RASULULLAH PEMIMPIN MITHALI
- PENDIDIK YANG BERKESAN
-
Al-Quran
menyatakan bahawa Rasulullah sebagai pendidik kepada seluruh manusia walaupun
baginda tidak boleh membaca.
-
Memperolehi
pendidikan terus daripada Allah
-
Dalil : Dialah
yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang ( Arab ) yang ummiyyin ,
seorang Rasul ( Nabi Muhammad ) dari bangsa mereka sendiri yang membacakan
kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka ( dari I’tikad yang sesat
) serta mengajar mereka kitab Allah dan hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum
itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
-
Sejarah buktikan
Rasulullah merupakan guru terulung yang tidak mampu ditandingi.
-
Masyarakat yang
disebutkan ummi dalam al-Quran telah berubah menjadi celik dan cintakan ilmu ,
lantaran mereka menghayati konsep Iqra’.
- MENGUTAMAKAN MUSYAWARAH
-
banyak keputusan
yang dibuat oleh pihak pemerintah sebelum kedatangan islam bersifat diktator.
-
Perutusan
Rasulullah telah menekankan konsep musyawarah dalam setiap keputusan yang
dibuat.
-
Boleh dilihat
dalam peristiwa orang-orang Yahudi bani Nadir beserta golongan Quraisy yang
hendak menggempur kota Madinah.Dalam menghadapi
serangan ini , Rasulullah telah bermesyuarat dengan para sahabat dan akhirnya
baginda menerima pandangan Salman al-Farisi agar dibuat parit di pinggir kota Madinah dan dikenali
peperangan tersebut sebagai peperangan Khandak.
-
Saidina Ali
pernah bertanya kepada Rasulullah mengani perkara yang tidak terdapat dalam
al-Quran dan tiada dalam sunnahnya. Maka baginda bersabda “ Kumpulkan
orang-orang pandai dari kaum Muslimin. Kemudian jadikanlah perkara itu dalam
permesyuaratan antara kalian “.
-
Dalam konteks
masyarakat hari ini , musyawarah amat penting contohnya seorang pemimpin dalam
masyarakat perlulah bermesyuarat untuk memastikan keharmonian dan keamanan
berkekalan. Sebagai contoh apabila dunia dilanda Tsunami , maka pemimpin dunia
yang terlibat telah mengadakan mesyuarat khas di Jakarta bagi membincangkan kaedah dan
pendekatan bagi menangani masalah ini pada masa hadapan.
- BERSIFAT JUJUR DAN ADIL
-
Rasulullah
terkenal dengan sifat jujur sejak sebelum baginda dilantik menjadi rasul
sehingga baginda digelar al-Amin yakni orang yang jujur oleh masyarakat Arab di
kota Mekah.
-
Dengan sifat
inilah dakwah Rasulullah dapat disebarkan dengan mudah dan berkesan kerana
masyarakat begitu mempercayai baginda lantaran kejujurannya.
-
Dalam
melaksanakan keadilan , baginda tidak pernah membeza-bezakan manusia sama ada
miskin atau kaya dan sebagainya. Segala keputusan yang dibuat oleh baginda dapat
memuaskan hati semua pihak. Baginda berjaya menjadi seorang pemimpin yang
dihormati dan disegani walaupun oleh pihak musuh disebabkan keadilan yang
ditunjukkan oleh baginda..
-
Diriwayatkan oleh
at-Tirmizi dari sahabat Ali r.a berkata
:
“Rasulullah adalah manusia yang paling adil”.
-
Sebagai contoh
ketika Rasulullah menjatuhkan hukuman potong tangan kepada seorang wanita
bangsawan Quraisy yang telah mencuri sehingga baginda bersabda yang bermaksud ,
“ Jika sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri , nescaya aku akan potong
tangannya”.
-
Sebagai pemimpin
perlu bersifat jujur dan sentiasa berlaku adil dalam pentadbiran atau
pemerintahannya agar terhindar dari sebarang bentuk ketidakadilan dan
kezaliman. Pemimpin yang jujur dan adil akan dihormati oleh rakyat atau orang
bawahannya.
-
Sebaliknya
pemimpin yang tidak jujur dan tidak berlaku adil akan menyemai sifat benci di
kalangan rakyat yang akhirnya akan menghalang kemajuan sesebuah negara.
- KASIH SAYANG SESAMA MAKHLUK
-
Sesungguhnya
Rasulullah merupakan seorang yang kaya dengan kasih sayang terhadap semua
makhluk.
-
Baginda amat
mengasihi dan menyayangi haiwan sehingga di satu ketika , Aisyah telah berlaku
kasar terhadap unta yang ditungganginya . Maka baginda menegur Aisyah dengan
bersabda , hendaklah engkau berlemah lembut kepadanya ( unta ).
-
Dalam konteks
sebagai pemimpin keluarga , baginda adalah seorang yang sangat mengasihi isteri
dan anak-anaknya. Dalam riwayat ath-Thayalisin disebutkan bahawa Anas bin Malik
r.a pernah berkata , “ Rasulullah adalah orang yang sangat mengasihi dan
menyayangi keluarga.
-
Rasulullah sering
bersenda gurau dengan para isterinya secara sopan. Kata-kata baginda begitu
menyenangkan hati dan membuatkan isterinya tertawa.
-
Sifat mengasihi
dan menyayangi sesama makhluk amat penting agar segala arahan dan teguran yang
dibuat oleh pemimpin terhadap rakyat atau orang bawahannya dapat diterima
dengan baik lantaran kasih sayang yang wujud antara pemimpin dan yang dipimpin.
- PEMIMPIN YANG BIJAK BERPOLITIK
-
Rasulullah telah
berjaya mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Malah baginda juga
telah berjaya menyatukan penduduk Madinah yang terdiri dari 3 suku kaum yang
besar iaitu Bani Khuraizah , Nadir dan Qainuka dalam usaha untuk melenyapkan
permusuhan antara golongan-golongan yang saling bermusuhan ini, baginda telah
membuat perjanjian persahabatan dan perdamaian dengan kaum Yahudi ini
sehinggakan kaum yang dahulunya saling bersengketa akhirnya bersatu di bawah
ketokohan dan kepemimpinan Rasulullah.
-
Allah berfirman
( ) bermaksud Bertolong bantulah kami dalam
perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolong Bantu dalam perkara dosa dan
permusuhan.
- PAKAR EKONOMI YANG AMANAH
-
Rasulullah telah
dididik dengan asas-asas perniagaan bermula dari usia kanak-kanak lagi.
-
Ini dibuktikan
dengan perjalanan Rasulullah bersama bapa saudaranya ke Syam untuk berdagang.
-
Kemudian pada
usia baginda awal 20-an , baginda telah diberi kepercayaan dengan membawa bara
dagangan Siti Khadijah binti Khuwailid lalu mendapat keuntungan yang besar.
-
( peniaga yang
amanah dan benar akan dibangkitkan bersama para nabi , siddiqin dan syuhada’
pada hari kiamat kelak.) hadith sahih.
-
Namun demikian
kita dapat lihat ekonomi negara kita masih dimonopoli oleh golongan bukan
Islam. Langkah kerajaan memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi merapatkan
jurang perbezaan ekonomi antara kaum masih belum mencapai matlamat dan
sasarannya.
-
Justeru , kita
sebagai pelajar haruslah menjadikan rasulullah sebagai model peniaga yang baik
dan amanah bagi menanamkan azam untuk memantapkan ekonomi umat Islam dengan
tidak hanya bergantung harap kepada orang bukan Islam.
- PEMIMPIN YANG TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA
-
Kalau
diperhatikan dan diteliti sirah Rasulullah , hasil karya Ramadhan al-Buti
menceritakan bagaimana Rasulullah mengatur dan merancang strategi dalam
peperangan yang akhirnya membuahkan kemenangan walaupun bilangan tenteranya
yang sedikit.
-
Sebagai contoh
dalam peperangan Badar , tentera Islam hanya berjumlah 313 manakala tentera
musyrikin berjumlah 1000 orang. Berkat kesabaran dan ketabahan serta keyakinan
Rasulullah dan para sahabat , akhirnya kemenangan berpihak kepada umat islam.
-
Firman Allah ( )
“janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah.
No comments:
Post a Comment