اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Kerajaan Malaysia khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mula bertindak dan mengiystiharkan perang terhadap kumpulan-kumpulan Kongsi Gelap di Malaysia. Jika sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mendedahkan nama 49 kumpulan kongsi gelap yang terdapat di Malaysia, kini pihak Polis telah mengambil langkah yang sama apabila mengedarkan logo yang dikaitkan dengan kumpulan tersebut.
Pada 28 Ogos 2013 lalu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, menyatakan kumpulan tersebut dikategorikan sebagai haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.
Katanya, seramai 28,926 orang (75%) daripada kaum India dikesan menganggotai kongsi gelap, Cina (8,214) dan Melayu (1,923) manakala tiada penglibatan warga asing dalam kumpulan itu di negara ini.
Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara. Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya. Ada antara mereka pernah ditahan di bawah undang-undang Akta Darurat.
.
.
Nama Kumpulan Kongsi Gelap
Nam-nama kumpulan kongsi gelap tersebut ialah:
.
.
Logo Dan Tatoo
Kebanyakan mereka ni dikesan memilih gambar harimau, naga, sarang labah-labah, bunga padi, hati dan burung walet sebagai lambang kewujudan kumpulan masing-masing. Dan pihak polis telah memberi amaran bahawa dengan pendedahan itu, tiada lagi alasan yang boleh diberikan oleh mana-mana individu untuk menggunakannya.
.
Di bawah takrifan Akta tersebut, orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan. Dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.
.
Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman, SAC Dato’ Abd Jalil bin Hassan, menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat secara langsung atau tanpa disedari dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini. Mana-mana pihak yang didapati memiliki logo-logo tersebut sama ada sedar atau tidak, perlu membuang, memadam atau menanggalkannya.
Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi.
.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencorakkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
.
Sumber:
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمْ
No comments:
Post a Comment