اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
KENALI
JASAD, JIWA, RUH DAN HATI
Pada
umumnya orang hanya mengetahui manusia itu hanya terdiri dari jasad dan ruh.
Mereka tidak memahami bahawa sesungguhnya manusia terdiri dari tiga unsur,
iaitu:
~
Jasad
~ Jiwa
~ Ruh.
Ini
dapat dibuktikan dalam firman Allah Taala surah Shaad (38:71-73) yang
bermaksud:
Ingatlah
ketika Tuhan mu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan
manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadianya, maka Ku
tiupkan kepadanya Ruh Ku. Maka hendaklah kamu tunduk bersujud kepadanya. Lalu seluruh
malaikat itu bersujud semuanya.
Pada
ayat yang lain pula, Allah menjelaskan tentang penciptaan jiwa (nafs). Surah
Asy Syams (91:7-10) . Firmanya yang bermaksud:
Dan
demi nafs (jiwa) serta penyempurnaannya, maka Allah ilhamkan kepada nafs itu
jalan ketaqwaaan dan kefasikannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang
mensucikannya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.
Selain
itu, Allah juga berfirman dalam Al Quran tentang proses kejadian jasad (jisim).
Surah Al Mukminun (23:12-14):
Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati dari tanah, Kemudian
jadilah saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami
jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-tulang,
lalu tulang-tulang ini Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia
makhluk berbentuk lain, maka maha suci Allah Pencipta yang paling baik.
Jasad
Jasad
atau jisim adalah angggota tubuh manusia terdiri dari mata, mulut, telinga,
tangan, kaki dan lain-lain. Ia dijadikan dari tanah liat yang termasuk dalam
darjat paling rendah. Keadaannya dan sifatnya dapat mecium, meraba, melihat.
Dari jasad ini timbullah kecenderungan dan keinginan yang disebut Syahwat.
Ini
dijelaskan dalam Al Quran Surat Ali Imran, yang bermaksud:
Dijadikan
indah pada pandangan manusia , merasa kecintaan apa-apa yang dingininya
(syahwat) iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang bertimbun dari jenis emas,
perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang, Itulah
kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat sebaik-baik kembali.
Jiwa
(Nafs)
Kebanyakan
orang mengaitkannya dengan diri manusia atau jiwa. Padahal ianya berkaitan
dengan derejat atau kedudukan manusia yang paling rendah dan yang paling
tinggi. Jiwa ini memiliki dua jalan iaitu:
Menuju
hawa nafsu
(nafs
sebagai hawa nafsu) atau
Menuju
hakikat manusia
(nafs
sebagai diri manusia)
Hawa
nafsu.
Hawa
nafsu lebih cenderung kepada sifat-sifat tercela, yang menyesatkan dan
menjauhkan dari Allah.
Sebagaimana
Allah Taala berfirman surah (Shaad :26) yang bermaksud:
.....
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari
jalan Allah
Kaitan
hati dan hawa nafsu.
Hati
memainkan peranan yang sangat penting dalam diri manusia ia menjadi sasaran
utama kepada Syaitan. Syaitan sedaya upaya menutupi hati manusia dari menerima
Nur llahi.
Sebagaimana
sabda Rasulullah yang bermaksud:
Jikalau
tidak kerana syaitan-syaitan itu menutupi hati anak Adam, pasti mereka boleh
milihat kerajaan langit Allah
Cara
syaitan menutupi hati manusia itu dengan cara –cara tertentu iaitu dengan
menghidupkan hawa nafsu tercela dan yang membawa ke arah maksiat.
Semuanya
sudah tersedia berada adalam diri manusia, ianya dikenali dengan nafsu ammarah
bissu, nafsu sawiyah dan nafsu lawammah..
Para
ahli tasawwuf mengatakan bahawa syaitan (anak iblis) memasuki hati manusia
melalui sembilan lubang anggota manusia iaitu dua lubang mata, dua lubang
hidung, kedua lubang kemaluan dan lubang mulut.
Buta
manusia bukan buta biji matanya tetapi buta hatinya sebagaimana yang dijelaskan
dalam Firman Allah yang bermaksud:
Kerana
sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada.
(Al Hajj :46)
Mereka
juga mengatakan yang membutakan hati ialah kejahilan atau tidak memahami
tentang hakikat perintah Allah SWT. Kejahilan yang tidak segera diubati akan
menjadi semakin bertimbun.
Allah
SWT berfirman dalam surah (Al Baqarah:2-9) yang bermaksud:
Mereka
hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka yang menipu
diri sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya.
Demikian
bahayanya penyakit hati yang dihembuskan syaitan melalui hawa nafsu manusia.
Sehingga Rasulullah pernah berpesan setelah kembali dari perang Badar. Beliau
bersabda :
Musuhmu
yang terbesar adalah nafsumu yang berada di antara kedua lambungmu (Riwayat
Al-Baihaki)
Jihad
yang paling utama adalah jihad seseorang untuk dirinya dan hawa
nafsunya.(Riwayat Abnu An-Najari)
Diri
Manusia
Nafs
atau jiwa sebagai diri manusia adalah suatu yang paling berharga kerana ia
berkaitan dengan nilai hidup manusia dan nafs yang diberi rahmat dan redha oleh
Allah.
Sebagaimana
firmannya dalam surah
(Al-Fajr
: 27-30 ) yang bermaksud:
Hai
jiwa yang tenang (Nafsu Mutmainnah), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang
tenang lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu,
masuklah ke dalam syurgaKu.
Dan
lagi dalam surah (Yusuf: 53) yang bermaksud:
Dan
aku tidak membebaskan diriku dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu
selalu menyuruh ke arah kejahatan, kecuali nafsu yang beri rahmat oleh Tuhanku.
Berkaitan
dengan sabda Rasulullah yang berbunyi:
Barang
siapa yang mengenal dirinya , maka ia mengenal Tuhannya.
Hadis
ini menyatakan syarat untuk mengenal Allah adalah mengenal diri. Diri atau nafs
di sini adalah nafs mutmainnah iaitu nafsu yang tidak terpengaruh oleh
goncangan hawa nafsu dan syahwat.
Setiap
manusia mempunyai nafs yang berbeza. Ada nafs yang menuju jalan cahaya ada nafs
yang menuju jalan kegelapan.
Bagi
nafs yang menuju kegelapan atau nafs tercela yang tidak sempurna ketenangannya
terutama ketika lupa kepada Allah disebut nafsu lawammah. Firman Allah Taala
dalam surah
(Al
Qiyammah:2) yang bermaksud:
Dan
aku bersumpah dengan jiwa yang amat tercela (nafsu lawammah)
Nafsu
ini hanya dapat dikenali dan disaksikan dengan kemampuan tertentu manusia iaitu
dengan pancaran batin.
Sebagaimana
firman Allah dalam surah (Al-Araaf:26) yang bermaksud:
Pakaian
taqwa yang menjaga mu dari kejahatan itu adalah yang paling baik.
Ruh
Ruh
mempunyai dua arah pengertian iaitu :
a.
Sebagai nyawa
b.
Sebagai suatu yang halus
(pemberi
cahaya kepada jiwa)
Ruh
sebagai nyawa kepada jasad atau tubuh . Ia ibarat sebuah lampu yang menerangi
ruang. Ruh adalah lampu, ruang adalah sebagai tubuh. Jika lampu menyala maka
ruangan menjadi terang. Jadi tubuh kita ini boleh hidup kerana ada ruh (nyawa)
Manakala
dalam pengertian yang kedua, Ruh sebagai sesuatu yang merasa, mengerti dan
mengetahui. Hal ini sangat berhubung dengan hati yang halus atau hati
ruhaniyyah yang disebut sebagai Latifah Rabaniyyah.
Dalam
Al-Quran kata ruh disebut dengan sebutan Ruhul Amin, Ruhul Awwal dan Ruhul
Qudsiyah.
Ruhul
Amin yang bermaksud adalah malaikat Jibrail. Firman Allah dalam surah (Asy-Syu’
araa:192-193) yang bermaksud:
Dan
sesungguhnya Al- Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, Dia
dibawa oleh Ar Ruh Al –Amin (Jibrail)
Ruhul
Awwal yang bermaksud nyawa atau sukma bagi tubuh manusia. Sebagaimana firman
Allah dalam surah (As-Sajdah:9) yang bermaksud:
Kemudian
Dia menyempurnakan dan meniupkan kedalam tubuhnya ruh Nya dan dia menjadikan
bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati , tetapi kamu sedikit sekali
bersyukur
Ruh
Qudsiyah yang bermaksud ruh yang datang dari Allah (bukan Jibrail), tetapi yang
menjdi penunjuk dan pengkhabar gembira bagi orang-orang beriman. Ini adalah ruh
yang disucikan dihadirat Allah. Ia bercahaya apabila nafsu mutmainnah telah
sempurna.
Hati
Hati
merupakan raja bagi seluruh diri manusia dan tubuh. Perilaku dan perangai
seseorang merupakan cerminan hatinya. Dari hati inilah pintu dan jalan yang
dapat menghubungkan manusia dengan Allah. Dengan demikian untuk mengenal diri
harus dimulai dengan mengenal hati sendiri.
Hati
mempunyai dua pengertian:
Hati
Jasmani
iaitu
sepotong daging yang terletak di dada sebelah kiri, hati jenis ini haiwan pun
memilikinya.
Hati
Ruhaniyyah
iaitu
sesuatu yang halus. Hati yang merasa, mengerti, mengetahui, dipinta dan
dituntut. Dinamai juga dengan Latifah Rabaniyyah. Hati Ruhaniyyah inilah
merupakan tempat iman dan tempat mengenal diri.
Sebagaimana
firma Allah dalam surah (Ar-Ra’d:28) yang bermaksud:
Iaitu
orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.
Hadis
qudsi yang bermaksud:
Tidak
akan cukup menanggung untuk Ku bumi dan langitKu tetapi cukup bagiKu hanyalah
hati (qalb) hambaKu yang mukmin (Riwayat Ad Darimi)
Nafsu
Mutmainnah
Bila
hati manusia jauh dari goncangan yang disebabkan bisikan syaitan, hawa nafsu
dan syahwat , maka ia disebut nafs Mutmainnah.
Apabila
ia tunduk dan redha kepada Allah sepenuhnya, maka ia disebut nafs radhiyyah
(nafs yang redha)
Dan
apabila Allah pula menerima dan meredhainya, maka ia disebut sebagai nafs
mardhiyah (nafs yang diredhai Allah)
Dan
puncak perjalanan nafsu seseorang manusia adalah apabila telah mencapai
kesempurnaan sebagai manusia. Yang mana mendapat perkenan dari Allah Taala
sendiri yang disebut sebagai nafs kamilah (nafs yang dijemput Allah) untuk
masuk ke syurgaNya.
Namun
jika manusia membiarkan hatinya berada dalam pengaruh hawa nafsu dan syahwat,
maka ia akan menjadi orang yang tersesat, lama kelamaan tergelicir dan dimurkai
Allah.
Sebagaimana
Firman Allah dalam surah (Jaastsiyah:23) yang bermaksud:
Maka
pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan
Allah membiarkannya berdasarkan ilmu Nya dan Allah telah mengunci mata
pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka
siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat. Maka
mengapa kamu tidak mengambil iktibarnya.
Ingat
hawa nafsu dan syahwat bukan dibunuh atau dihilangkan, tetapi dikawal sehingga
menjadi nafsu mutmainnah. Di mana ada saatnya hawa nafsu ini perlu dikeluarkan.
Sebagaimana
firma Allah dalam surah (An Nazi’at:40-41) yang bermaksud:
Dan
adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan manahan diri dari
keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.
Nah,
jika hati kita telah diselubungi oleh nafsu mutmainnah, maka nafsu mutmainnah
ini menjadi imam (penunjuk) bagi seluruh tubuh dan dirinya, sesungguhnya nafsu
mutmainnah inilah yang disebut-sebut sebagai jati diri manusia (hakikat dari
manusia).
Allah berfirma
dalam surah (Al Araaf:172) yang bermaksud:
Dan
Ingatlah, ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi
mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman :
”Bukakankan Aku ini Tuhanmu”, mereka menjawab :”Bahkan engkau Tuhan kami, kami
menjadi saksi”. Kami lakukan demikaian agar di hari akhirat kelak kamu tidak
mengatakan: sesunggunya kami adalah oran-orang lalai terhadap keesaaaan Mu.
Jika
hati yang sakit, maka lupa terhadap perjanjian kita dengan Allah yang pernah
diucapkan seperti dalam surah Al Araaf ayat 172 di atas.
Tapi
di antara sekian banyak manusia, ada yang yang berjaya menyihatkan kembali
jiwanya (nafsu mutmainnah).
Apabila
jiwa kita telah hidup, bercahaya, sihat kembali, maka jiwa ini akan dapat
melihat kerajaan langit Allah. Dalam hal ini bila Ruhul Qudsiyah telah menyala
dan bersinar , maka jadilah hatinya rumah Allah , orang-orang yang berjaya ini
disebut Ahli Al- Bait.
Sebagiamana
firman Allah dalam surah (Ali Imran:164) yang bermaksud:
Sesunggunya
Allah telah memeberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah
mengutus di antara mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang
membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihakan jiwa mereka dan
mengajarakan mereka al kitab dan al hikmah. Dan sesungguhnya sebelum itu,
mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
Lagi,
sabda Rasulullah yang bermaksud:
Hati
orang-orang yang beriman itu adalah Baitullah (Rumah Allah)
Jadi,
Ruhul Qudsiyah adalah kenyataan Allah dalam diri manusia. Allah Taala adalah
sumber cahaya langit dan bumi dan ruhul Qudsiyah adalah sumber cahaya yang ada
dalam hati yang digambarkan sebagai pelita,
Sebagaimana
firmanNya dalam surah (An Nuur:35) yang bermaksud:
...Allah
cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya adalah seperti sebuah lubang yang
tak tertimbus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita ini di dalam kaca dan
kaca ini seakan-akan bintang yang memantulkan cahaya seperti mutiara.
Dicatat
oleh
Redz
No comments:
Post a Comment