Apabila Rasulullah s.a.w. baru saja
wafat, adalah diriwayatkan bahawa ketika Sayyidina Ali Bin Abu Talib r.a
meletakkan jasad baginda diatas tempat tidurnya,tiba-tiba terdengar
suara ghaib dari penjuru rumah berseru dengan nada tinggi:””Jangan kamu
mandikan jenazah Muhammad,kerana ia adalah orang yang suci lagi pula
membawa kesucian!”Ali curiga terhadap suara itu seraya ia bertanya:
“Siapakah engkau?Bukankah Rasulullah menyuruh kami memandikannya.?Tiba-tiba terdengar suara ghaib yang lain berseru sebaliknya:
“Hai Ali!Mandikanlah Beliau!Suara ghaib
yang pertama itu berasal dari suara iblis yang terkutuk kerana dengki
terhadap Muhammad s.a.w. dan ia bermaksud supaya Nabi Muhammad tidak
dimasukkan kedalam liang kuburnya dalam keadaan dimandikan.”
Ujar Ali pula:”Semoga Allah membalasi
engkau dengan kebajikan dikala engkau memberitahukan,bahawa suara itu
berasal dari iblis.Sekarang saiapakah pula sebenarnya engkau sendiri?”
“Aku adalah Khidir.aku datang untuk menzirahi jenazah Muhammad s.a.w.”Jawab suara itu.
Kemudian Saiyidina Ali r.a pun memandikan
jenazah Rasulullahs.a.w.sedang AlFadhal Bin Abbas dan Usamah Bin Zaid
r.a menimbakan air dan malaikat Jibril datang membawa harum-haruman dari
syurga.Mereka kapani dan kuburkan beliau di kamar rumah Siti Aishah
pada malam Rabu dan ada yang mengatakan pada malam Selasa.
Kewafatan baginda telah menyebabkan
kesedihan yang bukan sedikit dikalangan seluruh ummat,lebih-lebih lagi
para sahabat yang terdekat.Kata -kta yang dilahirkan oleh para sahabat
demi setelah mengetahui kewafatan beliau amatlah mengharukan.
Seketika membuka kain selubung yang
menutupi wajah Rasulullah yang baru saja wafat,Syaidina Abu Bakar
AsSiddiq berkata dengan penuh terharu:
“Demi ayah dan bondaku!Alangkah indahnya
hidupmu dan alangkah indahnya matimu!Demi Allah!Sekali-kali tidak akan
terkumpul dua kematian atas dirimu.Adapun mati yang telah ditentukan
Allah bagimu,telah kau alami.Dan setelah itu takkan ada lagi kematian
yang datang kepadamu buat selam-lamanya!”
Hassan Bin Thabitr.a salah seorang
sahabat Rasulullahs.a.w. yang utama dan penyair Islam yang agung dizaman
Rasulullah,telah menerima berita kewafatan baginda dengan berat
sekali.Kesedihan yang dirasakannya dapat kita saksikan dari sebuah sajak
yang ditinggalkan sejurus kewafatan Rasulullah:
“duhai ,engkaulah biji mataku
Dengan kematianmu,
aku menjadi buta
tak dapat melihat
siapa yang ingin mati sepeninggalmu
biarlah ia mati pergi menemui ajalnya
Aku,hanya risau haru dengan pemergianmu…..”
Dengan kematianmu,
aku menjadi buta
tak dapat melihat
siapa yang ingin mati sepeninggalmu
biarlah ia mati pergi menemui ajalnya
Aku,hanya risau haru dengan pemergianmu…..”
Tetapi antara banyak orang tentu sekali
yang paling merasakan berat atas kewafatan baginda ialah kaum
keluarganya yang terdekat seperti puteri baginda yang paling dikasihinya
Siti fatimah serta balu-balu baginda terutama Siti Aisyah r.a.
Pernah suatu hari,Ummu Mukminin Siti Aisyah r.a bersenandung dengan suara teharu sambil berdiri dikubur Nabi s.a.aw. Katanya:
“Wahai insan yang tidak pernah memakai sutera
Yang tak pernah tidur diatas tilam yang empuk
Wahai insan yang keluar dari dunia dan perutnya
Tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum
Wahai insan yang memilh tikar tempat tidurnya
Wahai insan yang berjaga sepanjang malam tanpa tidur’
Kerana takut sentuhan neraka sa’ir…….”
Yang tak pernah tidur diatas tilam yang empuk
Wahai insan yang keluar dari dunia dan perutnya
Tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum
Wahai insan yang memilh tikar tempat tidurnya
Wahai insan yang berjaga sepanjang malam tanpa tidur’
Kerana takut sentuhan neraka sa’ir…….”
Ada riwiyatkan sepeninggal ayahnya,orang
melihat Siti fatimah Azzahra selalu berikat kepala,tubuhnya semakin
kurus dan matanya membengkak kerana menagis terus menerus,bahkan ia
sering tidak sedarkan diri.kepada putera-puteranya ia selalu mengatakan:
“Mana dia ayah yang mencintai kalian
itu?Aku tidak pernah lagi melihat dia membuka pintu ini.Kalian tidak
akan pernah lagi naik keatas punggungnya seperti yang biasa kalian
lakukan…”
Pohon yang biasanya mendapatkan kasih sayang itu ,semakin layu dan mengering………
Petikan dari Tuan Nazirah
No comments:
Post a Comment