اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Al-insanu
sirri wa ana sirruhu
Apabila
lahirnya kita kedunia ini, telah lengkaplah pentajalian dari Zat Allah kepada
Insan Kamil.
Samada
kita sedar atau tidak,
Allah
telah menyatakan " awal, akhir, zahir dan batinnya" kenyataannya ini
dipanggil / dinamakan kita. ...
Dari
sudut awal dan akhir dinamakan Rahsia iaitu AKU. Dari sudut zahirnya dinamakan
badanku, manakala dari sudut batinnya dipanggil diriku.
Boleh
juga di terjemahkan melalui kata-kata seperti dibawah :-
Awal
dan akhir Allah menjadi rahsia kepada kita = zat semata2 iaitu AKU.
(Al-insanu
sirri wa ana sirruhu = Insan itu rahsia Aku, Aku rahsia Insan)
Zahir
Allah menjadi tubuh @ jasad kepada kita = menyatakan Adam = badanku
Batin
Allah menjadi roh kepada kita = menyatakan Muhammad = diriku
Sabda
Nabi Muhammad SAW ( Ana abu arruh, wa adam abu basyar = Aku bapa segala ruh dan
Adam itu bapa segala jasad )
Allah
, Muhammad, Adam.
Allah,
Ruh, Jasad. ( kenyataan kepada kita )
Kita
mesti fahami
Hidup
jasad @ badan kerana oleh ruh @ diri, hidup ruh dihidupkan oleh Allah. Ini
membawa makna
Hidup
jasad / badanku kerana hidupnya ruh / diriku kenyataannya jasad bernafas.
Nafas
adalah merupakan pekerjaan ruh / diri untuk menghidupkan jasad / badanku (
kalau nafas sudah tidak ada bermakna terputuslah hubungan ruh / diriku dengan
jasad/ badanku, jasad / badanku yang sudah tidak bernafas lagi dipanggil manyat
akan dikebumikan, ruh / diriku akan kembali kepada Allah / AKU )
Keluar
masuknya nafas kita menunjukkan jasad / badanku dan ruh / diriku saling hubung
menghubungi.
Ketika
nafas ditarik menerangkan AKU ( Allah ) sedang memasukkan yang mati ( jasad /
badanku ) kedalam yang hidup ( ruh / diriku), memasukkan malam ( jasad /
badanku ) kedalam siang ( ruh / diriku ), memasukkan gelap ( jasad / badanku)
kedalam cahaya ( ruh / diriku )...
Juga
disebut badanku sedang menyerahkan apa yang ada padanya kepada diriku
Ketika
ini akan rasalah rasa2 yang terasa dihujung2 jari badanku, iaitu kenyataan
kudrat dan irodat Allah (AKU) yang disandarkan kepada ruh / diriku ...
Ketika
nafas dilepaskan membawa maksud AKU (Allah) memasukkan yang hidup ( ruh /
diriku ) kedalam yang mati ( jasad / badanku).....
Juga
boleh dikatakan diriku sedang menyerahkan apa yang ada padanya kepada badanku.
Antara
badanku dengan diriku sedang kenal mengenal dan serah menyerah.
Setelah
badanku dan diriku sering serah menyerah apa yang ada diantara satu sama lain,
yang dulunya dipanggil badanku telah tenggelam didalam diriku, yang dulu
dipanggil diriku telah nyata pada badanku... Tidak lagi boleh disebut badanku
dan diriku (sebab telah kamil mukamil) - Nama yang dipanggil ketika ini adalah
AKU.
Ketika
ini akan berlaku pergerakkan gerak berserta rasa-rasa yang terasa pada
keseluruhan badan diriku yang menunjukkan AKU ( Allah ) yang sedang melakukan
sesuatu seperti apa yang AKU kehendaki .... ( orang luar sebut berniat )
Ruh /
diriku ialah urusan AKU / Allah
Hidup
ruh / diriku adalah urusan Allah ( sifat hayat Allah )
Hidup
ruh / diriku ialah sifat hayat Allah yang ternyata pada ruh / diriku
Sifat
hayat Allah berdiri pada zat Allah....
Kuasa
ruh / diriku ialah sifat kudrat Allah yang nyata pada ruh / diriku.
Sifat
kudrat Allah berdiri pada zat Allah
Berkehendak
ruh / diriku ialah sifat irodat Allah yang nyata pada ruh / diriku
Sifat
irodat Allah berdiri pada zat Allah
Mengetahui
ruh / diriku ialah sifat ilmu Allah yang nyata pada ruh / diriku.
Sifat
ilmu Allah berdiri pada zat Allah
Melihat
ruh / diriku ialah sifat basor Allah yang nyata pada ruh /diriku.
Sifat
basor Allah berdiri pada zat Allah
Mendengar
ruh / diriku ialah sifat samak Allah yang nyata pada ruh / diriku.
Sifat
samak Allah berdiri pada zat Allah
Berkata2
ruh / diriku ialah sifat kalam Allah yang nyata pada ruh / diriku.
Sifat
kalam Allah berdiri pada zat Allah
Maknanya
ruh / diriku itu adalah sifat Allah ( sifat ketuhanan ) yang diperkenalkan /
yang diamanahkan untuk diserahkan / dikembalikan kepada Allah...
Apabila
badan diriku saling kenal mengenal ( lahirnya rasa-rasa yang terasa
dihujung-hujung jari ), dan mula terhasilnya gerak menggerakkan yang tidak
putus dengan rasa-rasa yang terasa, maka tertunailah sudah kalimah syahdah Laa
ilaha illall Allah...
Jangan
terlampau berhitung @ bertanya, yang berhitung orang awam yang tidak mempunyai
ilmu pengetahuan kita ini
Kita
tenang kedalam saja, macam mana sekarang ini
Sebab
bagi kita dengan cara bawaan gerak menggerakkan berserta rasa-rasa yang terasa
itu berlaku pula ayat :
3.Surah
'Āli `Imrān (Verse 27)
تُولِجُ
اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ
مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ
حِسَابٍ
"Engkaulah
(wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah
yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang
mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang
mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang
memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan
hisabnya".
No comments:
Post a Comment