اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Tiga Watak
Di Akhir Zaman > Kedatangan Imam Mahdi Ada disebutkan dalam Atsar
Menurut
riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi
peperangan, banyak bencana dan banyak bala. Pada masa itu nanti semakin banyak
terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah
remeh-temeh. Antara satu kumpulan de-ngan kumpulan lain, begitu juga antara
satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil.
Bencana
semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting
beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis
penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit. Menjelang datangnya Imam
Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya
matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga
nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah
enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan
datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati.
Sungai Furat
di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan
terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia
yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami
oleh semua orang. Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham
mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa
India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya.
Mungkin juga
panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya
sendiri. Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua
orang yang tidur erbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak
peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semkain
berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu. Pada masa itu nanti yang
diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat
dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat.
Dalam hadis
dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang
tetapi esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang
mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat. Bukan bererti petang dia masih Islam
esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama
menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian
Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah SWT.
Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang
ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka
bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.
Dalam
keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau
datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w)
untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang
ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi
itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung
dan makhluk lainnya. Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari
keluarga Rasulullah s.a.w yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia
diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah
begitu buruk keadaannya.
Mereka
mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatnya
berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman
itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan.
Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri
tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus
ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin
dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.
Kerana tidak
tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah
tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya. Setelah
dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi.
Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan
meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya.
Mengapa
manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak kepada
kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan
masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk
membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya. Manusia mahu diajak kepada
kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak
kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan
ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh
dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.
Keadilan
dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu.
Kerana
keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah
berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah.
Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh
kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam
Mahdi. Kedatangan Dajjal Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti
Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk
solat.
Saya pun
pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah
s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata:
“Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian
berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”
Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah
s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin
menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada
kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang
menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah
tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku
ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi
ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa
mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan
kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan.
Akhirnya
mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang
tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal
bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya. Mereka bertanya kepada
binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah
Al-Jassasah. ” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah? ” Binatang itu hanya
menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai
lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun
pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu. Di sana mereka menjumpai
seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat
orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi,
begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah
anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita
tentang aku.
Sekarang aku
pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?” Mereka menjawab: “Kami adalah manusia
berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar
membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama
satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada
mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami
tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah.
Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah
kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin
berjumpa dengan kamu.” Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini.
Sekarang
kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”
Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja
mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan
itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan
maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu
berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar
tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.” Orang besar itu bertanya
lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang
apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih
ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai
itu disangsikan akan kering.” Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata:
“Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”
Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”
Lelaki itu
bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab:
“Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau
begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa
Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika
taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu
bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku
pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku
jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya.
Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat
menembusinya. ” Kata Tamim Al-Dariy lagi,
“Rasulullah
s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang
tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah
sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya
Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih
meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku
sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang
dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam
atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur.
Ia dari arah
timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur. Rasulullah s.a.w
telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang
mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan. Khutbah
Rasulullah SAW tentang Dajjal Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
“Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda
banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada
fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang
dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan
kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah
umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan)
kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka
aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah
kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan
menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu
akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi
manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah
kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum
diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya. “Pada mulanya nanti Dajjal
itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku.
Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar
tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan
Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua
mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai
membaca atau buta huruf.
“Di antara
fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya
syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu
yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada
Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan
sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk. “Di antara
tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup
menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau
mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka
syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama,
sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya:
“Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” “Di antara tipu
dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua.
Setelah itu
dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap
hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati
tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?”
Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku
adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus
dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di
syurga.”
Kata
Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya
menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan
tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi
manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak
me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan
ternakan mereka tidak menjadi. “Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang
percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan
yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali
Makkah dan Madinah.
Kedua-dua
kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia
hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika
Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang
seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan
tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan
orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari
pembersihan kota Madinah. Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu
daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka
mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu
tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka.
Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya.
Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh
langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan
tumbuh-tumbuhannya.
Maka mereka
mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.” Dari Anas bin Malik,
katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun
tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur
tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak
dipercayai.” Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda:
“Bumi yang paling baik adalah Madinah.
Pada waktu
datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki
Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar
tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan)
bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum
wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari
pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan
karat-karat besi.” Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah
r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku
sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?”
Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya
takut mendengarnya. ” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada
waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya.
Kalau dia
datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.” Dari Jabir
bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu
orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal
ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu
hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu,
kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.” Ada yang bertanya: “Ya
Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat
lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang
lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan
sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud
menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya
menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan
matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya
matahari itu berjalan?”
Mereka semua
menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan
menjadikan satu hari begitu cepat berjalan. Menurut riwayat Muslim, Rasulullah
s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di
tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah
empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT
mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian
membunuh Dajjal itu.” Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir
semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut
ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000
lelaki dan
7,000 kaum wanita.
Wallahu
A’lam. Kedatangan Nabi Isa Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an
bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: “Beliau akan turun berdekatan
dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua
telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan
kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah
daripadanya seperti untaian mutiara.” Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa
akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur.
Beliau akan turun pada waktu fajar.
Ibnu Katsir
ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah
timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah
timur Damsyik.” Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu
pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani
yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti
Nabi Isa akan turun di tempat itu. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu
Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Para nabi semuanya bersaudara
disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan
agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin
Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami.
Sesungguhnya
dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang
dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari
kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia
akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan
enghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada
zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau
dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala
dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak
menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun.
Kemudian
Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.” Muhammad s.a.w
adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa
pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti
menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu
bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan
sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama
langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad
s.a.w selaku nabi terakhir. Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang
dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya
tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun
lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru.
Beliau
datang nanti untuk menguatkan agama Islam, Ummu Syuraik bertanya kepada
Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab
ketika itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu
sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki
soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu). “Ketika Imam mereka sudah berdiri di
depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur
untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi
Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya
iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang
Imam tadi.
“Selesai solat,
Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu
masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000
Yahudi lengkap membawa senjata. “Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu,
Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal
itu lari terbirit-birit kerana ketakutan.
Nabi Isa
bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu
Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu. “Orang-orang Yahudi pun akan
dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan
bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap
atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding,
batu, pokok kayu dan sebagainya.
Kalau ada
orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan
memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi),
jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah
yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.” Kata Rasulullah s.a.w
lagi: “Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya
seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu
minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu
berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di
pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.”
Mendengar
yang demikian ada yang bertanya: “Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu
yang begitu singkat ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukur sajalah
jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.” Rasulullah
s.a.w berkata: “Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil.
Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh
semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak
perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada
orang yang berhak menerimanya. “Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman
dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu
antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main
dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan
dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian,
keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan
keyakinan dan pendapat.
Tidak ada
yang disembah selain Allah. “Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali
semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya
seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima
sehingga mereka kenyang memakannya.” Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy
berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak
sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya.
Di antaranya
ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka
habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai
orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.” Menurut riwayat, bumi
nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa.
Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga
tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat. Dari Abu Hurairah, katanya
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam
menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan
salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah.
Ketika itu
nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.” Diriwayatkan oleh Ahmad,
dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w: “Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku
telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari
kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim.
Tetapi
beliau hanya menjawab: “Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba
kalian tanya kepada Musa.” Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya
menjawab: “Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.”
“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: “Sebenarnya tidak ada yang
mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku,
Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik
saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena
panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya.
Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di
bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”
Kata Nabi
Isa lagi: “Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke
rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan
Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru. Kerana banyaknya Yakjuj dan
Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh
mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah
habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai
dan tasik semua habis mereka minum.” Tambah beliau lagi: “Orang-orang mukmin ketika
itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon
kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan
Makjuj itu mati semua.
Sekarang
timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang
bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai.
Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut
ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.” Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak,
Rasulullah s.a.w bersabda: “Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam
berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT
menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya.
Nabi Isa dan
kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka
selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.” Sebelum ini sudah
diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan
memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih
Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7
tahun.
Pendapat
yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua
pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit
pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni
sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi
Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A’lam.
Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan
Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya
berkat doa Nabi Isa pada satu malam.
Ada juga disebutkan
dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad
bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa
nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat
di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan
berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w. Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan
dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar
dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.
Share this:
No comments:
Post a Comment