اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
TAHAP TAHAP TAUHID menurut pandangan Imam Al-Ghazali
TAUHID itu merupakan kepercayaan sasaorang Muslim itu tentang
Tuhannya iaitu Allah SWT. Imam Al-Ghazali menjadikan sebiji kelapa sebagai
contoh untuk menjelaskan tahap tahap tauhid sasaorang itu. Saperti Iman, tauhid
juga bertingkat – tingkat naik mengikut apa yang diyakini dan ditauhidkan oleh
sasaorang itu.
Ianya berkaitan rapat dengan apa yang ditashdiqkan oleh
sasaorang itu apabila mengucap Dua Kalimah Syahadah. Apa yang diyakini hasil
pemahaman akan intipati kandungan Kalimah Syahadah itu disebut sebagai
IQ’TIKAD.
Adalah jelas IQ’TIKAD itu ialah hasil atau buah kepada
pemahaman sasaorang itu tentang KALIMAH SYAHADAH-nya dan juga tentang Tuhannya.
Dalam atau bertambah ilmunya maka meningkatlah TAUHIDnya. Jika seseorang itu
berpuashati dengan hanya mengetahui Rukun Iman & Rukun Islam sahaja, maka
akan kekallah ia pada TAUHID ASAS. Ini disebut sebagai TAUHID ORANG AWAM.
Dalam hal ini seperti Iman juga tiada yang salah. Ianya
tahap atau tingkat tingkat sahaja. Walaupun saseorang itu berusaha untuk
mendalami ilmu agamanya, penentuan segala- galanya ada pada Allah jua. Maka
dikatakanlah bahawa tingkatan tingkatan itu merupakan ANUGERAH ALLAH atau
KETENTUAN ALLAH.
TAUHID ASAS.
Jika sasaorang bukan Islam mengucapkan Dua Kalimah Syahadah
maka tidaklah boleh dikatakan ia orang kafir, kerana kita tidak tahu apa yang
ditashdiqkan olehnya didalam hatinya. Ini seperti kulit bahagian luar kelapa
yang hijau jika muda dan coklat bila masak.
TAUHID ORANG AWAM / AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Jika sasaorang itu mengucap Dua Kalimah Syahadah dengan
mentashdiqkan dihati bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan
bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah, maka tauhid sebegini disebut sebagai Tauhid OrangAwam.
Orang pada tingkat ini tidak mengamalkan NAFI & ISBAT
dalam Kalimah Syahadahnya.
Maka berimanlah ia bahawa manusia itu ialah manusia manakala
Tuhan ialah Tuhan. Perbuatannya ialah perbuatan dia selaku manusia dan
Perbuatan Allah tidak ada kena mengena dengannya. Tauhid sebegini ibarat SABUT
KELAPA yang tebal itu membawa erti orang awam yang ramai itu. Ianya juga
disebut sebagai Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah.
TAUHID ORANG KHUSUS / KHAWAS
Orang orang pada tahap ini disamping mengakui akan Ketuhanan
Allah dan Kerasulan Muhammad juga mentashdiqkan pengakuannya dengan NAFI &
ISBAT. Kalimah Tauhid ditashdiqkan sebagai : Aku mengaku dengan bersaksikan
diriku sendiri bahawa TIADA YANG NYATA didalam diriku melainkan Allah
semata-mata.
Yangmengaku itu ialah YANG BERSUARA itu ( nyawa / ruh )
manakala saksinya ialah YANG MENYAMPAIKAN SUARA itu ( jasad / badan ) Kalimah
Rasul ditashdiqkan bahawa : Aku mengaku dengan bersaksikan diriku sendiri
bahawa AKULAH MUHAMMAD menyampaikan HAQ ALLAH.
Seperti yang disebut diatas yang bersuara itu ialah Nyawa
atau Ruh ( Nur Muhammad ) dan saksinya ialah Jasad atau Badan. ( yang
menyampaikan suara ) Tauhid sebegini diibaratkan sebagai isi kelapa oleh Imam
Ghazali.
Orang orang pada peringkat ini beriman bahawa manusia itu
tidak mempunyai apa apa daya upaya dan perbuatan. Segala daya upaya dan
sebagainya adalah Sifat Sifat Allah belaka.
Maka segala perbuatan anggotanya pada hakikatnya adalah
AF’AL ALLAH belaka. Anggota anggota jasadnya merupakan ALAT atau SANDARAN bagi
Allah melaksanakan PerbuatanNya.
Tauhid pada peringkat ini juga disebut sebagai TAUHID AF’AL.
Ianya Tauhid Peringkat Pertama bagi orang Hakikat. Tauhid sebegini diibaratkan
seperti ISI atau SANTAN KELAPA oleh Imam Ghazali.
TAUHID ORANG KHUSUS AL – KHUSUS
Tauhid yang sebegini ialah Tauhid Peringkat Tertinggi atau
Tauhid Orang Khusus Al- Khusus. Orang orang pada peringkat ini mentashdiqkan
Dua Kalimah Syahadah itu sebagai TIADA YANG WUJUD dialam mayapada ini.
YANG WUJUD HANYA ALLAH atau dalambahasa tasaufnya LA MAUJUDA
ILLALLAH. Tiada Kalimah Rasul kerana pada mereka Nabi Muhammad itu pada
hakikatnya ialah Sifat Allah Yang Agung. Orang yang bertauhid sebegini beriman
bahawa dirinya sendiri sebagai manusia pada hakikatnya tidak wujud.
Dirinya merupakan Penampakan Allah Yang Nyata didunia ini
atau dalam bahasa Tasaufnya disebut sebagai Tajalli Allah. Diri Yang Sebenarnya
Diri yang meliputi jasadnya ialah RUH AL-QUDSI ALLAH. Jasadnya yang dianggap
hidup itu pada hakikatnya mati dan dihidupkan oleh RUH AL-QUDSI ALLAH iaitu
nyawanya.
Dirinya sebagai manusia merupakan alat atau sandaran Allah
untuk menunjukkan KeagunganNya,
Kesempurnaan dan Kebesaran Allah. Sekiranya anda menganggap bahawa anda adalah
penganut Ilmu Hakikat sewajarnyalah anda bertauhid pada peringkat Tauhid Khusus
Al-Khusus ini.
Tauhid peringkat ini disebut juga sebagai TAUHID ZAT yang
merangkumi Tauhid Sifat, Asma’ & Af’al. Imam Ghazali mengumpamakan Tauhid
ini dengan RASA LEMAK SANTAN KELAPA iaitu ZAT dalam santan kelapa itu.
Dicatat oleh KunciLangit di 8:22 PG
No comments:
Post a Comment