adalah disarankan supaya antum dapat membaca doa berikut setiap kali meminum air atau ubat.
“Ya Allah! Sesungguhnya daku minum air ini dengan harapan dapat menyembuhkan segala penyakit, maka sembuhkanlah daku!”
.
.
6. Doa Mengalami Sesuatu Masalah
Rasulullah ﷺ telah bersabda : “Sesiapa dilanda kesusahan dalam suatu masalah hendaklah mengucapkan :
“Laa haula walaa quwwata illaa illaahil’aliyyil’adzhim.”
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung).”
(HR. Al-Baihaqi dan Ar-Rabii’)
.
.
Yakinilah kepada kuasa Allah SWT yang mengawal seluruh alam dan makhluk. Segala sesuatu dalam dunia ini tak akan memberi manfaat atau mudharat, hanya melainkan dengan izin Allah SWT. Kita mesti yakin bahawa menyembuhkan kita daripada sesuatu penyakit bukan sesuatu yang lain, melainkan Allah. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Pengasih lagi Maha Penyembuh.
.
.
Artikel Berkaitan:
Punca Masalah Mulut Atau Nafas Berbau (Klik Di Sini)
Cara Menghilangkan Nafas Dan Mulut Berbau (Klik Di Sini)
9 Petua Tradisional Hilangkan Bau Nafas Dan Mulut (Klik Di Sini)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمْ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
Doa-Doa Memelihara Kesihatan Mulut
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
...........................................................................
No comments:
Post a Comment