BismillahHirahmanirRahim...
الحمد لله syukur kepada الله
Everything happening with الله permission :
#Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله..
Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله
Degupan Jantongku bertasbih
LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
21 February 2018
Pameran Artifak Rasulullah S.A.W
Khazanah Peninggalan Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A
pameran artifak rasulullah
Keperibadian Rasulullah (Bahagian 1)
Assalamualaikum warahmatullah. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ Pada kali ini, penulis akan memfokus kan kepada keperibadian
Rasulullah SAW dan perkara yang berkaitan dengan sunnah-sunnah
Rasulullah SAW. 1. Cara Rasulullah SAW Berjalan. Disebutkan dalam beberapa riwayat, Rasulullah SAW apabila berjalan,
jalannya laju seperti menuruni anak bukit, badannya condong ke hadapan
dan menekan pada kaki kiri. Pandangannya hanya ke bumi menunjukkan
bahawa baginda terlalu tawaduk. Abu Hurairah meriwayatkan,
Aku tidak pernah melihat apa pun yang lebih indah dari
Rasulullah SAW, seolah-olah matahari beredar di wajahnya. Aku tidak juga
pernah melihat seorang yang jalannya laju lebih dari Rasulullah SAW
seolah-olah bumi terlipat di tumitnya. Sungguh kami memaksa diri untuk
berjalan laju dan beliau tidak peduli dengan rasa lelah kami” {Hadi
Riwayat oleh At-Tarmizi, Ibnu Saad dan Ahmad dan Abu Syaikh}
Sayidina Ali juga pernah meriwayatkan,
Bahawa apabila Rasulullah SAW berjalan bergoyang badannya seperti menuruni anak bukit” {Hadis Riwayat oleh At-Tarmizi dan Hakim}
2. Cara Rasulullah SAW Menyikat Rambut. Baginda menyikat rambut ke kanan dan akan mula menyikat daripada kanan kepala. Aisyah meriwayatkan,
Rasulullah SAW suka mendahulukan anggota tubuh yang kanan
ketika bersuci (taharah, menyikat rambut dan memakai selipar atau
kasut).” {Riwayat oleh At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu
Majah dan Ahmad}
Artifak Rambut Rasulullah SAWReplika Janggut Rasulullah SAW.3. Uban Rasulullah SAW. Sewaktu banginda wafat, di kepalanya hanya mempunyai 14 helai uban
manakala di janggutnya terdapat 20 helai uban. Ubannya berwarna merah
kerana di inai. Anas bin Malik meriwayatkan,
Tidak saya kira uban di kepala dan janggut Rasulullah SAW
melainkan hanya empat belas helai”. {Dikeluarkan oleh At-Tarmizi dan
Ahmad}
Ibnu Abbas pula meriwayatkan bahawa,
Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai
Rasulullah, anda telah beruban.” Makan baginda berkata “Yang membuatkan
aku beruban adalah surah Hud, Al Waqiah, Al-Mursalat, An-Naba’ dan
At-Takwir.” (Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Ibnu Saad dan Hakim}
Yang di maksudkan oleh Rasulullah SAW ialah baginda beruban kerana
terlalu banyak memikirkan hari kiamat dan hari akhirat yang terkandung
di dalam surah-surah tersebut. Allahhuakbar! Bagaimana pula dengan kita? Tepuk dada, tanya iman. Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ Sumber: Buku Biografi Agung Rasulullah SAW. (terbitan mustread)
Perihal Rambut Rasulullah SAW
Assalamualaikum warahamatullah. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ Ya Rasulullah, kami sangat merinduimu. Kami ingin sangat bertemu
dengan mu Ya Rasulullah. Ya Allah, jadikan kami umat Nabi yang akan
mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW. Amin Ya Allah. Dalam suatu riwayat dari Anas bin Malik diungkapkan,
Rambut Rasulullah SAW mencapai pertengahan kedua telinga.
(Diriwayatkan oleh Ali bin Hujr, dari Ismail bin Ibrahim, dari Humaid
yang bersumberkan dari Anas bin Malik RA)
Aisyah RA pernah berkata sebagai mana berikut,
Aku dan Rasulullah SAW mandi dari bekas yang sama.
Baginda memiliki rambut (yang panjangnya) sampai di atas bahu dan di
bawah cuping telinga.” (Diriwayatkan oleh Hanad bin Urwah, dari bapanya
yang bersumber dari Aisyah)
Qatadah pernah bertanya kepada Anas bin Malik RA tentang rambut Rasulullah SAW, Anas menjawab,
Rambutnya tidak terlampau kerinting, tidak pula lurus
kaku. Rambutnya mencapai kedua cuping telinganya. (Diriwayatkan oleh
Muhammad bin Basyar, dari Wahab bin Jarir bin Hazim, dari Hazim yang
bersumber dari Qatadah
Dalam suatu riwayat lain dikemukakan bahawa Ummu Hani’ binti Abi Thalib pernah berkata,
Rasulullah SAW tiba di Makkah (pada saat pembebasan Kota
Makkah). Sedang rambutnya di jalin menjadi empat. (Diriwaytkan oleh
Muhammad bin Yahya bin Abi Umar, dari Sufyan bin Uyainah, dari Ibnu Abi
Najjh, dari Mujahid yang bersumber dari Ummu Hani binti Abu Thalib)
Dalam suatu riwayat, Ibnu Abbas RA mengemukakan,
Sesungguhnya Rasulullah SAW, dulunya menyikat rambutnya
ke belakang, sedangkan orang-orang musyrik menyikat rambut mereka ke
kiri dan ke kanan dan Ahlul Kitab menyisir rambutnya ke belakang. Selama
tidak ada perintah lain, Rasulullah SAW senang menyesuaikan diri dengan
Ahlul Kitab. Kemudian, Rasulullah SW menyikat rambutnya ke kiri dan ke
kanan. (Diriwayatkan oleh Suwaid bin Nashr dari Abdulullah bin
Al-Mubarak, dari Yunus bin Yazid, dari Az-Zuhri, dari Ubaidillah bin
Abdulullah bin Utbah yang bersumber dari Ibnu Abbas RA.)
Dalam suatu riwayat, Ummu Hani’ RA mengemukakan,
Aku melihat Rasulullah SAW mengikat rambutnya menjadi
empat. (Diriwayatkan oleh Muhammad Basyar, dari Abdul Rahman bin Mahdi,
dari Ibrahim bin Nafi Al-Makki, dari Ibnu Abi Najjh, dari Mujahid yang
bersumber dari Ummu Hani’)
Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ Sumber: Buku Biografi Agung Rasulullah SAW. (terbitan mustread)
Assalamualaikum warahmatullah. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ Alhamdulillah! Pameran Artifak Rasulullah SAW terus mendapat sambutan
orang ramai. Namun, hanya tingga seminggu lebih sahaja lagi pameran
artifak ini akan berlangsung. Jadi, rebutlah peluang keemasan ini
secepat mungkin. Pada 10 April 2017 pula, Pameran Artifak ini akan di meriahkan lagi
dengan kehadiran penceramah terkenal tanah air, iaitu YBHG Datuk Ustaz
Kazim Elias. Ceramah akan bermula pada pukul 9 malam. Jemput lah ramai-ramai sanak
saudara dan sahabat handai datang bersama-sama ke majlis ilmu dan
melihat sendiri pameran artifak Rasulullah SAW dan para sahabat. Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A diadakan selama sebulan. Tarikh : 20 Mac – 19 April 2017
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Muzium Negeri Kedah Harga Tiket adalah seperti di bawah: * Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma *Hadiah Pengunjung Bertuah* Setiap 1,000 – Sehelai tshirt
Setiap 10,000 – Sehelai tshirt dan Al Quran Digital
Pengunjung ke 100,000 – Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang. Jika kita mampu beli topup RM10, malah kadang-kadang lebih dari RM10, takkan kita tak mampu nak beli tiket untuk ke pameran ini? Nilai ini tidaklah mahal jika nak di bandingkan dengan tenaga-tenaga
yang berkerja keras selama berbulan-berbulan bagi memastikan pameran ini
berjalan dengan lancar. Tepuk dada. Tanya Iman. Ayuh! Jom ramai-ramai kita meriahkan lagi pameran artifak Rasulullah dan Para Sahabat ini. Semoga dengan hadir ke pameran ini dapat meningkatkan lagi rasa cinta dan rindu kita kepada baginda, Nabi SAW. Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Majlis Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pada 27 Mac 2017, iaitu pada hari isnin yang lalu, berlangsungnya
majlis perasmian pameran artifak Rasulullah SAW dan para sahabat RA di
Muzium neger Kedah. Pameran itu telah di rasmikan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah, Menteri Besar negeri Kedah. Pameran ini telah bermula sejak 20 Mac lagi dan bakal berakhir pada
19 April 2017. Setakat ini pengunjung yang hadir ke Pameran ini telah
mencecah belasan ribu orang. Sambutan daripada orang ramai sangat
menggalakkan. Ekoran daripada sambutan hangat pameran artifak Rasulullah SAW
ini, Kerajaan negeri Kedah turut bercadang untuk mewujudkan Muzium Islam
Kedah bagi mempamerkan artifak dan bahan sejarah Islam di negeri
tersebut. Harga tiket yang di tawarkan bagi pameran artifak ini ialah: * Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma Hadiah bagi pengunjung yang bertuah turut di adakan.
Setiap 1,000 orang pengunjung – Sehelai tshirt
Setiap 10,000 pengunjung – Sehelai tshirt dan Al Quran Digital
Pengunjung ke 100,000 – Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang. Semoga dengan kewujudan pameran artifak sebegini akan menarik lebih
ramai rakyat di negara ini untuk mengenali sejarah islam dengan lebih
dekat.
Biodata Nabi Muhammad SAW
BIODATA NABI MUHAMMAD SAW Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April
571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yangmenyerang kota Mekah) Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) Jika ingin melihat pakaian serta alatan yang pernah di gunakan oleh
Nabi Muhammad SAW, Rasulullah yang tercinta, boleh lah hadir ke Pameran
Artifak Rasulullah SAW dan Para sahabat. Pameran ini di adakan di Muzium negeri Kedah bermula 20 Mac sehingga 19 April 2017. Pembelian tiket boleh terus ke Pameran Artifak Rasulullah SAW.
Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu Ya Rasullullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya rabbi Solli alaihiwasallim
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya rabbi Solli alaihiwasallim Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu Ya Rasullullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu Lirik lagu ini benar-benar menyentuh hati jika hayatinya betul-betul. Boleh mengalirkan air mata. Allahhurabbi..
Dunia semakin tenat dengan pelbagai
kerakusan manusia. Masa semakin cepat berlalu sehingga setahun di
rasakan semakin pendek waktunya. Banyak perkara yang tidak sempat di
lakukan dalam masa 24 jam sehari sehingga kita sentiasa mengejar ‘dateline’ untuk menyiapkan sesuatu kerja.
Terlalu sibuk dengan urusan duniawi,
mengejar kekayaan sehingga kan kita sendiri alpa tanpa di sedari. Solat
semakin di lewatkan. Al quran semakin berhabuk, Sunnah nabi semakin di
tinggalkan. Qiamullai semakin tiada. Nabi kita, Rasulullah SAW juga
semakin dilupakan.
Allahhurabbi. Jom sama-sama kita muhasabah diri..
Pada 20 Mac sehingga 19 April ini, ada pameran artifak Rasulullah SAW dan para sahabat.
Pada tahun ini, pameran ini di adakan di Muzium negeri Kedah.
Rebutlah peluang ini. Artifak-artifak ini dikumpulkan dari serata dunia
untuk dipamerkan kepada semua yang hadir. Ianya merupakan artifak tulen
dan bukannya replika. Semoga dengan hadir ke pameran ini dapat
meningkatkan lagi rasa cinta dan rindu kita kepada baginda, Nabi SAW.
Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas r.a., bapa saudara Nabi ﷺ dari Rasulullah ﷺ telah bersabda : “Aku
adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada
hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat
yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi
keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab
sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan
mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua
akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah سبحانه وتعالى serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas r.a berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad ﷺ. MalaikatJibril
a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Malaikat Israfil pula
datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Malaikat Izrail pula
datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.” Malaikat Jibril a.s. akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad ﷺ?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan
aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku.
Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad ﷺ.” Rasulullah ﷺ bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad ﷺ ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.” Malaikat Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula
terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah ﷺ berdiri,
Baginda ﷺ telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda ﷺ.
Baginda ﷺ melihat kanan dan kiri. Baginda ﷺ dapati, tiada lagi
bangunan. Baginda ﷺ menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Malaikat Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah سبحانه وتعالى di tempat yang luas.” Baginda ﷺ bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?” Malaikat Jibril a.s. menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah
kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan.
Inilah hari pembentangan Allah سبحانه وتعالى.” Baginda ﷺ bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” Malaikat Jibril as. berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda ﷺ bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda ﷺ bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda ﷺ bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” Malaikat Jibril a.s. berkata kepada baginda ﷺ : “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad ﷺ dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!” Malaikat Jibril a.s. datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad ﷺ .
Buraq cuba meronta-ronta. Malaikat Jibril as berkata kepadanya: “Wahai
Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta
oleh Allah سبحانه وتعالى? Sudahkah Allah سبحانه وتعالى perintahkan
kepadamu agar mentaatinya?” Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin
dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku.
Sesungguhnya, Allah سبحانه وتعالى akan datang pada hari ini di dalam
keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.” Baginda ﷺ bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.” Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda ﷺ menunggangnya lalu
dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila
Nabi Muhammad ﷺ berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang
putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah
hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan
dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung,
dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke
perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.” Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya
ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan
didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan
hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani
lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang.
Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas
sebahagian tubuh tanpa roh. Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Wahai Israfil! Tiup sangkakala
tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur.
Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari
mereka adalah golongan yang celaka dan derita.” Malaikat Israfil a.s. menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur!
Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan
di hadapan Tuhan semesta alam.” Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah سبحانه وتعالى, roh-roh pun
keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya.
Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila
semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi ﷺ duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk.
Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat
Nabi Muhammad ﷺ merupakan satu umat (kumpulan). Nabi ﷺ berhenti
memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan. Malaikat Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah سبحانه وتعالى.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad ﷺ berjumpa satu umat, baginda ﷺ akan bertanya: “Di mana umatku?” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa a.s. datang, Jibril a.s. menyeru: “Tempatmu!” Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis. Nabi Muhammad ﷺ berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad ﷺ menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad ﷺ!” Apabila Nabi Muhammad ﷺ melihat mereka, mereka gembira dan
mengucapkan selawat kepada baginda ﷺ dengan apa yang telah Allah سبحانه
وتعالى muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda ﷺ
. Baginda ﷺ juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad ﷺ bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah سبحانه وتعالى seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah سبحانه وتعالى berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad ﷺ?” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Mereka adalah sebaik umat.” Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad ﷺ bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.” Malaikat Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah سبحانه وتعالى.” Nabi Muhammad ﷺ berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah سبحانه وتعالى.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab
Allah سبحانه وتعالى. Nabi Muhammad ﷺ memimpin mereka sebagaimana
pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu
baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu
dan kamu semua melakukan dosa!” Hamba-hamba Allah سبحانه وتعالى terdiam. Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas
setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan
memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang
menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga
neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!” Malaikat Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah سبحانه وتعالى telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malaikat Malik bertanya: “Apakah hari ini?” Malaikat Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malaikat Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah سبحانه وتعالى telah mengumpulkan makhluk?” Malaikat Jibril menjawab: “Ya!” Malaikat Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Malaikat Jibril berkata: “Di hadapan Allah سبحانه وتعالى!” Malaikat Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu
menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka
melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?” Malaikat Jibril berkata: “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang
menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai
tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada
kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka
(semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil
alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya
mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya
tidak mabuk. Sumber: shafiqolbu.wordpress.com Membaca kisah ini membuat air mata penulis sendiri keluar dengan laju
sekali.. Betapa mulianya Nabi Muhammad. Nabi begitu merindui umatnya.
Nabi bertanyakan akan umatnya apabila dibangkitkan di akhirat kelak,
tetapi kita sebagai umat Nabi, apa yang kita buat? Sempena Pameran Artifak Rasulullah di Muzim Negeri Kedah nanti,
ajaklah ramai-ramai saudara serta sahabat handai datang melihat sendiri
artifak-artifak Rasulullah. Semoga dapat meningkatkan lagi rasa
kecintaan kepada Nabi kita, Rasulullah SAW.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Beruntungnya kalian jika berpeluang datang ke Pameran Artifak Rasulullah SAW ini.
5 Sebab Utama Kenapa Anda Harus Datang ke Pameran Artifak Rasulullah SAW 1. Dapat melihat dengan lebih dekat Artifak Peninggalan Rasulullah SAW Melihat di dalam gambar dengan melihat sendiri secara fizikal,
perasaannya sangat berbeza. Apabila melihat sendiri artifak Rasulullah
di hadapan mata, boleh mengalirkan air mata. Akan timbul rasa rindu
kepada baginda yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Bauan yang
wangi membuatkan rindu itu membuak-buak. Rasulullah SAW adalah insan
yang akan memberikan syafaat kepada umatnya di akhirat kelak. Rasulullah
juga sangat rindukan umatnya walaupun tidak pernah berjumpa. 2. Rasa lebih bersemangat untuk melakukan sunnah-sunnah Rasulullah SAW Sebelum ini, kita mungkin ada buat sunnah Nabi SAW. Tetapi
kadang-kadang, mungkin juga kita terlupa atau alpa dengan kesibukan
duniawi. Inilah masa untuk anda bangkitkan kembali semangat itu. Pameran
artifak Rasulullah ini mempamerkan barangan penyimpan koleksi peribadi
yang dibawa khas dari beberapa buah negara. 3. Terasa lebih dekat dengan Baginda, Rasulullah SAW
Masa tengok penutup makam ni tiba-tiba rasa sayu. Bau
ruangan ni harum mungkin kerana kain ini memang diletak wangian, sama
seperti kain penutup Kaabah. Macam tak sangka juga dapat berada dekat
dengan barangan peribadi begini. Saya rasa kalau yang pergi makam
sebenar mesti hati rasa berbaur-baurkan. Macam kasih-sayang Rasulullah
saw ni kita dapat rasai walaupun kita tak pernah berjumpa. Kita baca
kisahnya, pengorbanannya, kebaikannya. Berdiri di sebelah kain penutup
makam pun kita dah rasa kasih-sayang dia, apatah lagi bila kita melawat
makam Baginda T_T ” (Dalin Ali)
Ini merupakan salah satu luahan daripada mereka yang telah pergi
melihat sendiri pameran artifak Rasulullah SAW. Betapa rasa itu tidak
dapat di luahkan dengan kata-kata melainkan anda pergi dan rasai
sendiri.
4. Dapat merasai pengalaman indah yang sukar di dapatkan di mana-mana
Ok yg ni membuatkan akak dengan kak long mengalirkan air
mata tanpa dapat di tahan2…Rambut ini di katakan milik Rasulullah s.a.w
…ya Allah akak tak tau macam mana nak hurai kan perasaan ketika melihat
rambut Rasulullah s.a.w ni…Nabi junjungan kite yg akan mempertahan kan
kite di hari pembalasan kelak…(http://wanitagaramdangula.blogspot.my)
Anda harus pergi dan rasai keindahan ini sendiri. Ramai yang tidak
mahu melepaskan peluang ini untuk melihat sendiri pameran artifak
Rasulullah yang cukup bernilai dibawakan khas ke Malaysia. Musim cuti
sekolah, ramai yang mencari tempat menarik di Kedah dan pameran ini
diadakan selama sebulan bermula 20 Mac 2017. 5. Dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Bila anda pergi, memang anda akan pelajari tentang banyak perkara.
Selain melihat artifak Rasulullah SAW, anda juga berpeluang melihat
artifak para sahabat, tokoh-tokoh islam yang terdahulu dan banyak lagi.
Artifak yang dipamerkan adalah tulen, dibawa khas daripada pemegang
persendirian barang peninggalan Nabi Muhammad SAW dari Jordan, Turki,
India, Syiria, Mekah dan Madinah. Selain datang ke Pameran Artifak ini, anda juga boleh melancong ke
sekitar negeri Kedah yang sememangnya terkenal dengan pelbagai tempat
yang menarik. Antaranya ialah Menara Alor Setar, Muzim Padi Alor Setar, Taman Jubli
Emas Alor Setar, Kolam Air Panas Ulu Lenggong dan banyak lagi tempat
menarik yang boleh anda lawati di negeri Kedah ini. Banyak lagi tempat
menarik di Kedah ini dan lokasi Muzium Negeri Kedah hanyalah
bersebelahan dengan Stadium Darul Aman.
Datang
lah dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Anda pasti akan mendapat
sesuatu. Ajaklah ramai-ramai datang. Moga pahala itu terus mengalir.
Tarikh: 20 Mac 2017 – 19 April 2017
Lokasi : Muzium Negeri Kedah Waktu pameran: 10 pagi – 10 malam , Jumaat (tutup 12tgh hari – 3.00 petang)
Pameran Artifak Rasulullah Muzium Negeri Kedah
Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A akan
diadakan di Muzium Negeri Kedah Bermula 20 Mac 2017 hingga 19 April
2017. Waktu Pameran: 10 pagi – 10 malam,
(Jumaat, pameran akan ditutup pada 12 tengahari – 3 petang) Pameran ini membawakan 27 Artifak untuk dipamerkan kepada para pelawat. Harga Tiket adalah seperti di bawah:
No comments:
Post a Comment