29 April 2020

Ya Allah ! Selamatkan Malaysia.

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...            ALLAH  اللهَ 
                اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ

Ya Allah ! Selamatkan Malaysia.
 

Ya Allah ! Selamatkan Malaysia.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

pencerobohan-lahad-datu-terkini.
Kesabaran ada hadnya dan setelah tiga minggu berlembut dan buntu mencari penyelesaian dengan penceroboh pengganas Sulu dan mereka tetap berdegil enggan berundur secara aman dari negara ini dan sebaliknya kumpulan pengganas tersebut bertindak agresif sehingga mengorbankan 8 anggota PDRM.
Akhirnya tindakan yang dinantikan rakyat selama ini telah diambil oleh pihak kerajaan dan pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan serangan besar-besaran kelmarin terhadap pengganas bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari Lahad Datu, Sabah.
“Kita berhadapan dengan satu masalah baharu, kita tak pernah lihat benda ini berlaku dalam negara kita. Mereka melakukan sesuatu yang cukup buruk iaitu membunuh sesama Islam dan mendedahkan orang tidak berdosa kepada bahaya,” kata mantan perdana menteri Dr Mahathir.
Kira-kira 600 orang dari empat buah kampung berhampiran iaitu Kampung Tanduo Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis dan Lok Buani telah dipindahkan ke Dewan Embara sejak dua hari lepas, susulan tindakan ofensif pasukan keselamatan menggempur pengganas bersenjata tersebut.
Majoriti rakyat mengalu2kan tindakan menggempur ini kerana Malaysia berhak menyerang dan melawan kumpulan pengganas asing bersenjata tersebut disebabkan mereka telah menceroboh dan membunuh saudara Islam dan demi menjaga keselamatan agama, rakyat dan kedaulatan negara.
Firman Allah سبحانه وتعالى : 
فَإِذَا انسَلَخَ الْأَشْهُرُ‌ الْحُرُ‌مُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِ‌كِينَ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُ‌وهُمْ وَاقْعُدُوا لَهُمْ كُلَّ مَرْ‌صَدٍ ۚ فَإِن تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ‌ رَّ‌حِيمٌ ﴿٥
Kemudian apabila habislah masa yang dihormati itu, maka bunuhlah orang-orang musyrik (melakukan keganasan) itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya.
(Surah at-Taubah 9: Ayat 5)
 .
Sebagaimana agama Islam ada adab dan peraturannya, dalam perang juga ada etika tersendiri. ATM dan PDRM sentiasa mengikut protocol dan bekerjasama menjalankan operasi ‘mopping up’ dan mematuhi ‘Konvensen Ganeva 1949’.
“Kita sentiasa mematuhi Konvensen Ganeva dan kita menggunakan etika peperangan yang mana pihak musuh akan dilayan dengan penuh berperikemanusiaan,” kata Ahmad Zahid, Menteri Pertahanan Malaysia.
 .
Saki baki pengganas bersenjata masih bersembunyi di Kampung Tanduo dan ladang2 sawit berhampiran Felda Sahabat 16, kira-kira 130km dari Lahad Datu. Maka pasukan keselamatan yang telah mara ke beberapa kawasan tertentu diminta berhati-hati, berkemungkinan terancam berikutan taktik ‘psikologi songsang’ yang digunakan penceroboh.
 .
 Allah سبحانه وتعالى telah memperingatkan kita agar jangan terjebak dalam temberang mereka ini sebagaimana firmanNya:
وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَهِينٍ . هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ . مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ
“Janganlah kamu terpengaruh dengan golongan pengkhianat tersebut yang selalu bersumpah dan hina sikap dan amalannya, lagi yang selalu mencela dan menyebarkan fitnah untuk perpecahan (umat) menolak segala kebajikan (dan kemajuan orang), mereka yang melampau dan menentang (ajaran agama) dan melakukan dosa.” (Surah al-Qalam)
.
 Firman Allah سبحانه وتعالى : 
قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللَّـهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْ‌كُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ‌ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ ﴿١٤
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.”  (Surah at-Taubah 9: Ayat 14)
.
.
.
Rakyat Di Semporna Salurkan Maklumat Kepada PDRM
.
Kepada penduduk Sabah sampaikan maklumat jika terlihat mereka ini di sekitar tempat anda. Gambar ini diperolehi dari telefon bimbit penceroboh yang mati di tembak di Semporna.
Gambar Penceroboh Sebelum Melancarkan Serang Hendap Di Semporna
Gambar Penceroboh Sebelum Melancarkan Serang Hendap Di Semporna
.
.
Sabah Milik Sah Malaysia
Sabah ialah hak mutlak dan milik sah Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa. Negeri itu atau sebahagian daripadanya, tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak, perkara itu jelas termaktub dalam keputusan Suruhanjaya Cobbold 1963, hasil daripada  pungutan suara rakyat Sabah yang menentukan bahawa majoriti rakyat Sabah selesa dan bersetuju memilih negeri itu menyertai Persekutuan Malaysia. Kemasukan ke Malaysia adalah tindakan kenegaraan dan tiada lagi tuntut-menuntut selepas itu,
Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan ‘hak’ pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 dan tidak menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu “tidak serius” dan bersikap “lepas tangan” dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah
.
Kesultanan Sulu
Kerajaan Sultan Sulu tidak pernah diiktiraf oleh mana2 kerajaan dunia walaupun PBB dan pemerntah Filipina sendiri sejak 1974. Presiden Benigno Aquino juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.
Gelaran Sultan Sulu itu sendiri telah menjadi perebutan di antara 9 – 11 kumpulan Tausug dan Jamalul Kiram III juga turut dikenali sebagai seorang yang keras kepala dan orang yang bermasalah di wilayah tersebut.
.
kIram 111
.
Ekstradisi Jamalul Kiram III
Pencerobohan yang mendapat sokongan dan arahan daripada beliau telah mengakibatkan kekejaman di wilayah berdaulat dan membawa kepada kematian lapan anggota polis ini tidak boleh diterima dan sewajarnya kerajaan memohon Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram III, yang mendakwa konon dirinya ‘Sultan Sulu’ untuk dibicarakan di mahkamah negara ini bagi mencari dalang di sebalik semua onar ini.
.
Peringatan Allah سبحانه وتعالى dijelaskan dalam firmanNya:
وَمَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَغُلَّ وَمَنْ يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
“Tidak mungkin seorang nabi berkhianat (ghanimah), barangsiapa yang berkhianat (mengambil ghanimah), maka pada hari kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu, kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) setimpal, sedang mereka tidak dianiaya.” (Surah Al-Imran : 161).
.
Golongan pengkhianat ini hina di dunia dan hina di akhirat. Mereka disebut dalam hadis Rasulullah Saw sebagai pembawa bendera khianat di padang mahsyar kelak dan akan dikenali sebagai pengkhianat.
Hadis riwayat Ibnu Umar ra., beliau menyatakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila Allah telah mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang kemudian pada hari kiamat, maka akan diangkatlah sebuah panji untuk setiap pengkhianat lalu dikatakan: ‘Inilah pengkhianatan si fulan bin fulan.’ (Shahih Muslim No.3265)
.
.
.
KRONOLOGI PENCEROBOHAN KUMPULAN BERSENJATA DI LAHAD DATU
.
12 Feb – Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.
14 Feb – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari selatan Filipina.
14 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan.
16 Feb – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
18 Feb – Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa pertumpahan darah.
24 Feb – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.
26 Feb – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Feb – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
1 Mac – Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daud terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.
2 Mac – Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.
3 Mac – Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan air itu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampung itu.
4 Mac – Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes dan Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencari resolusi damai.
4 Mac – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.
4 Mac – Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.
5 Mac (7 pagi) – Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di kawasan kampung itu.
5 Mac (8 pagi) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
5 Mac (11 pagi) – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.
5 Mac (1.30 tengah hari) – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.
5 Mac (4 petang) – Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu.
5 Mac – Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.
6 Mac (6.45 pagi) –  Pasukan polis dan tentera yang meneruskan operasi susulan dan penggeledahan ditembak oleh kumpulan pengganas itu, sebelum pasukan keselamatan membalas tembakan.
6 Mac (7.00 pagi) – Seorang pengganas bersenjata mati ditembak ketika cuba menyerang hendap pasukan keselamatan pada hari kedua ‘Op Daulat’ di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
6 Mac (1.00 tengah hari) – Sebuah lubang besar bertutup papan yang mengandungi 9 mayat penceroboh yang dikebumikan oleh rakan pengganas mereka ditemui oleh pasukan keselamatan ketika operasi menggeledah dan mencari dalam Op Daulat di Kampung Tanduo. Sembilan mayat itu dipercayai anggota kumpulan pengganas yang terbunuh dalam insiden serang hendap ke atas anggota Komando Polis VAT 69 pada 1 Mac lalu.
6 Mac (1.45 tengah hari) – Anggota polis forensik yang melakukan tugas memeriksa mayat semua pengganas yang dikumpulkan di suatu kawasan ditembak oleh saki baki pengganas terbabit sebelum mereka melarikan diri ke dalam belukar.
6 Mac (2.00 tengah hari) – Anggota polis menahan seorang lelaki disyaki pengganas ketika membuat siasatan di Kampung Airport, Semporna, Susulan dengan itu pasukan polis telah menahan 3 yang lain di sebuah rumah penduduk kampung.
6 Mac (4.30 petang) – Pasukan keselamatan telah diserang hendap sekali lagi di sebuah Kampung di Lahad Datu. Polis mengesahkan kumpulan pengganas kini menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.
.
.
Ana seperti mana rakyat lainnya mendoakan kejayaan dan keselamatan serta berharap kesemua anggota ATM dan PDRM dapat lebih berhati2 dan menjaga keselamatan diri sewaktu menggempur pengganas bersenjata tersebut.
Semoga dengan izin Allah سبحانه وتعالى.keadaan ini dapat ditenangkan dan penceroboh dapat ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia yang sememangnya diyakin dan diakui kredebiliti mereka dalam menjaga keselamatan dan pertahanan negara.
.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَال : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَقِيَ اللَّهَ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَأَدَّى زَكَاةَ مَالِهِ طَيِّبًا بِهَا نَفْسُهُ مُحْتَسِبًا وَسَمِعَ وَأَطَاعَ فَلَهُ الْجَنَّةُ أَوْ دَخَلَ الْجَنَّةَ وَخَمْسٌ لَيْسَ لَهُنَّ كَفَّارَةٌ الشِّرْكُ بِاللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَقَتْلُ النَّفْسِ بِغَيْرِ حَقٍّ أَوْ نَهْبُ مُؤْمِنٍ أَوْ الْفِرَارُ يَوْمَ الزَّحْفِ أَوْ يَمِينٌ صَابِرَةٌ يَقْتَطِعُ بِهَا مَالًا بِغَيْرِ حَقٍّ
“Sesiapa bertemu Allah dengan tidak syirik kepadaNya, dia menunaikan zakat hartanya dengan cara yang baik dan berhati-hati, dia bersifat mendengar dan taat nescaya baginya syurga atau masuk syurga dan lima perkara yang tiada kafarah dosanya, syirik kepada Allah azzawajalla, membunuh diri dengan tidak sebenar, merampas barangan mukmin, lari dari medan perjuangan dan orang bersumpah palsu untuk mendapatkan harta yang bukan haknya.” (Hadis riwayat Ahmad).
.
.

وَالسَّلاَمْ

         



ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
                                                                                                      

ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH  اللهَ

Ya Allah ! Selamatkan Malaysia.
              اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
        والله أعلم بالـصـواب 
           Moga Bermanfaat.
     
.........................................................



No comments: