29 April 2020

9 Adab Menghadiri Majlis Rumah Terbuka

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...            ALLAH  اللهَ 
                اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ

9 Adab Menghadiri Majlis Rumah Terbuka

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

9 Adab Menghadiri Majlis Rumah Terbuka.
Setiap kali meraikan sesuatu perayaan terutama hari raya, tentunya ramai yang mendapat jemputan untuk menghadiri ke majlis-majlis rumah terbuka sama ada yang dianjurkan oleh para pemimpin masyarakat, rakan taulan mahupun jiran tetangga.
Rasulullah ﷺ sendiri menunjukkan kepada kita contoh mengenai keindahan dalam hubungan kemasyarakatan. Sikap keterbukaan Baginda ﷺ sangat terserlah dengan sering menziarahi ahli keluarga dan jiran berlainan agama apabila ada kematian, menghadiri jamuan makan mereka dan menziarahi orang sakit.

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُواۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya KAMI menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan KAMI menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.” (Surah Al-Hujurat; Ayat 13).
.
.

9 Adab Menghadiri Rumah Terbuka

.
Mereka yang menghadiri majlis-majlis rumah terbuka perlu menjaga adab sopan dan etika supaya majlis berjalan dengan lancar, tidak terganggu dan menyenangkan hati tuan rumah. Sebagai peringatan bersama, berikut ana kongsikan 9 adab apabila menghadiri rumah terbuka.
.
  1. Betulkan Niat Dan Tujuan
.
Memenuhi undangan adalah baik dalam kehidupan bermasyarakat kerana dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim, saling bermaaf-maafan sesama rakan, jiran dan keluarga. Hindari daripada menghadiri majlis tersebut dengan niat dan tujuan tersembunyi seperti untuk menonjolkan diri dengan menunjuk-nunjuk dan memperagakan pakaian cantik atau barangan kemas dan mahal yang dipakai. Jagalah niat dan iman agar tidak terpesong.
.
.
  1. Mematuhi Masa
.
Masa amat penting dimana kita harus tahu waktu Majlis Rumah Terbuka tersebut diadakan. Maka hadirlah pada waktu yang tepat dan patuhilah masa yang sudah ditetapkan oleh pihak penganjur / tuan rumah. Anda perlu bertimbang rasa dan jangan pula tiba apabila tuan rumah sudah siap mengemas. Menyusahkan tuan rumah pula untuk melayan anda yang baru sampai sedangkan tuan rumah sudah kepenatan dan perlu solat dan berehat.
.
.
  1. Menjaga Aurat
.
Hormatilah orang di sekeliling dengan memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat bagi Muslim ketika menghadiri rumah terbuka. Golongan lelaki biasanya tiada masalah dari segi aurat, tetapi bagi perempuan hendaklah memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat, janganlah memakai pakaian yang menjolok mata sehingga mengundang perasaan tidak selesa tuan rumah dan para tetamu yang lain. Dan bagi yang bukan mahram dilarang sama sekali untuk kita bersalaman.
.
.
  1. Hormati Tuan Rumah
.
Ketika sampai ke majlis rumah terbuka, berilah salam kepada tuan rumah dengan penuh hormat dan mintalah izin untuk masuk ambal menghulurkan tangan kepadanya untuk bersalaman serta bertanya khabar. Begitu juga apabila pulang nanti, janganlah terus pergi begitu sahaja, bertemulah tuan rumah terlebih dahulu untuk meminta izin berundur dan bagi mengucapkan terima kasih atas jemputan dan hidangan yang disediakan serta mendoakannya supaya murah rezeki dan diberkati usia mereka sekeluarga.
.
.
  1. Menjaga Akhlak Dan Tingkah Laku
.
Akhlak dan tingkah laku haruslah dijaga semasa berada di majlis rumah terbuka. Sewajarnya dielakkan daripada bersikap bangga diri dan bersikap menunjuk-nunjuk, sombong, riyak, dan takabbur. Rendahkanlah suara ketika bercakap agar tidak menganggu perbualan tetamu yang lain. Di samping itu kawallah pandangan mata semasa berkunjung ke rumah terbuka. Janganlah pula melilau-lilau memandang dan meneroka rumah tuan rumah ikut sesuka hati sahaja sehingga ke bilik tidur mereka. Peliharalah diri daripada perlakuan dan tindakan yang tidak baik sewaktu menziarahi kerana perbuatan tersebut boleh mengganggu ketenteraman atau tidak disenangi oleh tuan rumah.
.
.
  1. Jaga Adab Makan
.
Setiap kali menghadiri rumah terbuka, pastinya disediakan pelbagai juadah. Adab makan perlu dijaga dan janganlah makan secara berlebihan. Ambil apa yang anda rasa perlu sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Ingatkan orang yang ating kemudian dan jangan suka membazir walau anda tahu banyak lagi makanan yang disediakan. Membazir itu adalah amalan syaitan. Sekiranya anda mempunyai penyakit dan alahan, makanlah makanan yang sihat dan tidak melanggar pantang.
.
.
  1. Memendekkan Tempoh Ziarah
.
Pendekkanlah tempoh ziarah ke rumah terbuka. Jangan duduk terlalu lama berjam-jam ketika berkunjung ke majlis tersebut hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa lebih-lebih lagi pada hari itu ramai tetamu yang hadir dan tempat terhad.
.
.
  1. Jangan Mengata
.
Selepas pulang dari rumah terbuka janganlah pula mengata atau membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan setiap rumah yang dikunjungi. Sama ada dari segi layanan, kemewahan, perhiasan atau makanan yang dihidangkan. Namun sebagai tetamu, kita haruslah bersyukur dengan apa yang tuan rumah sediakan.
.
.
  1. Utamakan Solat
.
Ketika sibuk menghadiri majlis-majlis rumah terbuka, janganlah sehingga melalaikan untuk tunaikan solat. Singgahlah terlebih dahulu di masjid/surau berhampiran setelah masuk waktu solat. Usah sayangkan make-up untuk berwuduk. Ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara.
Rasulullah ﷺ menjelaskan dalam hadisnya: “Sesiapa meninggalkannya (solat), maka sesungguhnya ia telah kufur (mengerjakan perbuatan orang kafir).” (Riwayat Ibnu Hibban; At-Targhib 1:348).
.
.
Demikianlah perkongsian 9 tips atau panduan ketika menghadiri majlis rumah-rumah terbuka agar kita menjaga adab-adab dengan sebaik mungkin. Apa yang penting ialah kunjungan dan kehadiran kita di majlis rumah terbuka akan menggembirakan tuan rumah dan sebagai satu jambatan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita selain mencari keberkatan, pahala dan keredhaanNYA pada hari yang penuh mulia ini.
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung tali silaturahim.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.)
.
Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya’Allah.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



          



ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
                                                                                                      

ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH  اللهَ

9 Adab Menghadiri Majlis Rumah Terbuka


              اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
        والله أعلم بالـصـواب 
           Moga Bermanfaat.
     
.........................................................



No comments: