MINUMAN RASULULLAH
Rasullah SAW amat menyukai minum
madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan.
Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan
apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini
ialah:
1. Menghilangkan balqham
(kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan
yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke
usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam
usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah
pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam
suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan
bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman
manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan
sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa
Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih
besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah
tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman
jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang
paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus
berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh
lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum
1. Gelas atau cawan hendaklah
dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air.
Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum
(pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk
duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah
diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang
Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selepas
dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
No comments:
Post a Comment